omniture

Pengaruh Chengdu dirasai di seluruh dunia

Chengdu Bureau of Commerce
2024-06-12 14:49 34

CHENGDU, China, 12 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Keterbukaan merupakan ciri penentu bagi China kontemporari. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan, memanfaatkan lokasinya sebagai hab utama dalam Inisiatif Jalur dan Jalan serta sebagai titik permulaan Jalan Sutera Selatan purba. Dengan memperdalam pertukaran dan kerjasama antarabangsa, Chengdu meningkatkan tahap keterbukaannya, lalu mencapai kejayaan serta kemajuan.

Night aerial view of twin towers of the Tianfu International Financial Center
Night aerial view of twin towers of the Tianfu International Financial Center

Tanggal 25 Mei, kereta api barangan angkut China-Eropah pertama (Chengdu-Rusia) melewati Alashankou di wilayah autonomi Uygur Xinjiang dalam perjalanannya ke Rusia yang sarat dengan 55 kontena televisyen, kasut dan pakaian. Kereta api ini pada mulanya berlepas dari Pelabuhan Kereta Api Antarabangsa Chengdu. Pelancaran kereta api pantas ini akan meningkatkan kecekapan pengangkutan dari Chengdu ke Rusia.

Dilancarkan pada tahun 2013, kereta api barangan angkut China-Eropah telahpun melewati pelbagai wilayah, menghubungkan Eurasia dan berkembang ke seluruh dunia. Laluan pengangkutan perdagangan antarabangsa ini, Jalan Sutera di darat, memberikan momentum kepada Chengdu untuk meluaskan perdagangan asingnya. Setakat kini, Chengdu mengendalikan hampir 30,000 kereta api antarabangsa, menghubungkan 112 bandar di luar negara, dengan jumlah operasi kumulatif kereta api barangan angkut China-Eropah (Chengdu-Chongqing) menduduki tempat pertama di seluruh negara.

Tatkala Jalan Sutera di darat menggiatkan pengembangannya, Jalan Sutera bawaan udara semakin melonjak. Sehingga kini, Chengdu menyambung semula dan meluaskan penerbangan antarabangsa dan serantau terus tetapnya - 49 laluan penumpang dan 22 laluan kargo - mewujudkan rangkaian asas laluan penumpang antara benua ke Eropah, Amerika, Australia dan Afrika, dengan destinasi-destinasi Asia yang utama turut terlibat.

Saluran yang saling terhubung ini bukan sahaja menarik minat kluster perusahaan, bahkan meningkatkan kemudahan untuk perniagaan berkembang ke dalam pasaran antarabangsa.

Perdagangan perkhidmatan, komponen penting dalam perdagangan antarabangsa dan bidang yang sangat penting dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa, menyaksikan pertumbuhan yang signifikan di Chengdu.

Pada 11 Disember 2023, SystImmune, subsidiari milik penuh Sichuan Biokin Pharmaceutical, dan Bristol Myers Squibb mencapai perjanjian kerjasama strategik global bagi hak pembangunan dan pengkomersialan BL-B01D1, konjugat antibodi-ubat. Jumlah nilai transaksi yang berpotensi bagi perjanjian ini boleh mencapai sehingga $8.4 bilion, memecahkan rekod bagi ubat-ubatan inovatif China yang berkembang ke luar negara.

Kejayaan Biokin Pharmaceutical merupakan gambaran sekilas mengenai peningkatan pesat perdagangan perkhidmatan Chengdu. Menurut data yang disediakan oleh Biro Perdagangan Chengdu, dalam suku pertama, jumlah volum import dan eksport perkhidmatan bandar ini meningkat sebanyak 84.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, menjadikan perdagangan perkhidmatan sebagai satu kuasa dalam menggalakkan pembangunan perdagangan asing yang berkualiti tinggi.

 

Source: Chengdu Bureau of Commerce
Keywords: Banking/Financial Service