omniture

MANCHESTER CITY UMUM PERKONGSIAN GLOBAL BERBILANG TAHUN BERSAMA JINKOSOLAR

JinkoSolar
2024-06-13 16:00 33
  • Manchester City mengumumkan perkongsian global berbilang tahun yang baharu bersama JinkoSolar, pembekal Sistem Storan Fotovolta dan Tenaga global yang terkemuka
  • Perkongsian baharu ini akan membolehkan JinkoSolar mempercepatkan kehadiran pasarannya kepada khalayak global dan menyokong usaha Kelab untuk menjadi salah satu pengeluar terbesar bagi tenaga boleh baharu dalam dunia bola sepak.

SHANGHAI, 13 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Manchester City mengumumkan pada hari ini perkongsian global yang baharu bersama JinkoSolar, yang akan menyaksikan jenama ini menjadi Rakan Kongsi Tenaga Solar Rasmi Kelab.


JinkoSolar ialah sebuah syarikat teknologi solar yang terkemuka di peringkat global dan amat inovatif. Menggenggam misi untuk "mengubah portfolio tenaga dan menggalas tanggungjawab untuk mendayakan masa depan yang lestari", JinkoSolar mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju global bagi penghantaran modul selama lima tahun.

Setakat suku pertama tahun 2024, Jinko Solar menyerahkan sejumlah lebih daripada 230 GW penghantaran modul di peringkat global, dengan 1 daripada setiap 8 panel solar yang dipasang di bumi datangnya daripada JinkoSolar.

Melalui perkongsian ini, JinkoSolar akan berhubung dan berinteraksi dengan peminat Man City di peringkat global untuk bersama-sama mempromosikan penggunaan tenaga solar melalui produk solar mereka yang inovatif serta memenangi anugerah dan mendidik lagi peminat mengenai bagaimana mereka boleh memainkan peranan ke arah masa depan yang lestari.

Jinko akan turut menyokong rancangan kelab untuk menjadikan kemudahan latihannya, City Football Academy, salah satu pengeluar terbesar bagu tenaga boleh baharu dalam dunia bola sepak. Diumumkan awal tahun ini, projek ini membentuk bahagian penting daripada matlamat Manchester City untuk menjadi sifar bersih karbon menjelang tahun 2030.

Sebagai peneraju bagi tenaga boleh baharu dan sukan, perkongsian ini akan menjadi contoh hebat peralihan kepada penyelesaian tenaga mampan dan tatkala jenama JinkoSolar terus berkembang di peringkat global, akan menggiatkan lagi kehadiran pasarannya baik kepada perniagaan mahupun pengguna di seluruh dunia.

Kaitlyn Beale, Naib-Presiden Jualan Perkongsian Global di City Football Group, berkata: "Kami dengan sukacitanya mengumumkan perkongsian global baharu ini bersama JinkoSolar. Manchester City dan JinkoSolar ialah dua organisasi terkemuka yang memberi penekanan ke atas inovasi dalam bidang masing-masing. Kedua-dua organisasi komited untuk mencipta perubahan yang berkekalan serta memperkasakan kehidupan yang lebih baik dan kami tidak sabar-sabar menantikan JinkoSolar untuk menyertai perjalanan kami ketika kami menyasarkan untuk mencipta masa depan yang lebih lestari."

Gener Miao, Ketua Pegawai Pemasaran di JinkoSolar, berkata: "Kami teruja untuk mengumumkan perkongsian penting antara JinkoSolar dan Manchester City Football Club, menyatukan dua juara dalam bidang masing-masing. Kolaborasi "juara untuk juara" ini meraikan kecemerlangan dalam sukan serta tenaga boleh baharu, seterusnya membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah dan lebih lestari.

"Bersama-sama Manchester City, kami menumpukan perhatian untuk memajukan kemampanan dan memperlihatkan bagaimana tenaga boleh baharu dapat membawa kepada planet yang lebih sihat. Kami benar-benar menjangkakan impak positif yang akan kami cipta dalam perjalanan yang menarik ini."

Latar Belakang Manchester City Football Club:  

Manchester City FC pada mulanya ditubuhkan pada tahun 1880 sebagai St Mark's West Gorton dan secara rasmi menjadi Manchester City FC pada tahun 1894. Terletak di Etihad Campus yang lebih luas, jejak Kelab ini termasuk Stadium Etihad berkapasiti 53,500, Stadium Joie berkapasiti 7,000 dan City Football Academy, sebuah kemudahan pembangunan prestasi, latihan dan belia terkini yang menempatkan pasukan lelaki, wanita dan akademi Kelab ini.

Diberi kedudukan sebagai Jenama Kelab Bola Sepak Paling Bernilai di dunia oleh Brand Finance, Manchester City FC kini membangunkan pengalaman peminat terbaik dalam kelasnya serta destinasi hiburan dan riadah sepanjang tahun di Etihad Campus. Kelab ini komited untuk beroperasi dengan cara yang mampan dan bertanggungjawab dari segi sosial serta menjamin kesamaan, kepelbagaian dan keterangkuman diterapkan ke dalam proses membuat keputusan, budaya serta amalannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.mancity.com  

Latar Belakang Jinko Solar

Jinko Solar Co., Ltd. (dirujuk sebagai "JinkoSolar," kod saham: 688223) ialah sebuah syarikat teknologi solar yang terkemuka di peringkat global dan amat inovatif. Menggenggam misi untuk "mengubah portfolio tenaga dan menggalas tanggungjawab untuk mendayakan masa depan yang lestari."

Produk JinkoSolar menawarkan perkhidmatan kepada lebih 190 negara dan wilayah di seluruh dunia, memenuhi keperluan lebih 3,000 pelanggan. Setakat suku pertama tahun 2024, JinkoSolar mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju global bagi penghantaran modul selama lima tahun, dengan jumlah kumulatif lebih daripada 230 GW penghantaran modul. Syarikat merupakan pemimpin pendapat industri dalam pelbagai rangka kerja antarabangsa, termasuk B20, serta menyertai inisiatif hijau RE100 pada tahun 2019.

Jinko Solar disenaraikan pada STAR Board Bursa Saham Shanghai dalam tahun 2022 manakala JinkoSolar Holding Co., Ltd., pemegang saham mengawal tidak langsungnya, disenaraikan pada Bursa Saham New York dalam tahun 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.jinkosolar.com/en

Source: JinkoSolar
Related Stocks:
Shanghai:688223
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Sports Utilities Licensing/marketing agreements