omniture

Trinasolar Keluarkan Laporan Kemampanan bagi 2023, Memperincikan Komitmen, Tindakan dan Pencapaian Menuju Dunia Lebih Lestari

Trina Solar Co., Ltd
2024-06-06 21:34 7

CHANGZHOU, China, 6 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Trinasolar, peneraju global bagi penyelesaian PV pintar dan storan tenaga, baru-baru ini mengeluarkan Laporan Kemampanan 2023, yang memperlihatkan kemajuan penting dan evolusi pencapaian yang berkisarkan komitmen Trinasolar untuk menjadi sebuah syarikat yang lebih mampan. Sebagai sebuah syarikat dengan misi Tenaga Suria buat Semua (Solar Energy for All), laporan 2023 ini menyediakan lebih banyak maklumat mengenai pengurusan kemampanan dan prestasi komitmen Trinasolar untuk menangani keutamaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan dalam masa yang sama membina nilai jangka panjang untuk pihak berkepentingan Trinasolar dengan pertumbuhan perniagaan yang luar biasa dilihat sepanjang tahun lalu. 

"Tatkala dunia terus melangkah menuju masa depan yang lestari, tenaga hijau dan inovasi alam sekitar menjadi pemacu yang kritikal dalam membentuk dunia masa depan. Di bawah trend global ini, Trinasolar menerajui jalan dalam revolusi tenaga global menerusi inovasi teknologi dan strategi pembangunan mampan. Kami menggunakan produk teknologi hijau untuk memajukan pembangunan rendah karbon global dan berganding bahu bersama rakan kongsi global kami untuk mencipta dunia sifar bersih baharu yang indah. Syarikat ini mengamalkan enam strategi utama iaitu "inovasi, penjenamaan, globalisasi, platformisasi, intelektualisasi dan sinergi industri-kewangan" bagi memimpin pembangunan industri ini," seperti yang ditulis oleh Gao Jifan, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Trinasolar dalam ucapan pembukaan laporan ini. 

Sebagai pengamal awal pengurusan pembangunan mampan dalam industri PV, Trinasolar membentuk struktur tadbir urus dan pengurusan atas-bawah yang matang. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia menyepadukan selanjutnya ESG ke dalam proses membuat keputusan dan operasi harian. Berpunca daripada visi dan misinya, matlamat yang lebih mampan dengan cita-cita telahpun diformalkan secara berperingkat-peringkat - diperkukuh melalui asas tadbir urus ESG yang kukuh - yang akan memandu strategi kemampanan Trinasolar menuju ke hadapan.

Sepanjang tempoh pelaporan 2023, Trinasolar menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan atas prestasi cemerlangnya dalam ESG dan kemampanan termasuk Perusahaan Inovatif 50 Teratas Forbes China 2023, Bloomberg Green ESG 50 2023 dan sebagainya. Di samping itu, Trinasolar menyertai United Nations Global Compact, komited untuk mematuhi piawaian kemampanan yang lebih berciri antarabangsa dan lebih tinggi.

"Memandang ke hadapan, Trinasolar akan berpegang kepada misi korporat Tenaga Suria buat Semua. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menjadi peneraju global dalam tenaga solar pintar dan penyelesaian storan serta bekerjasama untuk membina dan menerima pembangunan industri fotovolta yang berkualiti tinggi, lalu menyumbang kepada masa depan rendah karbon, berkecekapan tinggi dan lestari."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ESG di Trinasolar, kunjungi https://www.trinasolar.com/en-glb/our-company/sustainability

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities General Manufacturing Cision Influencer List - ESG