omniture

ADP Membunyikan Loceng Pembukaan NASDAQ Meraikan 75 Tahun di Barisan Hadapan Inovasi Daftar Gaji & Sumber Manusia (HR)

ADP, Inc.
2024-06-11 23:31 69

Ulang tahun pencapaian menunjukkan impak ADP yang berkekalan terhadap dunia pekerjaan melalui inovasi teknologi, perkhidmatan bertaraf dunia dan kepakaran yang tiada tandingannya yang diperkukuh oleh set data terkemuka industri 

ROSELAND, N.J., 11 Jun 2024 /PRNewswire/ -- ADP®, syarikat teknologi global terkemuka yang menyediakan penyelesaian pengurusan modal insan (HCM), meraikan ulang tahun syarikat tersebut yang ke-75 dengan membunyikan Loceng Pembukaan NASDAQ MarketSite pada hari Isnin, 10 Jun 2024. Majlis ini menandakan sejarah lama dan impak bermakna ADP dalam membentuk dunia pekerjaan. Sejak penubuhannya pada tahun 1949, memberikan perkhidmatan kepada satu pelanggan di New Jersey, sehingga hari ini syarikat mempunyai lebih daripada sejuta pelanggan di seluruh dunia, ADP sentiasa memberikan tumpuan kepada mereka bentuk cara kerja yang lebih baik.

ADP marked its 75th anniversary by ringing the NASDAQ MarketSite Opening Bell on Monday, June 10, 2024.
ADP marked its 75th anniversary by ringing the NASDAQ MarketSite Opening Bell on Monday, June 10, 2024.

"Kami berbangga dapat meraikan 75 tahun berada di barisan hadapan dalam inovasi tenaga kerja dan kami berkongsi pencapaian ini dengan rakan sekutu kami yang berbakat dan pelanggan kami yang dihargai, serta telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk membantu mencapai matlamat masing-masing," kata Maria Black, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, ADP. "Pencapaian ini mengesahkan komitmen kami yang mendalam terhadap inovasi dan untuk memastikan pelanggan kami dan pekerja masing-masing menjadi teras kepada usaha ini dan kami akan terus membantu pelanggan kami berkembang maju apabila keperluan perniagaan berkembang."

Set data tenaga kerja yang mendalam, inovasi teknologi dan kepakaran industri ADP mendorong industri HCM melalui beberapa dekad perubahan. ADP mempelopori penyumberan luar daftar gaji dan merupakan yang pertama dalam industri untuk menyampaikan automasi; penyedia HCM pertama di awan; yang pertama menyediakan aplikasi HCM mudah alih; yang pertama mewujudkan pasaran aplikasi HCM dalam talian; dan pada hari ini, menerajui inovasi HCM dengan penyelesaian AI generatif.

Membina Era Teknologi Tenaga Kerja Seterusnya dengan AI Generatif

ADP terus memacu kemajuan melalui peningkatan produk yang berterusan, termasuk teknologi yang dikuasakan oleh AI generatif. ADP Assist dilancarkan pada awal tahun ini sebagai penyelesaian AI generatif silang platform yang meningkatkan produktiviti Sumber Manusia (HR), membantu membuat keputusan dengan cerapan yang didorong oleh data dan memperkemas tugasan harian dengan perbualan bahasa yang mudah dan semula jadi.

Diperkukuh oleh kepakaran yang tiada tandingannya, set data HCM ADP yang tiada bandingannya digunakan untuk melatih alatan AI generatif syarikat bertujuan menjangka perkara yang dikehendaki dan diperlukan oleh pelanggan, untuk menyampaikan penyelesaian mudah, pintar dan insan untuk majikan dan pekerja.

Cerapan dalam Tindakan: Penyahkodan Masa Depan Kerja

Menavigasi jalan di hadapan memerlukan pemahaman tentang trend global yang membentuk pekerjaan, bakat dan teknologi. Memandangkan keperluan perniagaan terus berubah, ADP komited untuk menyediakan data dan cerapan untuk membantu perniagaan membuat keputusan termaklum. Dalam kajian terkini daripada ADP Research Institute® (ADP Research), analisis terhadap 35,000 pekerja sektor swasta di 18 negara mendedahkan cara pekerja melihat AI dan peranan yang akan dimainkan dalam kerja dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Untuk maklumat lanjut dan menyelami data dengan lebih mendalam, sila kunjungi Data Lab ADP Research. Kajian ini, bersama dengan penyelidikan lain yang dipacu data akan dimasukkan ke dalam Today at Work, Keluaran 6 yang akan diterbitkan pada 17 Jun 2024.  

Maklumat Tentang ADP (NASDAQ: ADP)

Mereka bentuk cara yang lebih baik untuk bekerja melalui produk terkini, perkhidmatan premium dan pengalaman luar biasa yang membolehkan orang ramai mencapai potensi penuh mereka. Sumber Manusia (HR), Bakat, Pengurusan Masa, Manfaat dan Daftar Gaji. Dimaklumkan oleh data dan direka bentuk untuk orang ramai. Ketahui lebih lanjut di ADP.com

ADP, logo ADP dan Sentiasa Mereka Bentuk untuk Orang Ramai, ialah tanda dagangan ADP, Inc. Semua tanda dagangan lain ialah hak milik pemilik masing-masing.

Hak Cipta © 2024 ADP, Inc.  Hak cipta terpelihara.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2434664/ADP_75th_anniversary.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2434663/ADP_75th_anniversary_logo.jpg?p=medium600 

Source: ADP, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:ADP
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Data Analytics Financial Technology