Pelancaran Global Storan Peribadi dan Penyelesaian DRAM
TAIPEI, 6 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Biwin Storage Technology, peneraju yang terkenal bagi ingatan komputer dan pembuatan storan, dengan gembiranya mengumumkan pelancaran global jenama pengguna miliknya sendiri bagi storan peribadi dan penyelesaian DRAM di Computex 2024. Pencapaian penting ini akan berlangsung mulai 4-7 Jun di Nangang, Dewan 1, Reruai #J1129 dan Suite Biwin di Taipei Grand Hyatt Hotel, Suite Tingkat 25 #2506 (RSVP).
Memperkenalkan Produk Pengguna Baharu Biwin
Selama berdekad-dekad, Biwin berada di barisan hadapan dalam pembuatan penyelesaian ingatan komputer dan storan yang berkualiti tinggi. Diiktiraf atas kecemerlangan oleh akhbar mahupun pakar industri, Biwin merupakan pembuat berlesen rasmi beberapa jenama yang terkenal. Dengan kemudahan pempakejan cipnya sendiri, Biwin menerajui bidang ini dalam storan terbenam untuk beberapa peranti yang paling canggih di dunia, memenuhi piawaian syarikat-syarikat teknologi terbesar yang berat tuntutannya.
Di Computex 2024, Biwin akan mempamerkan pelbagai produk pengguna yang inovatif:
Selain daripada jenama Biwin untuk kegunaan arus perdana, syarikat ini akan memperkenalkan dua barisan produk baharu yang dinamakan bersempena batu permata yang berharga:
Petikan Kepimpinan
"Dengan kemajuan AI, data raya, IoT, eSukan dan berjuta-juta pencipta kandungan baharu, pasaran ini akan berkembang secara mendadak untuk storan peribadi, ingatan dan aksesori," kata Sam Sun, Ketua Pegawai Eksekutif Biwin Storage Technology.
"Baru-baru ini, syarikat kami membuka Kampus Sains dan Teknologi BIWIN berkeluasan 110,000 meter persegi di Huizhou," ujar Kevin Xu, Naib Presiden Kanan. "Berserta tahun kewangan pertama kami yang disenaraikan pada bursa saham, langkah-langkah ini memberikan kami keupayaan untuk berinovasi, membangunkan penyelesaian terkini dan meluaskan perkhidmatan berkualiti kami ke pasaran baharu."
Butiran Acara
Jadi antara yang pertama menyaksikan pelancaran produk pengguna Biwin di Computex 2024:
Latar Belakang BIWIN
Kisah kejayaan Biwin bermula beberapa dekad yang lalu dengan dedikasinya untuk menghasilkan penyelesaian ingatan dan storan komputer yang berkualiti. Hari ini, Biwin merupakan peneraju bagi storan terbenam, berkhidmat dalam persekitaran mendesak melibatkan syarikat-syarikat teknologi yang terbesar di dunia bagi mencipta peranti terkini untuk metasemesta, AR, IoT dan AI. Dengan pengalaman ini, produk pengguna kami sering memenangi anugerah produk yang cemerlang daripada media dan juga pakar.
Sama ada anda ingin berjaya di tempat kerja, permainan atau untuk berseronok, produk pengguna Biwin DIBINA UNTUK MENANG.
Alami masa depan storan peribadi dan penyelesaian ingatan dengan BIWIN di Computex 2024. Kami tidak sabar-sabar menyambut anda di reruai dan suite kami.