omniture

OKLAHOMA MEMULAKAN PERAYAAN SERATUS TAHUN ROUTE 66

The Oklahoma Department of Commerce
2024-06-17 20:22 74

OKLAHOMA CITY, 17 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Suruhanjaya Seratus Tahun Route 66 Oklahoma dengan bangganya melancarkan logo rasmi untuk perayaan Seratus Tahun Route 66 Oklahoma semasa permulaan acara pada 13 Jun di Oklahoma State Capitol. Acara yang julung kali diadakan ini menandakan permulaan beberapa siri perayaan menjelang ulang tahun ke-100 Route 66 yang ikonik pada tahun 2026.

Leftenan Gabenor Matt Pinnell, pengerusi Suruhanjaya tersebut, menekankan peranan penting Oklahoma dalam perayaan yang akan disambut di seluruh negara ini. "Oklahoma dengan bangganya menerajui perayaan Seratus Tahun Route 66 di seluruh negara," kata Leftenan Gabenor Pinnell. "Kami sedang menyiapkan pentas untuk beberapa siri acara yang tidak dapat dilupakan di sepanjang Mother Road yang akan mempamerkan warisan dan sejarah unik jalan ini. Dengan lebih daripada 400 batu Route 66 yang boleh dipandu—laluan lebuh raya terpanjang di mana-mana negeri—Oklahoma ialah destinasi dunia untuk merasai pengalaman Route 66 yang terunggul."

Acara itu turut meraikan pengumuman lima bekas Gabenor Oklahoma yang masih hidup—George Nigh, David Walters, Frank Keating, Brad Henry dan Mary Fallin—sebagai Pengerusi Kehormat.

Majlis itu berkesudahan dengan pelancaran logo Seratus Tahun Route 66 Oklahoma yang direka bentuk oleh Lauren Cooper, graduan Universiti Oklahoma pada bulan Mei 2024 yang lalu. Reka bentuk Cooper, hasil kerjasama dengan Kolej Kewartawanan dan Komunikasi Massa OU Gaylord, menggabungkan elemen tanda ikonik Route 66 dengan kontras dan tipografi berinovatif, merakamkan semangat Oklahoma di jalan raya yang bersejarah itu.

Permulaan ini melancarkan beberapa siri perayaan di seluruh negeri yang akan termasuk perhimpunan kereta, pesta muzik dan lawatan berpandu bertujuan meningkatkan pelancongan, memberikan manfaat kepada perniagaan tempatan dan menyemarakkan ekonomi tempatan. Suruhanjaya menjemput semua orang ramai menyertai acara yang diadakan ini dan melibatkan diri dengan promosi seratus tahun yang akan mendapat perhatian antarabangsa.

"Sertai kami dalam meraikan legasi Route 66 dan memacu ke arah masa depan yang meriah. Perjalanan bermula di Oklahoma," ujar Pinnell lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai perayaan Seratus Tahun Route 66 Oklahoma yang akan datang, sila kunjungi www.route66-centennial.com dan ikuti media sosial.

Maklumat Tentang Suruhanjaya Seratus Tahun Route 66 Oklahoma
Ditubuhkan pada tahun 2019 dan disokong oleh Persatuan Sejarah Oklahoma, Suruhanjaya merancang acara untuk mengetengahkan kepentingan sejarah dan budaya lebuh raya itu. Diiktiraf sebagai negeri dan Laluan Indah Kebangsaan (National Scenic Byway), Route 66 Oklahoma menampilkan pelbagai harta yang disenaraikan dalam Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan, menegaskan legasi laluan berkenaan yang mendalam.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2439183/Route66_100_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: The Oklahoma Department of Commerce
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Music New products/services Future Events