Pelindung Skrin SOLID-EX2 Tetapkan Standard Baharu dengan Pensijilan RPF 60 TÜV Rheinland
TAIPEI, 17 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai respons kepada peningkatan penyepaduan teknologi digital dalam kehidupan seharian, permintaan terhadap aksesori peranti mudah alih yang meningkatkan keselamatan pengguna dan jangka hayat panjang peranti semakin meningkat. imos, jenama Taiwan ulung yang terkenal dengan penyelesaian perlindungan mudah alihnya yang mantap, berganding bahu bersama Eyesafe, peneraju dunia bagi penapisan cahaya biru, untuk memperkenalkan Pelindung Skrin Cahaya Biru Rendah imos SOLID-EX2. Dengan memanfaatkan teknologi Eyesafe® RPF60, produk baharu ini menerima pensijilan daripada TÜV Rheinland, Jerman dengan Faktor Perlindungan Radiasi (RPF) yang tinggi iaitu 60, menyekat 60% cahaya biru dalam spektrum 435-440 nanometer. Ini dapat dicapai sambil mengekalkan 80% kecerahan skrin dan memastikan sisihan warna kurang daripada 500k, lalu mengupayakan paparan warna-warna skrin yang terang dan kelihatan benar-benar hidup. Ini memastikan pengguna tidak perlu berkompromi dengan kualiti warna untuk perlindungan cahaya biru.
imos Pelopori Teknologi Cahaya Biru Rendah Baharu: Menampilkan teknologi RPF60 yang diperakui oleh TÜV Rheinland, inovasi ini menapis 60% cahaya biru bertenaga tinggi dan diiktiraf dengan Global Recycled Standard (GRS), menerajui evolusi dalam perlindungan skrin.
imos SOLID-EX2 juga cemerlang dari segi ketahanan dan kelestarian alam sekitar. Ia lulus ujian sudut titisan air maksimum pada 120 darjah, mempamerkan rintangan air dan kotoran yang hebat. Diperbuat daripada kaca kekerasan 9H, ia sangat tahan calar dan tahan lama. Ia menyediakan perlindungan skrin yang unggul untuk peranti mudah alih. Tambahan pula, ia memperoleh pensijilan Global Recycled Standard (GRS) daripada Bureau Veritas kerana menggabungkan 60% bahan kaca boleh baharu. Pelindung skrin ini direka bentuk agar sesuai dengan iPhone 12 dan model-model yang lebih baharu, serta model iPad terpilih. imos SOLID-EX2 akan tersedia untuk dibeli bermula pada 21 Jun melalui pengedar fizikal imos yang utama serta melalui saluran dalam talian.