omniture

YOFC dan China Mobile Perkenal Buat Julung Kali Rangkaian Penghantaran Gentian Teras Geronggang 800G Pertama Dunia

YOFC
2024-06-18 00:02 44

WUHAN, China, 17 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Pada 6 Jun, Yangtze Optical Fibre and Cable Joint Stock Limited Company (YOFC), dengan kolaborasi bersama China Mobile, memperkenalkan rangkaian ujian penghantaran gentian teras geronggang 800G pertama dunia di Shenzhen-Dongguan, Guangdong. Pembangunan ini merupakan satu pencapaian penting dalam evolusi infrastruktur telekomunikasi, seterusnya menerobos sempadan teknologi gentian optik tradisional.

Penyertaan YOFC dalam rangkaian ujian menampilkan rangkaian penyelesaian komprehensif yang direka bentuk khusus untuk optik gentian teras geronggang, mencakupi penyediaan kabel, perkhidmatan penyambungan yang penting dan penyesuai untuk penyepaduan dengan gentian mod tunggal. Projek ini berjaya mengharungi beberapa cabaran teknikal yang biasa ditemui dalam pemasangan yang kompleks. Cabaran-cabaran melibatkan pengurangan risiko alam sekitar dan memastikan infrastruktur yang mantap semasa pemasangan gentian dan operasi penyambungan—mengatasi kebanjiran paip, mengurus kelembapan berlebihan dan menjalankan penyambungan yang tepat dalam persekitaran luar. Usaha ini penting dalam mengupayakan penilaian terperinci prestasi gentian di bawah keadaan operasi yang sebenar.

Metrik prestasi utama yang dicapai pada pautan ujian 20km—seperti kehilangan sambungan antara gentian teras geronggang, sambungan daripada gentian teras geronggang ke teras pepejal dan pemerosotan selepas pemasangan—ditanda aras dengan piawaian global yang terkemuka. Tambahan pula, pasang atur ini menampilkan persediaan penghantaran optik jarak gelombang tunggal 800Gbps, mencapai ujian penghantaran jarak jauh dua arah dengan daya pemprosesan 128Tb/s melalui gentian teras geronggang. Ini bukan sahaja menunjukkan aplikasi praktikal gentian sedemikian dalam persekitaran rangkaian yang rumit dan mendesak tetapi turut berfungsi sebagai pembuktian-konsep yang kritikal untuk kebolehskalaan dan kebolehgunaan industri bagi teknologi gentian teras geronggang.

Kecemerlangan teknologi baharu dicapai merentas sektor ini, didorong oleh kemajuan berterusan dalam kecerdasan buatan. Gentian teras geronggang, yang memanfaatkan mekanisme panduan udara yang inovatif, mengatasi kekangan prestasi yang dikaitkan dengan gentian teras pepejal tradisional baik dari segi kapasiti mahupun kependaman. Teknologi ini menawarkan peningkatan yang ketara dalam infrastruktur pengangkutan data seperti tulang belakang internet serta pusat data dan dijangka akan terus memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penghantaran data selama 20 tahun akan datang dan seterusnya.

YOFC merancang untuk memajukan pembangunan dan pembuatan teknologi gentian teras geronggang generasi seterusnya. Menjalin kerjasama dengan sekutu industri, YOFC berusaha untuk memupuk inovasi, mempercepatkan pengkomersialan gentian baharu dan meningkatkan prestasi rangkaian optik, seterusnya mewujudkan asas kukuh untuk infrastruktur gentian yang penting demi dunia yang lebih pintar.

 

Source: YOFC
Related Stocks:
HongKong:6869 Shanghai:601869
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications New products/services