omniture

Tianlong Dorong Kelestarian Alam Sekitar dan Pemantauan Kebersihan menerusi Siri Sistem Pemantauan Kebersihan ATP Mudah Alih Biolum

Tianlong Science and Technology
2024-06-05 22:34 11

XI'AN, China, 5 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai penghormatan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun, Tianlong, sebuah syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) inovatif yang mengkhusus dalam produk diagnostik molekul, memperlihatkan dedikasinya kepada kelestarian alam sekitar dan kebersihan melalui pengenalan kepada Siri Sistem Pemantauan Kebersihan ATP Mudah Alih Biolum. Dengan memanfaatkan teknologi termaju, Tianlong mengubah cara standard kebersihan dipantau dan dikekalkan dalam pelbagai persekitaran.


Sistem Pemantauan Kebersihan ATP Mudah Alih Biolum daripada Tianlong, alat yang berkuasa untuk melaksanakan dan mengawasi program pemantauan kebersihan, mencapai prestasi yang cemerlang, memperoleh pensijilan daripada Program Kaedah Teruji Prestasi (PTM) AOAC Research Institute yang berprestij. Program PTM yang dibangunkan lebih 30 tahun lalu menyediakan ulasan pihak ketiga bebas dan pensijilan untuk prestasi kaedah ujian proprietari serta memainkan peranan penting dengan kebimbangan kesihatan baru muncul melalui penyediaan pensijilan yang diterima secara meluas dalam konteks pasaran yang pantas.

Pensijilan ini menawarkan penilaian yang andal kepada pengguna berhubung prestasi produk, memastikan ia memenuhi standard tertinggi untuk tujuan terhasrat dan melindungi pengguna melalui kaedah dan produk ujian yang dipercayai serta andal. Pengesahan ini menekankan komitmen Tianlong terhadap kecemerlangan dan kualiti, menetapkan penanda aras untuk keandalan serta keberkesanan dalam sistem pemantauan kebersihan.

Melalui dedikasi tanpa henti kepada inovasi, Tianlong memperkenalkan Biolum Pro, sistem pemantauan kebersihan generasi seterusnya. Dengan keupayaan menjana hasil dalam masa hanya 10 saat dan kepekaan pengesanan yang luar biasa sehingga 10-16 mol ATP, Biolum Pro menetapkan standard baharu bagi kecekapan dan ketepatan. Reka bentuk telefon pintar yang intuitif dengan skrin kalis pecah sentuh 5 inci memastikan operasi mesra pengguna. Pengurusan data berasaskan awan membolehkan pengguna memantau, menjejaki dan menguji trend keputusan merentas pelbagai kemudahan, lalu menjadikan pengurusan risiko lebih mudah berbanding sebelum ini. Biolum Pro berinovasi untuk menjadikan segala-galanya lebih mudah dan memaksimumkan nilainya untuk perniagaan.


Di Rusia, siri Biolum daripada Tianlong telahpun digunakan secara meluas dalam sektor perkhidmatan makanan. Pelanggan yang mencakupi industri tenusu, daging, ikan dan konfeksioneri menerima siri Biolum bagi menjalankan ujian yang ketat untuk memantau piawaian kebersihan semasa proses pengeluaran dan pengangkutan, aspek yang kritikal bagi menjamin kualiti dan keselamatan produk. Prestasi luar biasa siri Biolum Tianlong ini, yang dicirikan oleh antara muka mesra pengguna, kefleksibelan dalam aplikasi serta ketepatan yang luar biasa memainkan peranan penting dalam membantu industri ini mengekalkan standard kebersihan dan higiene yang tinggi. Penyampaian hasil yang andal secara konsisten bukan sahaja memperkukuh keyakinan pelanggan terhadap produk ini tetapi turut meningkatkan kecekapan operasi dan langkah-langkah kawalan kualiti dalam industri ini. 

Siri Biolum menetapkan piawaian baharu untuk penilaian kebersihan, memastikan bukan sahaja kecekapan tetapi juga pendekatan yang lestari terhadap penjagaan alam sekitar. Dengan menyepadukan inovasi teknologi dengan komitmen terhadap kebersihan dan kemampanan, Tianlong membuka jalan untuk masa depan yang lebih sejahtera dan lebih hijau buat semua

Latar Belakang Tianlong 

Tianlong ialah sebuah syarikat berteknologi tinggi inovatif yang mengkhusus dalam pengesanan genetik dan produk diagnostik molekul di China. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Tianlong menumpukan perhatiannya untuk menyediakan penyelesaian makmal PCR bersepadu kepada golongan profesional di seluruh dunia.

Source: Tianlong Science and Technology
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Consumer Electronics Food/Beverages Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Awards New products/services Cision Influencer List - ESG