omniture

Perkongsian SSI Schaefer dan Nahdi Medical Company Menangi LogiSYM Award 2024 bagi Automasi Gudang Terbaik

SSI Schaefer
2024-06-07 13:46 34

SINGAPURA, 7 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Diiktiraf atas sumbangannya yang penting kepada kemajuan intralogistik dan gudang automatik, SSI Schaefer dianugerahkan LogiSYM Awards 2024 yang berprestij sebagai Syarikat Automasi Gudang Terbaik. Majlis penyampaian anugerah, diadakan di Singapore Expo pada 16 Mei 2024, menonjolkan inovasi rintis SSI Schaefer dalam memudahkan pembinaan Pusat Pengedaran IMDAD Nahdi Medical Company di Jeddah - pusat pengedaran farmaseutikal separa automatik pertama di Timur Tengah.

Singapore (05/16)- Bob Gill, Chairman of the LogiSYM Awards Judging Panel, presented the 2024 Best Warehouse Automation Company Award to Carsten Spiegelberg, Managing Director at SSI Schaefer for Middle East & Africa.
Singapore (05/16)- Bob Gill, Chairman of the LogiSYM Awards Judging Panel, presented the 2024 Best Warehouse Automation Company Award to Carsten Spiegelberg, Managing Director at SSI Schaefer for Middle East & Africa.

 


Tatkala SSI Schaefer meraikan tahun ke-40nya di APAC MEA, syarikat ini menerima pelbagai anugerah sepanjang perjalanannya sebagai bukti dedikasinya. Berbesar hati menerima anugerah ini, Carsten Spiegelberg, Pengarah Urusan untuk Timur Tengah dan Afrika di SSI Schaefer, berkata, "Ini merupakan satu penghormatan besar untuk menerima anugerah yang berprestij ini, yang menandakan pencapaian penting dalam perjalanan inovasi dan kecemerlangan kami selama 40 tahun. Pengiktirafan ini bukan sahaja menekankan komitmen kami untuk memajukan intralogistik dan automasi gudang, tetapi turut meraikan kejayaan perkongsian kami bersama Nahdi Medical Company. Anugerah ini mendorong kami untuk terus menerobos sempadan keupayaan kami bagi memastikan kami menyampaikan perkhidmatan yang luar biasa dan penyelesaian inovatif secara konsisten kepada pelanggan kami."

Anugerah ini bukan sahaja meraikan pencapaian SSI Schaefer, tetapi juga perkongsian selama dua tahun bersama Nahdi Medical Company untuk membina kemudahan canggih seluas 250,000 kaki persegi, yang menetapkan standard baharu untuk industri ini. Pusat Pengedaran IMDAD merupakan contoh inovasi dengan sistem pemenuhan pesanan separa automatiknya, analitis data komprehensif, penjejakan inventori masa nyata dan logistik terkawal suhu. Kemudahan ini khususnya mencapai peningkatan 98.5% dalam kecekapan gudang sejak penubuhannya, lalu meningkatkan kapasiti dan kelebihan kompetitif secara signifikan di rantau ini. Infrastrukturnya yang mantap menyokong kapasiti kutipan harian maksimum sebanyak 100,000 item dan mengurus lebih 5,500 kontena perkapalan, mengendalikan lonjakan pesanan dalam talian dengan berkesan.

Yasir A. Jamal, Ketua Pegawai Rantaian Bekalan di Nahdi, menyatakan, "Kami amat berbesar hati menerima anugerah ini, yang menjadi bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan kecemerlangan sebagai syarikat Saudi yang terkemuka dalam industri penjagaan kesihatan. Kejayaan ini adalah hasil daripada keupayaan teras strategik yang inovatif dan terkemuka dalam industri, yang melibatkan keupayaan teknikal dan pengurusan rantaian bekalan yang mantap, disokong oleh pasukan kami yang berdedikasi dan rakan kongsi yang dihargai, termasuk SSI Schaefer, yang memainkan peranan penting, bermula daripada reka bentuk hingga pelaksanaan dan seterusnya, memastikan bukan sahaja pengendalian kuantiti yang cekap tetapi juga kualiti perkhidmatan tertinggi yang kami berikan kepada Tetamu kami, menambah rentak kepada kehidupan mereka."

Kini memasuki tahun ke-6nya, LogiSYM Awards mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam rantaian bekalan dan industri logistik. Proses pemilihan yang ketat, diurus oleh panel penilai seramai 11 orang, melibatkan penilaian calon-calon berdasarkan kepada inovasi, produktiviti, faedah kecekapan dan sumbangan mereka terhadap keselamatan dan ergonomik. Kejayaan SSI Schaefer dalam kategori yang kompetitif ini menekankan komitmennya setelah sekian lama untuk meluaskan perbatasan automasi gudang.

Profil Syarikat SSI Schaefer Group  

SSI Schaefer Group ialah penyedia penyelesaian global yang terkemuka untuk semua bidang intralogistik. Dengan teknologi dan perisian yang inovatif, syarikat ini memperkasa pelanggan untuk meningkatkan kecekapan dan kemampanan proses penyimpanan, kutipan dan pengangkutan mereka. SSI Schaefer menawarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana, serta syarikat besar, penyelesaian pengendalian bahan berkesan kos dengan kepakaran industri daripada satu sumber. Bermula daripada gudang automatik sepenuhnya dengan pakej perkhidmatan dan penyelenggaraan tersuai, kepada robotik dan kenderaan berpandu automatik, hingga sistem manual dan separa automatik seperti stesen kerja, rak dan bekas, syarikat ini menawarkan penyelesaian yang lengkap. SSI Schaefer juga menjadi salah satu vendor terbesar perisian untuk aliran bahan dalaman. Portfolio perisiannya yang komprehensif mengendalikan segala-galanya bermula daripada pengurusan gudang hingga kawalan aliran bahan. Dengan analisis masa nyata termaju, pemprosesan data pintar dan algoritma pengoptimuman, ia menawarkan setiap pilihan yang mungkin untuk pengurusan sumber bersepadu dan mampan.

SSI Schaefer menggaji kira-kira 10,000 orang di ibu pejabat antarabangsanya di Neunkirchen (Jerman) dan secara global di lebih daripada 70 syarikat operasi dan tujuh kemudahan pengeluaran di enam benua.

Selama bertahun-tahun, SSI Schaefer Group bergantung kepada rakan kongsi yang dipercayai, termasuk pakar robotik di RO-BER dan pakar SAP di SWAN, serta DS Automotion, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam robotik dan AGV yang menjadi ahli penuh SSI Schaefer Group sejak 1 Mac 2023.

Source: SSI Schaefer
Keywords: Computer/Electronics Transportation Awards Supply Chain/Logistics