omniture

Sidang Kemuncak 1 Bilion Pengikut memperkenalkan program, inisiatif dan duta baharu untuk Edisi ke-3 akan datang

New Media Academy
2024-06-10 14:28 77

DUBAI, UAE, 10 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak 1 Bilion Pengikut, anjuran Akademi Media Baharu, telah melancarkan satu siri pengumuman untuk edisi ketiganya yang sangat dinanti-nantikan, termasuk pengenalan duta baharu, program pembiayaan dan anugerah $1 juta untuk kandungan berdasarkan tujuan.

1 Billion Followers Summit unveils new programs, initiatives and ambassadors for upcoming 3rd Edition
1 Billion Followers Summit unveils new programs, initiatives and ambassadors for upcoming 3rd Edition

Pengumuman itu dibuat berikutan mesyuarat persediaan yang diadakan dari 6 hingga 8 Jun di Emirates Towers, Dubai. Mesyuarat itu, yang menghimpunkan lebih 25 pakar global dan pengkarya kandungan, berjaya membentuk agenda yang kaya dan menarik untuk edisi baharu, bertemakan "Kandungan untuk Kebaikan," yang dijadualkan pada 11-13 Januari 2025.

Yang Mulia Alia Al Hammadi, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Media Baharu, berkata Sidang Kemuncak 1 Bilion Pengikut mencerminkan visi Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Penguasa Dubai, untuk memantapkan keudukan UAE sebagai hab global untuk ekonomi digital, dan arahannya untuk mewujudkan keadaan yang ideal untuk menarik para pengkarya kreatif dan inovator yang mampu memperkayakan landskap media Arab dan global.

Beliau menekankan misi sidang kemuncak itu untuk memacu impak positif dalam landskap media digital, berdasarkan kejayaan edisi terdahulu yang menarik banyak perhatian global. "Edisi akan datang menekankan misi Sidang Kemuncak 1 Billion Pengikut untuk memacu impak positif di peringkat serantau dan global, didorong oleh idea-idea inovatif yang dihasilkan semasa mesyuarat persediaan ini," kata Al Hammadi.

Inisiatif dan program utama

Mesyuarat persediaan Sidang Kemuncak mengumumkan hadiah bernilai AS $1 juta untuk pengkarya kandungan yang karyanya mencerminkan tema "Kandungan untuk Kebaikan" dan menjana impak positif kepada komuniti.

Khalayak akan mempunyai kuasa untuk mencalonkan pengkarya kandungan kegemaran mereka untuk anugerah ini, dan finalis yang disenarai pendek akan ditentukan oleh undi awam, dengan pemenang utama dipilih oleh panel pakar semasa sidang kemuncak 3 hari.

Mesyuarat juga mengumumkan 1B Pitches; program utama untuk sidang kemuncak yang akan datang dan inisiatif untuk memberikan pembiayaan dan sokongan untuk pengkarya kandungan dengan idea-idea inovatif. Program ini menekankan dedikasi sidang kemuncak untuk memupuk inovasi dan memperkasakan usahawan media dan kandungan.

Peserta akan berpeluang untuk mengemukakan idea mereka kepada pelabur dan perniagaan utama yang ingin menaja projek inovatif. Individu yang berminat digalakkan untuk mengemukakan idea mereka melalui laman web sidang kemuncak (https://www.1billionsummit.com).

Mesyuarat itu juga mengumumkan Duta Sidang Kemuncak 1 Bilion Pengikut, yang termasuk Ahmed El Ghandourdan Keluarga Anazala termasuk Anas Marwah dan Asala Maleh, yang akan membantu mempromosikan acara itu dan menghebahkan misinya, dan duta lain akan diumumkan kemudian.

El Ghandour terkenal dengan program YouTube popularnya "Al Daheeh" dan dinamakan antara orang paling berpengaruh di dunia Arab pada tahun 2018. Marwah dan Asala adalah dua orang di sebalik kejayaan saluran YouTube keluarga Anazala yang telah mencapai 3 Rekod Dunia Guinness dan memenangi Anugerah Pilihan Kanak-kanak.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2433925/1_Billion_Followers_Summit_1.jpg?p=medium600
Photo: https://mma.prnasia.com/media2/2433926/1_Billion_Followers_Summit_2.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2433924/4751992/1_Billion_Followers_Summit_Logo.jpg?p=medium600

1 Billion Followers Summit unveils new programs, initiatives and ambassadors for upcoming 3rd Edition
1 Billion Followers Summit unveils new programs, initiatives and ambassadors for upcoming 3rd Edition

 

 

Source: New Media Academy
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Social Media Trade show news Future Events