omniture

Astronergy diberi penghormatan sebagai "Pelaksana TERBAIK PVEL 2024" di Ekspo Kuasa PV SNEC

Astronergy
2024-06-14 16:00 20

SHANGHAI, 14 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Pada hari pertama Ekspo Kuasa PV SNEC di Shanghai, China, Astronergy berbangga kerana dianugerahkan sebagai "Pelaksana TERBAIK PVEL 2024" buat kali kelapan. Pengiktirafan ini, berdasarkan kepada Kad Skor Keandalan Modul PV terkini Kiwa PVEL, mengesahkan sekali lagi komitmen Astronergy terhadap kecemerlangan produk.

Kiwa PVEL (PV Evolution Labs) merupakan peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi pengujian prestasi modul PV. Dengan fokus kepada perolehan dan pelaburan solar berpacukan data, pendekatan PVEL untuk menguji dan menanda aras keandalan modul PV menjadi amat penting selama lebih sedekad lamanya. Program Kelayakan Produk (PQP) PVEL merupakan protokol komprehensif bagi ujian makmal dan lapangan yang dibangunkan untuk menilai keupayaan menjana keuntungan modul PV. Kad Skor Keandalan Modul PV, output utama daripada PQP, menyediakan kepada industri dengan pengetahuan penting tentang keandalan jangka panjang serta prestasi modul PV.

Kad Skor Keandalan Modul PV 2024 menonjolkan beberapa ujian ketat dalam kategori-kategori Pelaksana Terbaik, seperti kitaran terma, haba lembap, urutan tegasan mekanik, urutan tegasan hujan batu, PID, LID, LETID dan prestasi PAN. Ujian-ujian ini memastikan agar modul-modul memenuhi standard kualiti dan ketahanan tertinggi.

Khususnya, 11 produk modul Astronergy mencapai status Pelaksana Terbaik dalam ujian pada tahun ini, kesemuanya merupakan modul PV TOPCon jenis-n ASTRO N. Pada 13 Jun, hari yang sama Astronergy dianugerahkan sebagai "Pelaksana TERBAIK PVEL 2024", syarikat ini turut diiktiraf sebagai "Pencapai Tertinggi Keseluruhan 2024" dalam Indeks Modul PV daripada RETC (Renewable Energy Test Center).

"Kami berasa gembira menerima anugerah Pelaksana TERBAIK PVEL 2024," kata Jack Zhou, Ketua Pengurusan Produk Global di Astronergy. "Pencapaian ini mencerminkan dedikasi kami terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta prestasi produk yang cemerlang. Komitmen kami untuk memajukan teknologi solar memastikan kami dapat menyediakan modul PV yang berkualiti terbaik dengan kecekapan serta keandalan yang cemerlang bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami di peringkat global."

Sebagai perintis bagi modul PV TOPCon jenis-n, Astronergy menaik taraf teknologi selnya daripada TOPCon 3.0 kepada TOPCon 4.0 pada tahun 2024 dan menjadi yang pertama dalam industri PV beralih daripada teknologi PERC kepada TOPCon menerusi pengeluaran besar-besaran. Dengan memanfaatkan teknologi termaju seperti ZBB, TF, teknologi pengkapsulan berketumpatan tinggi dan pemotongan tanpa musnah, Astronergy memastikan produk modul TOPCon jenis-n daripadanya memberikan kecekapan penukaran yang lebih tinggi, penjanaan kuasa yang lebih tinggi serta kos sistem yang lebih rendah.

Source: Astronergy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Trade show news