omniture

Tingkatkan Kebingkasan, Bentuk Semula Kewangan Lebih Pintar Secara Bersama

HUAWEI
2024-06-10 14:01 80

SHENZHEN, China, 10 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Forum HiFS Frontier Huawei 2024 bermula di Shenzhen. Forum ini, dengan tema Meningkatkan Kebingkasan, Membentuk Semula Kewangan Lebih Pintar Secara Bersama, menghimpunkan institusi kewangan dan rakan kongsi Huawei dari seluruh dunia. Mereka membincangkan cara mereka dapat membentuk semula kebingkasan, ketangkasan dan kecerdasan melalui inovasi teknologi yang berterusan dan kerjasama ekosistem dalam menghadapi ketidaktentuan masa depan dan akhirnya mempercepatkan transformasi digital dan pintar dalam industri kewangan.

1  Membina Infrastruktur Pintar untuk Mempercepatkan Kecerdasan Kewangan

Leo Chen, Naib Presiden Kanan, Presiden Jualan Perusahaan, Huawei, menyampaikan ucapan pembukaan di forum ini. Beliau berkata, "Bagi merealisasikan transformasi digital dan pintar yang kukuh dalam industri kewangan, Huawei percaya tiga tonggak adalah penting: membina infrastruktur IT yang tangkas dan bingkas; membina infrastruktur berbilang awan hibrid untuk kebolehskalaan sistem yang lebih tinggi dan ketangkasan perniagaan yang lebih besar; dan membangunkan platform data tertumpu, memanfaatkan awan, penstriman data dan analitis masa nyata untuk memaksimumkan nilai data."


2  Meningkatkan Kebingkasan, Membentuk Semula Kewangan Lebih Pintar Secara Bersama

Jason Cao, Naib Presiden Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Digital Finance BU, menyampaikan ucaptama di forum ini. Beliau menyatakan bahawa dalam dunia pintar, teknologi dan industri berkembang pesat dan institusi kewangan harus membentuk semula kebingkasan, ketangkasan dan kecerdasan agar kekal kompetitif dalam ekonomi digital. "Memfokuskan kepada matlamat Masa Henti Sifar, Tunggu Sifar, Sentuh Sifar dan Kepercayaan Sifar, Huawei menaik taraf satu siri penyelesaian kebingkasan infrastruktur untuk membantu institusi kewangan membentuk semula kebingkasan; menaik taraf empat keupayaan utama, termasuk CCE berprestasi tinggi dan pangkalan data teragih GaussDB, bagi membantu institusi kewangan mempercepatkan pemodenan aplikasi dan membentuk semula ketangkasan berdasarkan kepada seni bina awan hibrid; menaik taraf sistem data dari segi seni bina, tadbir urus dan senario perniagaan bagi meningkatkan pengalaman sistem, pengguna dan perniagaan, menyerlahkan lebih nilai data dan AI generatif serta membantu pelanggan melangkah menuju Bank AI," kata Cao.


Kunte Chen, Ketua Pegawai Transformasi Digital Huawei Digital Finance BU, mencadangkan saranan untuk bank dalam era awan dan AI: "Menerusi kemajuan yang pesat dalam teknologi awan dan AI, digandingkan dengan kemunculan pesaing baharu seperti bank digital dan syarikat teknologi kewangan (fintech), bank tradisional perlu memberi keutamaan untuk beradaptasi dengan landskap baharu ini. Sambil memastikan kestabilan dan keandalan operasi sedia ada mereka, tumpuan utama mereka harus diberikan kepada pelaburan dalam infrastruktur data, diikuti dengan pengoptimuman kecekapan pelaburan. Penekanan kepada aplikasi data harus beralih ke arah memacu operasi perniagaan dan mencipta nilai untuk pelanggan."

Joy Huang, Naib Presiden Huawei Cloud Computing dan Presiden Jabatan Strategi Pengkomputeran Awan & Pembangunan Industri Huawei, berkata, "HUAWEI CLOUD sentiasa berinovasi dan menggunakan 9 teknologi inovatif untuk membina awan kewangan bertaraf dunia, menyediakan kepada pelanggan kewangan dengan infrastruktur awan bingkas yang seandal kerangka utama. Pengurusan berbilang awan serta keupayaan DR dan sandaran berasaskan awan membantu pelanggan kerajaan dan pelanggan perusahaan membina satu kumpulan awan. Dengan memanfaatkan produk dan teknologi yang terkemuka dalam industri ini seperti pangkalan data, data raya, gudang data dan AI untuk melaksanakan penumpuan data dan kecerdasan, dapat menyokong pembuatan keputusan pelanggan yang pantas dan cekap. Dengan keupayaan perkhidmatan penghijrahan profesional, Huawei membantu pengguna kewangan berhijrah dan menggunakan awan, seterusnya mempercepatkan pemodenan aplikasi kewangan.

3  Berkolaborasi dengan Rakan Kongsi Global untuk Mencipta Nilai Baharu 

Di forum ini, Huawei melancarkan Program Pecutan FPGGP (Financial Partner Go Global Program). Menurut Jason Cao, Huawei komited untuk membina ekosistem global buat industri kewangan digital. Ini melibatkan rakan kongsi terkemuka global, mereka yang terlibat dalam industri tempatan dan mereka yang menjadi penginovasi dalam senario bersegmen.

Setakat kini, Huawei menawarkan perkhidmatan kepada lebih 3,600 pelanggan kewangan di lebih 60 negara dan wilayah, termasuk 53 daripada 100 bank yang terkemuka di dunia.

Source: HUAWEI
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Data Analytics Financial Technology Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things