LOS ANGELES, 14 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Stanly, platform inovatif yang dibangunkan secara eksklusif untuk peminat berhubung, berinteraksi dan meraikan kumpulan peminat kegemaran mereka, berjaya mengumpul sebanyak $8 juta dalam pendanaan pra-Siri A. Pusingan ini diketuai oleh C Capital Adrian Cheng, dengan penyertaan daripada AppWorks, Goodwater, Palm Drive Capital dan banyak lagi.
Engenes (Enhyphen fans) against the Stanly backdrop at a Fan Gathering Event in Manila, Philippines #ProudToStan
Ditubuhkan pada tahun 2023 oleh Rebecca Leung, Liberty City Ventures dan Popular Culture, Stanly mengubah cara peminat berinteraksi antara satu sama lain, menyatukan mereka seperti yang belum pernah terjadi sebelum ini. Aplikasi ini menawarkan komunikasi dan perdagangan peminat-ke-peminat dan artis-ke-peminat, membolehkan pengguna menyertai atau membuat kelab peminat artis yang dihasilkan oleh peminat pada platform ini. Dalam kumpulan peminat ini, pengguna boleh menemui kandungan eksklusif, mengambil bahagian dalam permainan, berbual, memperoleh ganjaran, membeli-belah dan sentiasa mendapat perkembangan terkini mengenai berita dan acara terkini.
Sejak pelancaran beta pada bulan Februari, Stanly menarik minat lebih 200,000 ahli. Platform ini kini menyokong 50 kumpulan peminat popular, termasuk kumpulan peminat untuk Taylor Swift, Beyoncé, Billie Eilish, J Balvin, BTS, Post Malone dan banyak lagi. Dengan lebih 300 kumpulan peminat tambahan dalam senarai tunggu, platform ini bersedia untuk mencapai pengembangan yang ketara dalam beberapa bulan akan datang. Ciri-ciri baharu yang menarik juga sedang dibangunkan, bertujuan untuk menyediakan kepada peminat dengan cara yang lebih interaktif dan menarik untuk berhubung dengan artis kegemaran mereka sekali gus menawarkan peluang yang dipertingkat kepada bakat untuk mengewangkan rangkaian mereka.
Dana Stanly akan digunakan untuk mengembangkan pasukannya merentas pelbagai jabatan, termasuk kejuruteraan, operasi, sokongan pencipta, pemasaran dan jualan. Syarikat ini juga akan terus meningkatkan keupayaan platformnya bagi menawarkan pengalaman yang lebih lancar dan menarik untuk peminat mahupun artis.
"Kami mencipta Stanly kerana kami merasakan bahawa tiada ruang yang selamat dalam talian untuk peminat berhubung dengan lebih erat dan berkongsi antara satu sama lain tentang artis dan pencipta kegemaran mereka. Agar diiktiraf dan diberi ganjaran untuk kumpulan peminat mereka. Pusingan pendanaan terkini membolehkan Stanly membangunkan ciri-ciri produk penting serta membantu mengukuhkan kedudukan platform kami sebagai pusat kumpulan peminat global," ujar Jens Grede, Pengasas Bersama Popular Culture.
Clive Ng, Pengasas Bersama C Capital, menambah, "Kami berasa sangat teruja untuk menyokong Stanly dalam misi mereka untuk merevolusikan penglibatan peminat. Pendekatan unik platform ini untuk memupuk komuniti dan hubungan dalam kumpulan peminat benar-benar inovatif. Kami percaya pada visi Stanly dan teruja untuk melihat bagaimana pendanaan ini akan mempercepatkan pertumbuhan dan kesannya ke atas budaya peminat di peringkat global."
Latar Belakang Stanly:
Stanly ialah platform berpangkalan di Los Angeles yang mengkhusus untuk menghubungkan peminat dengan kumpulan peminat kegemaran mereka. Ditubuhkan pada tahun 2023, Stanly menawarkan ruang unik kepada peminat untuk berinteraksi, berkongsi dan meraikan minat mereka. Dengan lebih 200,000 ahli dan semakin bertambah, Stanly bersedia untuk merevolusikan pengalaman peminat.
HUBUNGI: JONESWORKS (Media Berpangkalan di AS): Stephanie@jonesworks.com; STANLY: Jan@stanly.co