KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Penyertaan Briocean dalam SEMICON Southeast Asia 2024, diadakan mulai 28-30 Mei di Kuala Lumpur, Malaysia, menandakan suatu pencapaian penting untuk syarikat ini. Acara ini menyediakan platform yang sangat baik untuk Briocean mempamerkan penyelesaian rantaian bekalannya, berinteraksi dengan rakan industri dan menonjolkan pertumbuhan globalnya yang luar biasa.
SEMICON 2024 menghimpunkan penginovasi terkemuka dan penggiat utama dalam industri semikonduktor, menawarkan persekitaran yang dinamik bagi tujuan kolaborasi dan pertukaran ilmu. Briocean merebut peluang ini untuk memaparkan kelebihan daya saing dan penyelesaian tersuai syarikat, yang mendapat respons positif yang luar biasa daripada hadirin.
Di Reruai #3430, Briocean memaparkan pencapaian, penawaran dan proses pemeriksaan kualiti 4 peringkat syarikat ini. Pasukan kami yang mesra dan berpengalaman turut hadir untuk memperkenalkan syarikat ini selanjutnya, membolehkan hadirin mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana penyelesaian Briocean dapat menangani cabaran industri semasa dan membuka jalan demi kemajuan masa depan.
Selama bertahun-tahun, Briocean berkembang menerusi lapan pejabat di seluruh dunia, mencerminkan komitmennya kepada pertumbuhan dan kecemerlangan. Kehadiran antarabangsa ini membolehkan Briocean menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada kumpulan pelanggannya yang pelbagai, terutamanya di Asia, memberikan sokongan setempat dan memastikan standard jaminan kualiti yang tertinggi. Dedikasi syarikat untuk mengekalkan proses kawalan kualiti yang ketat dan hanya menyampaikan komponen berkualiti mengukuhkan reputasinya sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam industri semikonduktor.
Acara ini memberikan peluang yang tidak ternilai untuk mengukuhkan hubungan bersama pelanggan sedia ada, menarik prospek perniagaan yang baharu serta meningkatkan keterlihatan jenama di persada global. Pengurus jualan Briocean, Helen, menyebut, "SEMICON Southeast Asia 2024 merupakan peluang yang hebat untuk pasukan ini memperlihatkan tawaran dan jaminan kualiti Briocean. Maklum balas daripada hadirin adalah amat menggalakkan dan kami teruja untuk terus berkembang di peringkat global dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami."
Kejayaan penyertaan Briocean dalam SEMICON 2024 tidak disangsikan lagi mewujudkan keadaan untuk pengembangan dan penerokaan yang selanjutnya dalam pelbagai industri. Syarikat ini bersedia untuk memanfaatkan momentum ini dengan memantau berita dan turun naik pasaran dengan teliti, memastikan ia kekal berada di hadapan bagi memacu kemajuan teknologi dalam sektor semikonduktor.
Bagi mereka yang terlepas acara ini, Briocean mengundang anda untuk meninjau peluang perkongsian yang berpotensi melalui laman webnya dan acara-acara akan datang. Nantikan lebih banyak perkembangan terkini!
Latar Belakang Briocean
Ditubuhkan pada tahun 2008, Briocean Technology merupakan pengedar komponen elektronik bebas terkemuka yang komited untuk menyediakan penyelesaian penyumberan dan rantaian bekalan global kepada pelanggan pembuatan elektronik dalam pelbagai industri.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di: https://www.briocean.com/
Untuk pertanyaan media, hubungi marketing@briocean.com