omniture

Dontia Alliance perkenal Pusat Kecemerlangan Strategi Implan Lanjutan pertama di Malaysia dan empat (4) pusat lain dalam perancangan

DONTIA ALLIANCE PTE LTD
2024-06-10 10:00 2
  •  Pusat AIS pertama dilancarkan di Pulau Pinang, Malaysia pada 8 Jun 2024
  •  Empat (4) lagi Pusat AIS dijadualkan akan dilancarkan di Singapura, Hong Kong (SAR), Vietnam dan Filipina dalam tempoh dua tahun akan datang

SINGAPURA, 10 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Dontia Alliance Pte. Ltd. ("DA") memperkenalkan Pusat Kecemerlangan Strategi Implan Lanjutan ("Pusat AIS") yang pertama di Pulau Pinang, Malaysia. Pelancaran pada hari ini menandakan langkah pertama dalam visi DA untuk mewujudkan rangkaian "Pusat AIS" yang luas dan teguh yang akan menyumbang kepada ekosistem pergigian yang semakin berkembang di Asia.

Pelancaran ini merupakan kolaborasi bersama SmileBay Dental Sdn. Bhd. ("SmileBay"), kumpulan pergigian terkemuka di Pulau Pinang yang mempunyai lapan (8) klinik di seluruh Malaysia. DA berbesar hati menamakan SmileBay Signature Advanced Implant Centre ("SmileBay AIC") sebagai Pusat AIS pertama. SmileBay AIC, dilengkapi dengan makmal dan kemudahan latihan sebagai tambahan kepada amalan klinikalnya, merupakan pusat implan perkhidmatan penuh yang terbesar daripada SmileBay.

"Pusat AIS", konsep yang baru diperkenalkan oleh DA, merupakan gelaran eksklusif yang dianugerahkan kepada pusat implan komprehensif yang ulung di setiap negara bagi mengiktiraf komitmen teguhnya terhadap kecemerlangan klinikal dan penjagaan berpusatkan pesakit. Selain itu, Pusat AIS memberi penekanan tambahan untuk menggunakan teknik dan teknologi termaju dalam perkhidmatan mereka, membuka jalan ke arah kecemerlangan dalam lingkungan implantologi pergigian. Dengan penjenamaan yang dipercayai ini, pesakit boleh berasa yakin bahawa rawatan dan penyelenggaraan implan mereka dilakukan dengan standard penjagaan yang tertinggi.

Dalam tempoh dua tahun akan datang, empat (4) lagi Pusat AIS akan dilancarkan di Singapura, Hong Kong (SAR), Vietnam dan Filipina. Pusat-pusat ini akan memanfaatkan penggabungan sumber dan kepakaran yang cekap bagi mengoptimumkan amalan pusat implan individu dalam jaringan ini. Golongan profesional pergigian di Pusat AIS juga boleh berharap untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui penyebaran kursus pendidikan yang luas, acara perangkaian serta pementoran di bawah program AIS.

Di samping itu, penduduk Asia yang semakin berusia dan peningkatan yang berlaku melibatkan pesakit edentulus menjadikan penjagaan implan yang boleh dicapai dan mudah lebih diperlukan berbanding sebelum ini. Mempunyai kedai sehenti untuk penyelesaian implan di setiap bandar utama membantu mengekalkan kualiti hidup pesakit meniti perjalanan kesihatan mulut sepanjang hayat mereka. Pusat pembaikan implan yang andal juga penting untuk pesakit bagi memanjangkan jangka hayat implan mereka memandangkan implan menjadi pilihan yang semakin popular bagi penggantian kehilangan gigi.

Bersempena dengan pelancaran Pusat AIS pertama, DA dengan bangganya mengumumkan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, yang melibatkan perkongsian bersama pengeluar implan pergigian untuk menyediakan rawatan implan kepada golongan kurang bernasib baik. Inisiatif ini menekankan komitmen berterusan DA terhadap penjagaan pergigian yang boleh diakses secara saksama.

Dr. Wong Keng Mun, pengasas DA, berkata, "Kami mengiktiraf kepentingan kebolehcapaian dan komited untuk mewujudkan pusat pembaikan dan perkhidmatan implan di bandar-bandar utama Asia bagi memastikan pesakit dapat mengakses penjagaan dan penyelenggaraan yang diperlukan untuk implan mereka dengan mudah. Dengan menggabungkan sumber serta kepakaran, Pusat AIS kami memanfaatkan ekonomi skala bagi menyampaikan penyelesaian implan yang berkesan kos dan berkualiti. Kami menumpukan perhatian untuk mendidik orang ramai mengenai faedah-faedah implan dan rehabilitasi oral yang kompleks, seterusnya memperkasa mereka untuk membuat keputusan termaklum berhubung kesihatan mulut mereka."

Dr James Chow, pengasas DA, berkata, "Pusat AIS kami berfungsi sebagai hab pendidikan untuk doktor gigi dengan menyediakan latihan dan kemas kini tentang teknologi dan teknik bahan pergigian baharu untuk memastikan mereka mengikuti inovasi dan perkembangan terkini dalam pergigian implan. Pusat AIS kami juga memudahkan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan doktor gigi dan memupuk komuniti pembelajaran dan penambahbaikan berterusan."

Dr. Yong Peng San, pengasas SmileBay, berkata, "Tatkala kami meraikan dua peristiwa penting pada hari ini, saya berbesar hati kerana SmileBay AIC dipilih sebagai Pusat AIS pertama di Asia. Saya percaya ini akan mendorong trajektori pertumbuhan SmileBay AIC dan Pulau Pinang memandangkan ia menjadi destinasi pilihan untuk pesakit yang mencari penjagaan holistik dalam perjalanan kesihatan pergigian sepanjang hayat mereka."

Latar Belakang Dontia Alliance Pte. Ltd.:

Dontia Alliance Pte. Ltd. ("DA") ialah syarikat berasaskan penyelesaian yang mewujudkan ekosistem luas yang merangkumi golongan profesional pergigian, perniagaan berkaitan pergigian serta rakan kongsi di Asia.

DA komited untuk menyediakan sokongan yang komprehensif kepada golongan profesional pergigian dan peluang untuk mereka berhubung, meningkatkan kepakaran mereka serta meningkatkan amalan pergigian mereka. Ia membayangkan sebuah ekosistem pergigian yang mendukung standard tertinggi penjagaan pesakit dan kecemerlangan klinikal.

Ketika ini, ekosistem pergigian DA meliputi jaringan:

  • 31 pusat dan klinik pergigian di lima (5) negara dan wilayah iaitu, Singapura, Malaysia, Hong Kong (SAR), Tanah Besar China dan Filipina;
  • Tiga (3) makmal pergigian di Singapura dan sebuah (1) makmal penyumberluaran pergigian di Vietnam;
  • Empat (4) akademi pendidikan di Singapura dan Malaysia; dan
  • Tiga (3) syarikat pembekalan di Singapura.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web kami di https://dontiaalliance.com/ dan ikuti kami melalui platform media sosial kami:

@Dontia Alliance – Facebook | Instagram | LinkedIn

Untuk maklumat lanjut mengenai akademi pendidikan kami:

@Dontia Professional – Facebook | Instagram

Latar Belakang SmileBay Dental Sdn. Bhd.:

Dengan legasi menjangkau lebih 25 tahun lamanya, SmileBay Dental Sdn. Bhd. ("SmileBay") menerajui jalan dalam mencapai kecemerlangan pergigian di Pulau Pinang, Malaysia, yang merangkumi inovasi dan penjagaan berpusatkan pesakit.

Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Dr. Yong Peng San, seorang yang berwawasan dalam bidang ini, kumpulan dengan lapan (8) klinik ini sinonim dengan rawatan pergigian termaju dan ubah rupa senyuman yang transformatif.

Untuk maklumat lanjut mengenai SmileBay, sila kunjungi laman web kami di https://smilebaydental.com/ dan ikuti kami melalui platform media sosial kami:

@SmileBay Dental – Facebook | Instagram | LinkedIn

Untuk maklumat lanjut mengenai SmileBay Signature Advanced Implant Centre, sila kunjungi laman web kami di https://www.smilebayimplantcentre.com/.

Source: DONTIA ALLIANCE PTE LTD
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility