QINGDAO, China, 17 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Tatkala UEFA EURO 2024™ bermula malam tadi, Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka, meraikan penglibatannya sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™ dan penyedia skrin VAR kejohanan rasmi menerusi pelancaran Kempen Mural 'Beyond Glory'.
Bagi memastikan peminat di seluruh dunia menikmati detik EURO 2024™ yang tidak boleh dilepaskan, Hisense meningkatkan pengalaman menonton perlawanan audio-visual menerusi TV Mini LED ULED. Menampilkan 144Hz Game Mode Pro dan AI Sports Mode, TV U7N Hisense memberikan kualiti dan prestasi gambar yang luar biasa, mengasyikkan khalayak yang menonton dalam semua aksi.
Komitmen terhadap inovasi berterusan ini menyaksikan penghantaran TV global Hisense menduduki tempat kedua di dunia dari tahun 2022 hingga S1 2024. Penghantaran TV 100-inci Hisense menduduki kedudukan No.1 di peringkat global pada S1 2024 yang mencakupi 56% daripada pasaran 100-inci global. Antara Januari hingga April 2024, jualan TV Hisense disenaraikan di antara tiga teratas dalam pasaran Eropah yang utama termasuk Jerman, Itali dan UK.
Sebelum bermulanya keterujaan perlawanan pembukaan kejohanan ini, Hisense memulakan Kempen Mural 'Beyond Glory' dengan memperkenalkan Mural Dutanya yang menampilkan Duta-duta Kempen Global Hisense serta legenda-legenda penjaga gol Iker Casillas dan Manuel Neuer. Jenama ini turut melancarkan pertandingan sosial Scavenger Hunt Murals di lapangan. Melalui kod QR, mural-mini juga boleh diimbas bagi mendedahkan kompilasi video detik-detik yang mana penjaga gol dan pemain pertahanan dalam EURO melangkaui zaman kegemilangannya.
Peminat kejohanan juga boleh mengunjungi jerayawara 'Hisense Beyond Glory Tour', menjelajah 5 bandar tuan rumah EURO 2024, dengan peluang untuk menguji kemahiran menjaga gol mereka terhadap beberapa siri cabaran menjaringkan gol dan dalam masa yang sama turut meneroka rangkaian menarik produk TV dan peralatan rumah yang canggih daripada Hisense.
Kempen ini merupakan UEFA European Championship™ ketiga berturut-turut yang mana Hisense bekerjasama dengan acara ini, memberi peluang penting untuk terus menghubungkan jenama Hisense bersama pengguna di serata dunia.
Latar Belakang Hisense
Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan berbilang media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.