omniture

FP Markets Memenangi 'Pengalaman Perdagangan Terbaik - Afrika' di Anugerah FAME 2024

FP MARKETS
2024-06-07 00:47 20

SYDNEY, 7 Jun 2024 /PRNewswire/ -- FP Markets terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam industri Tukaran Mata Wang Asing dan CFD, setelah baru-baru ini dianugerahkan 'Pengalaman Perdagangan Terbaik – Afrika' di Anugerah Pencapaian Kewangan dalam Kecemerlangan Pasaran (FAME) pada tahun ini. Ini berikutan pengiktirafan 'Broker CFD Terbaik di Afrika' syarikat di Anugerah FAME 2023, yang mengukuhkan pengembangan geografi strategik broker.

FP Markets Wins ‘Best Trading Experience – Africa’ at FAME Awards 2024
FP Markets Wins ‘Best Trading Experience – Africa’ at FAME Awards 2024

 

Majlis FAME itu diadakan di Pusat Konvensyen Sandton yang berprestij di Sandton, Afrika Selatan, berikutan berakhirnya hari pertama Sidang Kemuncak Hartawan Kewangan Afrika (FMAS). Dianjurkan untuk tahun kedua berturut-turut dan dengan lebih 2500 hadirin, FMAS dianggap sebagai satu daripada perhimpunan teknologi kewangan terbesar di rantau ini, menghimpunkan pakar industri, broker terbaik dan pedagang dari seluruh rantau ini.

FP Markets ialah satu daripada broker pertama yang berkaliber memasuki landskap teknologi kewangan Afrika dan pada masa yang sama menghargai keperluan untuk peraturan dan perlindungan pengguna. Untuk tujuan ini, syarikat itu menerima lesen kawal selia daripada Pihak Berkuasa Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA) Afrika Selatan pada bulan Mei 2022 dan diberikan Lesen Broker Tukaran Mata Asing bukan urus niaga oleh Pihak Berkuasa Pasaran Modal (CMA) Kenya untuk anak syarikat tempatan FP Markets Limited yang ditubuhkan pada bulan Disember lalu. 

Apabila ditanya mengenai anugerah itu, Pengurus Negara FP Markets di Afrika Selatan, Nerash Pillay, mengulas: 'Bagi pihak pasukan FP Markets, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FAME rantau Afrika atas penghormatan ini. Anugerah ini menunjukkan pendekatan kami yang berteraskan pelanggan dan menegaskan komitmen kami untuk memenuhi permintaan pedagang Afrika yang sentiasa berubah. Pasukan tempatan kami berusaha lebih keras untuk memastikan semua pelanggan kami mempunyai sumber dan sokongan yang diperlukan untuk menikmati pengalaman perdagangan yang lancar, termasuk pendidikan, pelaksanaan yang amat pantas, ketelusan dan kecekapan kos.'

Ditubuhkan pada tahun 2005, FP Markets ialah Jenama Berbilang Kawal Selia yang menyediakan pelanggan dengan lebih 10,000 instrumen boleh niaga merentasi kelas aset utama dan menawarkan penetapan harga agregat merentasi beberapa penyedia kecairan terbaik. Di samping itu, FP Markets menyampaikan Sebaran Ketat yang Tekal, Pelaksanaan Pantas, Sokongan Pelanggan Berbilang Bahasa 24/7 yang Tiada Tandingannya dan pelbagai Jenis Akaun yang disesuaikan dengan semua strategi dan gaya dagangan.

Kehadiran pengawalseliaan FP Markets Group kini termasuk syarikat terkawal yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), Pihak Berkuasa Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA) Afrika Selatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) Mauritius, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (CySEC), Pihak Berkuasa Pasaran Modal (CMA) Kenya dan Suruhanjaya Sekuriti Bahamas (SCB).

Catatan kepada Editor

Maklumat Tentang FP Markets:

  • FP Markets ialah Broker Tukaran Mata Wang Asing dan CFD Berbilang Kawal Selia dengan lebih 19 tahun pengalaman industri.
  • Syarikat ini menawarkan sebaran Tukaran Mata Wang Asing antara bank yang sangat berdaya saing bermula daripada 0.0 pip.
  • Pedagang boleh memilih daripada platform dagangan dalam talian terkemuka yang hebat, termasuk Aplikasi Mudah Alih FP Markets, MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader, cTrader, Iress  dan TradingView.
  • Perkhidmatan pelanggan berbilang bahasa syarikat untuk 24/7 yang cemerlang itu telah diiktiraf oleh Investment Trend dan dianugerahkan 'Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Secara Keseluruhan' selama lima tahun berturut-turut.
  • FP Markets telah dianugerahkan 'Broker Nilai Tukaran Mata Wang Asing Global Terbaik' selama lima tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021, 2022, 2023) di Anugerah Tukaran Mata Wang Asing Global.
  • FP Markets telah dianugerahkan 'Broker Tukaran Mata Wang Asing Terbaik – Eropah' dan 'Program Rakan Kongsi Tukaran Mata Wang Asing Terbaik – Asia' di Anugerah Tukaran Mata Wang Asing Global 2022 dan 2023.
  • FP Markets telah dianugerahkan 'Pelaksanaan Dagangan Terbaik' di Anugerah Teknologi Kewangan Terunggul 2022 (Ultimate Fintech Awards 2022).
  • FP Markets dinobatkan sebagai 'Broker CFD Terbaik di Afrika' di Anugerah FAME 2023.
  • FP Markets Dianugerahkan 'Pelaksanaan Dagangan Terbaik' dan 'Broker Paling Telus' di Anugerah Teknologi Kewangan Terunggul APAC 2023 (Ultimate Fintech Awards APAC 2023).
  • Kehadiran pengawalseliaan FP Markets termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), Pihak Berkuasa Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA) Afrika Selatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (FSC) Mauritius, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (CySEC), Suruhanjaya Sekuriti Bahamas (CMA) dan Pihak Berkuasa Pasaran Modal (CMA) Kenya.
  • FP Markets telah diberikan Anugerah Pelaksanaan Harga Terbaik di Anugerah Brokersview 2024 Singapura.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk dan perkhidmatan menyeluruh FP Markets, sila kunjungi https://www.fpmarkets.com/

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2431948/FP_MARKETS.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1574261/4747759/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: FP MARKETS
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology