omniture

Kandao Pamer Penyelesaian Sidang Video Revolusioner untuk Kerja Hibrid di InfoComm 2024

Kandao Technology Co., Ltd.
2024-06-13 15:55 9

SHENZHEN, China, 13 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Kandao bersiap sedia untuk memberi impak yang besar di InfoComm 2024 menerusi penyelesaian termaju kami yang direka bentuk untuk semua saiz bilik persidangan dan kolaborasi hibrid. Memenuhi peningkatan permintaan model kerja kolaboratif hibrid dalam perusahaan, teknologi inovatif daripada Kandao mentakrifkan semula sidang video dengan menyediakan alat kolaborasi yang lancar, imersif dan amat cekap. Penyelesaian persidangan berbilang sistem kami, Kandao Meeting Omni, memiliki kemas kini terbaru dan ketika ini menyokong ketersambungan dengan sehingga empat Kandao Meeting Ultra atau Kandao Meeting Ultra Standard.

InfoComm 2024 - Kandao Technology
InfoComm 2024 - Kandao Technology

Pandangan Inklusif 

Sistem Kandao Meeting Omni dapat berintegrasi dengan sehingga empat kamera 360-darjah, memberikan liputan komprehensif terhadap kawasan yang sangat besar. Dengan keupayaan pengecaman wajah, penjejakan dan penyahduplikasian pintar, lebih ramai hadirin boleh disertakan secara visual. Keutamaan muka depan dan muka dekat terbina dalam untuk pemilihan potret memastikan hubungan mata semasa komunikasi jarak jauh. Pengguna boleh memilih daripada pelbagai mod pandangan output, seperti Pandangan Penutur, yang menonjolkan penutur dan Pandangan Galeri, yang sama-sama memaparkan sehingga lapan hadirin yang baru berucap. Bagi senario yang memerlukan perhatian tertumpu, Kandao Meeting Omni menawarkan fungsi penguncian skrin dan zum.   

Audio Dipertingkat 

Sistem ini menampilkan tatasusunan 8-mikrofon dupleks-penuh yang dinaik taraf, kini diaturkan kepada 4 kumpulan dengan teknologi pembentuk alur terbenam, pembatalan gema, pengurangan hingar dan penindasan lolong. Peningkatan ini meluaskan julat pikap audio yang berkualiti tinggi, bagi memastikan setiap perkataan disampaikan dengan jelas. Pengalaman audio ditingkatkan lagi dengan kemasukan sehingga empat set pembesar suara Hi-Fi tersuai, membolehkan hadirin mendengar dengan jelas tanpa mengira saiz bilik persidangan.

Memperkenalkan Kandao Meeting Ultra dan Kandao Meeting Ultra Standard 

Kandao Meeting Ultra membawakan dwi kanta mata ikan yang merangkumkan seluruh bilik persidangan dengan pandangan panoramik 360-darjah dan output dalam resolusi 4K dengan HDR. Dwi skrin sentuh FHDnya memudahkan kolaborasi secara bersemuka yang sebenar. Algoritma pengesanan AI dan penjejakan pergerakan memastikan kependaman rendah, penyetempatan penutur yang tepat dan pembingkaian automatik.

Kandao Meeting Ultra Standard juga boleh menghasilkan pandangan 360-darjah 4K dan penjejakan pintar sahaja tanpa skrin sentuh, lalu menjadikannya pilihan yang lebih berkesan kos untuk pengguna. Ia merupakan penyelesaian yang kompak namun berkuasa untuk merangkumkan seluruh ruang mesyuarat dengan penjejakan penutur berpacukan AI dan pembingkaian automatik.

Perlindungan Data dan Privasi 

Mengutamakan keselamatan maklumat, semua data yang diproses oleh sistem Kandao Meeting Omni dikendalikan serta-merta tanpa dimuat naik ke awan atau mana-mana pangkalan data. Alamat IP atau lokasi tidak pernah disimpan, bagi menjamin privasi yang lengkap. Di samping itu, peranti boleh disembunyikan untuk mengelakkan sambungan yang tidak dibenarkan dan terikat kepada hos untuk akses peranti yang selamat.

Hubungi untuk Maklumat Lanjut 

Untuk mendapatkan cadangan produk kami yang sesuai dengan bilik persidangan yang pelbagai saiz dan konfigurasi, atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemas kini penting kepada Kandao Meeting Omni, sila hubungi pasukan jualan kami di sales@kandaovr.com.

Kami amat menggalakkan anda untuk singgah di reruai kami di InfoComm 2024 dan terlibat dalam perbincangan secara bersemuka dengan kami! Cari kami di Reruai C5763, Dewan Pusat!

Latar Belakang Kandao 

Kandao ialah penginovasi yang terkemuka bagi produk pengimejan generasi seterusnya, mengintegrasikan teknologi VR, algoritma AI dan penyelesaian sidang video. Syarikat ini merintis pengalaman persidangan hibrid yang imersif dengan produk seperti Kandao Meeting 360, kamera sidang video semua-dalam-satu 360 yang pertama dengan algoritma AI; Kandao Meeting Pro, peranti mandiri dengan Android OS; Kandao Meeting S, kamera persidangan AI 180-darjah; dan Kandao Meeting Ultra, hos persidangan AI 360 4K yang membawakan dwi skrin sentuh. Kandao dipaparkan dalam bahan penerbitan terkemuka seperti Digital Camera World dan Forbes, yang menonjolkan kemajuan teknologi serta impak industrinya.

Source: Kandao Technology Co., Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Office Products Computer Accessories Retail Telecommunications New products/services Trade show news Artificial Intelligence