omniture

TV Hisense Berada di Kedudukan No. 2 Secara Global dalam S1 2024

Hisense
2024-06-14 17:00 35

QINGDAO, China, 14 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka, yang mana kekuatan kompetitifnya dalam sektor perkakas rumah global diperkukuh dengan data yang terkini daripada institut penyelidikan pasaran antarabangsa yang terkemuka Omdia menunjukkan bahawa penghantaran global TV Hisense bagi S1 2024 mencapai sejumlah 6.32 juta, memberi kedudukan No. 2 kepada Hisense secara keseluruhan dalam pasaran global dari tahun 2022 hingga S1 2024.

Hisense TV ranked global No. 2
Hisense TV ranked global No. 2

Bahagian volum penghantaran TV global S1 2024 Hisense ialah 13.6% dengan bahagian hasil penghantaran global sebanyak 12.1%. Hisense kini berada di kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Sebagai peneraju teknologi dan pasaran dalam bidang TV Laser, Hisense turut menikmati bahagian volum TV Laser seluruh dunia pada S1 2024 sebanyak 53.4%.

Hisense Mini-LED ULED TV U7N is the official TV of the UEFA EURO 2024™
Hisense Mini-LED ULED TV U7N is the official TV of the UEFA EURO 2024™

Kejayaan berterusan Hisense dalam pasaran yang sangat kompetitif ialah hasil daripada komitmennya kepada inovasi yang berterusan dalam produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi membangunkan teknologi perkakas rumah rintis dalam usaha untuk menambah baik kehidupan seharian. ULED Mini-LED Hisense U7N merupakan Televisyen Rasmi UEFA EURO 2024™, yang membawa tontonan bola sepak ke tahap tinggi yang baharu dengan TV yang direka bentuk khusus untuk peminat sukan dan pemain. Dengan kadar segar semula yang tinggi iaitu 240Hz dan dilengkapi dengan 120Hz Ultra Motion dan Mod Sukan AI, U7N membawa anda ke bahagian tengah permainan.

Sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™, baru-baru ini Hisense melancarkan kempen 'BEYOND GLORY' yang menampilkan Duta-duta Global Iker Casillas dan Manuel Neuer. Kempen ini menandakan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA ketiga berturut-turut Hisense bekerjasama dengan acara ini, memberikan peluang penting untuk terus menghubungkan jenama Hisense dengan pengguna di seluruh dunia.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan berbilang media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

 

Source: Hisense
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television Survey, Polls & Research