omniture

Tata Communications mengumumkan perjanjian perkhidmatan penyiaran hos lima tahun dengan World Athletics

Tata Communications
2024-06-13 17:48 46

Tata Communications akan menyediakan perkhidmatan penyiaran hos global dengan membuat liputan acara Siri World Athletics, termasuk Kejohanan Dunia di Tokyo pada tahun 2025 dan menyokong visi World Athletics untuk menggalakkan sukan melalui inisiatif strategik di seluruh India

MUMBAI, India, 13 Jun 2024 /PRNewswire/ --  Tata Communications  pada hari ini mengumumkan perjanjian perkhidmatan penyiaran hos global selama lima tahun bagi membuat liputan acara Siri World Athletics. Mulai tahun 2025, Tata Communications akan menjadi penyedia perkhidmatan strategik utama untuk World Athletics, dengan tujuan untuk meningkatkan inovasi dan keterlibatan khalayak kepada tahap baharu.

Kerjasama itu bermula dalam satu lagi tahun yang besar untuk sukan tersebut, dengan tahun 2025 termasuk Kejohanan Tertutup World Athletics di Nanjing pada bulan Mac, Larian Berganti World Athletics di Guangzhou pada bulan Mei dan Kejohanan Larian Jalan Raya World Athletics di San Diego pada bulan September, serta Kejohanan World Athletics utama di Tokyo.

Kejohanan World Athletics, yang akan berlangsung dari 13–21 September pada tahun 2025, ialah acara yang kerap menarik minat khalayak tontonan global seramai satu bilion individu.

Tata Communications akan memperkasa World Athletics untuk menawan hati kumpulan peminat global dan menjalinkan hubungan yang berkekalan bersama sukan ini dengan menguatkan keseronokan dan drama pertandingan olahraga global secara langsung.

Syarikat itu akan menyampaikan kandungan siaran langsung bertaraf dunia yang disesuaikan kepada penyiar di seluruh benua, bagi memastikan tindakan itu sampai kepada peminat di setiap pelusuk dunia. Sebagai penyiar hos, ini akan memainkan peranan penting dalam menghasilkan liputan mendalam untuk acara World Athletics di seluruh dunia. Tambahan pula, Tata Communications akan membolehkan penyiar meningkatkan pengalaman penonton dan mewujudkan kumpulan peminat terhubung melalui suapan serantau setempat.

Perjanjian dengan World Athletics mendapat manfaat daripada platform media global Tata Communications yang disokong oleh platform pinggir natif video dan tindanan aplikasi, menawarkan sokongan menyeluruh yang andal, serta memenuhi permintaan liputan kalendar acara antarabangsa sukan ini yang penuh aksi. Platform teknologi yang dipertingkat akan membolehkan World Athletics memberikan pengalaman siaran yang unggul untuk peminat di seluruh dunia.

World Athletics komited untuk meningkatkan jangkauan sukan ini di seluruh dunia. Tata Communications berkongsi visi ini dengan World Athletics dan akan menyokong organisasi tersebut dalam usaha ini, dengan penekanan tertumpu kepada inisiatif sokongan di India.

Tata Communications juga akan bekerjasama dengan Worth Athletics untuk menggunakan kuasa teknologi bagi mempertingkat dan memajukan usaha kelestarian World Athletics, yang menjadi teras kepada strategi masa depan organisasi itu.

Dhaval Ponda, Ketua Perniagaan Media & Hiburan Global, Tata Communications berkata, "Ini merupakan masa menarik dengan kandungan baharu dan permintaan penonton yang sentiasa berubah. Tata Communications diletakkan secara ideal sebagai penyedia perkhidmatan ketersambungan global bagi membantu World Athletics memenuhi cita-cita organisasi untuk membawa kisah olahraga dan inspirasi kepada peminat di seluruh dunia. Kami menawarkan jejak global dan penyelesaian berskala, serta berdaya tahan yang diperlukan untuk membawa kisah ini dari arena secara terus kepada penonton, sama ada dari UK, Tokyo, Amerika Syarikat atau seterusnya. Memandangkan kami membawa kerancakan sukan olahraga global ke skrin, saya tidak sabar untuk melihat kisah itu yang dapat memberikan inspirasi kepada generasi kecemerlangan sukan India yang akan datang."

Maklumat Tentang World Athletics

World Athletics ialah badan pentadbiran antarabangsa untuk olahraga (acara trek, padang & larian). Visi kami ialah untuk menggunakan kuasa dan kebolehcapaian olahraga dan atlet kami bagi mewujudkan dunia yang lebih sihat dan cergas. World Athletics memberikan perkhidmatan kepada beberapa pihak berkepentingan: atlet elit, jurulatih dan ejen mereka, serta 214 persekutuan olahraga kebangsaan yang membentuk organisasi, rakan kongsi komersial dan penyiar. Kami bekerjasama rapat dengan persekutuan kebangsaan untuk membangunkan sukan di seluruh dunia dan dengan jawatankuasa penganjur tempatan untuk mengadakan acara sukan antarabangsa terbesar, merangsang dan menarik perhatian peminat daripada semua peringkat umur.

Maklumat Tentang Tata Communications

Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah pengupaya ekosistem digital global yang memperkasa ekonomi digital berkembang pesat pada hari ini di lebih daripada 190 negara dan wilayah. Menerajui dengan amanah, syarikat ini membolehkan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia dengan kerjasama dan penyelesaian terhubung, ketersambungan teras dan generasi akan datang, penyelesaian pengehosan awan dan keselamatan, serta perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan kepada 80% gergasi awan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.tatacommunications.com

Ikuti kami di: Twitter, LinkedIn, YouTube, Instagram

Penyata pandang ke hadapan dan memberi peringatan

Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkaitan dengan Tata Communications dan prospek syarikat tersebut, serta pernyataan lain, termasuk pernyataan yang berkaitan dengan kedudukan kewangan dan strategi perniagaan Tata Communications, pembangunan operasi Tata Communications pada masa akan datang dan ekonomi secara umum di India, ialah pernyataan pandang ke hadapan. Pernyataan tersebut melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain, termasuk kewangan, pengawalseliaan dan alam sekitar, serta pernyataan berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend, yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications, atau keputusan industri, berbeza dengan besar berbanding yang dinyatakan atau tersirat oleh pernyataan pandang ke hadapan tersebut. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza dengan besar daripada pernyataan pandang ke hadapan tersebut termasuk, antara lain, kegagalan meningkatkan jumlah trafik dalam rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang sewajarnya; kegagalan melengkapkan pengujian teknologi baharu dan sistem maklumat dengan sempurna untuk menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan pemancaran suara, kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga dalam perkhidmatan komunikasi tertentu syarikat, kegagalan mengintegrasikan pengambilalihan dan perubahan strategik dalam dasar kerajaan atau peraturan India dan, secara khususnya, perubahan berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan, secara umumnya, keadaan ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza dengan besar daripada pernyataan pandang ke hadapan tersebut, kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited. 

Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak mempunyai kewajipan untuk, dan dengan jelas menafikan apa-apa kewajipan untuk, mengemas kini atau meminda pernyataan pandang ke hadapan syarikat.

© 2024 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.

TATA COMMUNICATIONS dan TATA ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan negara tertentu.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2268954/4387625/Tata_Communications_Logo.jpg?p=medium600

Source: Tata Communications
Related Stocks:
Bombay:500483 India:EQTATACOMM India:TATACOMM NASDAQ:VDSGAP
Keywords: Broadcast Technology Computer Software Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Licensing/marketing agreements