omniture

42Gears Mencapai Status Rakan Kongsi Emas dalam Program Rakan Android Enterprise

42Gears
2024-06-12 19:03 47

BENGALURU, India, 12 Jun 2024 /PRNewswire/ -- 42Gears dengan sukacitanya mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah mencapai status Rakan Emas dalam Program Rakan Android Enterprise. Pencapaian ini merupakan pencapaian penting bagi 42Gears dan mengukuhkan komitmen syarikat untuk menyediakan penyelesaian pengurusan peranti Android Enterprise bertaraf dunia untuk rakan niaga dan pelanggan perusahaan.

Dengan menjadi Rakan Emas Android Enterprise, 42Gears menawarkan keupayaan berikut kepada pelanggannya:

  • Kepakaran terbukti dalam menyediakan ciri keselamatan dan pengurusan peranti canggih yang dikuasakan oleh Android Enterprise
  • Akses kepada dokumentasi terkini dan panduan berkenaan amalan terbaik untuk pengurusan dan sokongan peranti Android
  • Komitmen yang teguh untuk sentiasa mengikuti perkembangan ciri-ciri terkini Android Enterprise dan keperluan latihan

"Kami berbangga untuk meneruskan kerjasama jangka panjang kami dengan Android Enterprise dengan menjadi Rakan Emas Android Enterprise. Pengiktirafan ini mengesahkan komitmen pasukan kami untuk menawarkan penyelesaian dan sokongan pengurusan peranti Android yang terkini kepada pelanggan kami. Sebagai Rakan Emas Android Enterprise, kami berharap dapat menyediakan perkhidmatan dan sokongan bertaraf dunia kepada pelanggan kami dalam mengurus dan memastikan keselamatan ekosistem peranti Android mereka," kata Onkar Singh, Pengasas Bersama dan CEO 42Gears.

"Dengan rasa besar hati, kami mengalu-alukan 42Gears ke dalam Program Rakan Android Enterprise sebagai rakan Emas kami. Dengan menjadi rakan Emas, 42Gears telah melangkah lebih jauh demi pelanggannya, memastikan mereka menerima perkhidmatan pelanggan bertaraf tinggi, sokongan dan penyelesaian untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka," kata Ken Schutt, Pengarah Perkongsian Android Enterprise.

Perihal 42Gears

42Gears ialah peneraju dalam pengurusan IT perusahaan, menawarkan penyelesaian terkini yang bertujuan untuk mengubah ruang kerja digital. Disampaikan dari awan dan di premis, produk 42Gears menyokong semua sistem operasi mudah alih dan desktop utama, membolehkan pasukan IT dan DevOps meningkatkan produktiviti pekerjaan barisan hadapan dan kecekapan pasukan pembangunan perisian. Produk 42Gears digunakan oleh lebih daripada 18,000 pelanggan di pelbagai industri di lebih dari 160 negara, dan boleh dibeli melalui rangkaian rakan global.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://www.42gears.com

Penafian Undang-undang
Android ialah tanda dagangan Google LLC.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2210925/42Gears1_Logo.jpg?p=medium600 

Source: 42Gears
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements New products/services Cloud Computing / Internet of Things