omniture

Whale Cloud dan Ant International Jalin Perkongsian Strategik Perluas Teknologi e-Dompet dan Aplikasi Super

Whale Cloud
2024-06-17 14:00 42

NANJING, China, 17 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Whale Cloud, sebuah syarikat teknologi terkemuka yang menyediakan penyelesaian perisian dan perkhidmatan untuk telekomunikasi dan pelbagai industri, hari ini memeterai perkongsian strategik bersama Ant International berhubung pembangunan dan pengembangan global Alipay+ Wallet Tech, suit penuh penyelesaian pembayaran, e-dompet dan Aplikasi Super yang disediakan oleh Ant International. Perkongsian ini bertujuan untuk menyokong lebih ramai pelanggan membangunkan e-dompet dan aplikasi super dengan kefungsian, keandalan dan kestabilan bertaraf dunia, serta membawa manfaat rangkuman kewangan kepada khalayak yang lebih luas di seluruh dunia.

Yishi Chen (right), Executive Vice President of Whale Cloud International and Zhixian Li (left), Senior Director, Alipay+ Wallet Tech at Ant International, during the signing ceremony
Yishi Chen (right), Executive Vice President of Whale Cloud International and Zhixian Li (left), Senior Director, Alipay+ Wallet Tech at Ant International, during the signing ceremony

Bersama-sama Ant International, Whale Cloud akan menyediakan kepada pelanggan dengan pelbagai penyelesaian teknologi e-dompet dan pendigitalan yang berasaskan Alipay+ Wallet Tech, termasuk penyelesaian dompet digital dengan alatan promosi pemasaran, pengurusan risiko yang utama dalam industri dan sistem pencegahan pengubahan wang haram, teknologi untuk perkhidmatan kewangan dan penyelesaian Aplikasi Super bagi membangunkan ekosistem terbuka untuk perkhidmatan digital.

Selain daripada tawaran produk, Whale Cloud dan Ant International akan bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan sehenti, termasuk pengehosan teknologi dan operasi, perundingan perancangan perniagaan pembayaran, sokongan pertumbuhan perniagaan dan pengurusan operasi perniagaan.

Memandang ke hadapan, Ant International akan terus menaik taraf dan menginovasikan Alipay+ Wallet Tech serta menyumbang amalan operasi terbaik dan ekosistem globalnya, manakala Whale Cloud akan menyediakan pengalaman industri yang luas, teknologi, keupayaan pelaksanaan dan penyetempatan serta kepakaran khidmat pelanggan global.

"Sinergi antara pandangan, keupayaan pengembangan dan inovasi teknologi akan mempercepatkan rangkuman kewangan pada skala global," kata Yishi CHEN, Naib Presiden Eksekutif Whale Cloud International. "Kami boleh memanfaatkan secara bersama kepakaran tempatan kami dan pendekatan berorientasikan pelanggan untuk memenuhi keperluan rakan kongsi dan pelanggan kami dengan berkesan."

"Kami berasa gembira dapat memulakan perkongsian yang strategik ini bersama Whale Cloud," kata Zhixian LI, Pengarah Kanan, Alipay+ Wallet Tech di Ant International. "Dengan menggabungkan kepakaran, sumber dan jangkauan pasaran kami, kami yakin usaha bersama ini akan memberi manfaat kepada pelanggan di seluruh dunia dan membantu mempercepatkan transformasi digital mereka melalui teknologi termaju dan membolehkan pengguna mereka menikmati perkhidmatan pembayaran, kewangan dan gaya hidup yang lebih baik dan lebih mudah."

Latar Belakang Whale Cloud 

Whale Cloud ialah sebuah syarikat teknologi terkemuka yang mengkhusus dalam transformasi digital penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan vertikal-vertikal lain. Kami menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan misi kritikal dalam sektor Telekomunikasi, Teknologi Kewangan (FinTech) serta Pendidikan & Am (E&G). Di Whale Cloud, kami bersemangat untuk mencipta pengalaman yang lancar buat pelanggan dan memperkasa cita-cita digital mereka.

Latar Belakang Ant International 

Beribu pejabat di Singapura, Ant International memperkasa masa depan perdagangan global menerusi inovasi digital agar semua orang dan setiap perniagaan berkembang maju. Melalui kolaborasi erat bersama rakan kongsi, kami menyokong peniaga meliputi semua saiz di seluruh dunia bagi merealisasikan aspirasi pertumbuhan mereka melalui rangkaian komprehensif penyelesaian pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan yang didorong oleh teknologi.

 

Source: Whale Cloud
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Telecommunications Contracts Financial Technology