Syarikat ini akan terus menekankan pembangunan produk baharu dan peningkatan teknologi di kilang Bandar Baru Bangi
BANDAR BARU BANGI, Malaysia, 18 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd, pengeluar utama penyaman udara jenama Hitachi, baru-baru ini telah meraikan ulang tahun ke-35 di Malaysia. Perayaan penuh meriah di kilang Bandar Baru Bangi dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan David W. Budzinski, Presiden, Solusi Komersial Kediaman & Ringan, Johnson Controls dan Ketua Pegawai Eksekutif, Johnson Controls-Hitachi Air Conditioning.
Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd meraikan ulang tahun ke-35 di Malaysia. Sambutan di kilang Bandar Baru Bangi dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dan David W. Budzinski, Presiden, Penyelesaian Komersial Kediaman & Ringan, Johnson Controls dan Ketua Pegawai Eksekutif, Johnson Controls-Hitachi Air Conditioning.
Sepanjang 35 tahun di Malaysia, Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd telah mengilangkan lebih 15 juta unit penyaman udara, yang merangkumi lebih 2,900 model termasuklah penyaman udara tingkap, unit 'multi-split', unit-unit dinding, bersalur dan juga unit siling. Kilang pengeluaran ini pada masa kini mengeksport 99.5% penyaman udara Hitachi ke 39 lokasi seluruh dunia, termasuklah Amerika Utara, Eropah, Asia Tenggara, Jepun, Australia dan New Zeland. Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd juga telah melabur secara berterusan untuk pembangunan produk-produk baharu dan juga peningkatan teknologi di kilang, untuk memastikan kilang ini boleh memenuhi permintaan oleh pihak industri pada masa hadapan.
Budzinski berkata, "Kemudahan ini telah memainkan peranan penting sepanjang beberapa dekad dalam menyumbang kepada kejayaan penyelesaian penyaman udara berkualiti tinggi kami di seluruh dunia. Kami tetap berdedikasi untuk inovasi dan kecemerlangan, dan akan terus menggunakan teknologi termaju dan amalan mampan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin berkembang. Kami berharap untuk bersama-sama mara dengan semangat kecemerlangan dan komitmen yang telah membawa kepada pencapaian kami pada hari ini."
Senthil Kumar Subramaniam, Pengarah Urusan Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd berkongsi, "Warga kerja Malaysia kami telah membawa kepakaran dan kemahiran yang luar biasa kepada kerja sambil mengeratkan hubungan dengan komuniti di Malaysia yang telah menjadi pengkalan kami sejak 35 tahun yang lalu. Kami boleh melihat yang dedikasi berterusan dan kemahiran mereka yang akan memacu pertumbuhan dan inovasi selanjutnya di masa hadapan. Kami kekal komited untuk melabur dalam teknologi dan pembangunan produk untuk kekal sebagai peneraju pasaran penyaman udara global."
Pada tahun 2024, Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd telah melancarkan Construction Industry Development Board (CIDB) Certified Brazing Training dan Assessment Facility Room, menawarkan latihan pemasangan, keselamatan dan kawalan kualiti. Komitmen terhadap pembangunan pekerja dan kepakaran yang berakar umbi ini diterjemahkan kepada kelebihan yang ketara—keupayaan untuk membangunkan produk berkualiti tinggi dengan konsisten bagi memenuhi piawaian global yang ketat.
Kemampanan, Tanggungjawab untuk Masa Depan
Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd juga berdedikasi untuk meminimumkan kesan alam sekitar dan menyumbang kepada masa depan yang mampan. Syarikat ini sedang giat melaksanakan beberapa inisiatif, termasuk peralihan bahan penyejuk penghawa pendingin, di mana ia komited untuk menggunakan bahan penyejuk mesra alam yang mematuhi peraturan yang kian berubah di seluruh dunia. Usaha-usaha lain termasuklah perlaksanaan amalan kitar semula yang teguh dan sistem pengurusan rawatan air sisa. Pemasangan panel solar juga akan disiapkan menjelang akhir tahun kerana syarikat ini menyasarkan untuk menjana 30% daripada keperluan elektriknya melalui tenaga solar. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil serta pelepasan karbon yang lebih rendah.
Inovasi untuk Masa Depan
Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd akan terus berinovasi dengan membangunkan produk-produk baharu yang memenuhi peraturan yang kian berubah dan juga permintaan pasaran. Kilang pembuatan Malaysia ini mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan lengkap serta pusat diagnosis untuk jaminan kualiti, termasuk bilik ujian bunyi, elektrik dan alam sekitar (ETR) yang boleh mensimulasikan kitaran empat musim.
"Kami sangat teruja dengan masa depan," tambah Senthil lagi. "Dengan tenaga kerja kami yang luar biasa dan juga tumpuan yang tidak berbelah-bahagi kepada kemampanan dan inovasi produk yang berterusan, kami yakin Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd akan terus berada di barisan hadapan dalam industri penyaman udara untuk tahun-tahun yang akan datang. Ini kerana kilang pembuatan kami telah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan peraturan yang kian berkembang, produk baharu yang sedia ada untuk memenuhi potensi perubahan dalam pasaran global.
Nota untuk editor
Entiti di Malaysia dikenali sebagai Johnson Controls Hitachi Air Conditioning Malaysia Sdn Bhd manakala entiti global dikenali sebagai Johnson Controls-Hitachi Air Conditioning.
Mengenai Johnson Controls-Hitachi Air Conditioning
Johnson Controls-Hitachi Air Conditioning adalah syarikat pembuatan penyaman udara global yang telah ditubuhkan pada Oktober 2015 sebagai sebuah syarikat kerjasama diantara Johnson Controls dan Hitachi Appliances, Inc (kini dikenali sebagai Hitachi Global Life Solutions, Inc). Dengan lebih kurang 15,000 pekerja yang menawarkan produk-produk kediaman dan komersial berkualiti tinggi, serta perkhidmatan dan solusi kepada pelanggan kami. Kami mempunyai senarai produk HVAC yang beraneka untuk pasaran global termasuk penyaman udara tanpa saluran, penyejuk dan penyelesaian penyaman udara kediaman yang melangkaui jangkaan pelanggan setiap masa.