omniture

Hisense Papar Kehandalan Teknologi dan Pertumbuhan Global di UEFA EURO 2024™

Hisense
2024-06-18 18:00 40

QINGDAO, China, 18 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global, ketika ini membuat kemunculan ketiganya di UEFA European Championship™. Sebagai Penyedia Skrin Rasmi UEFA EURO 2024™ untuk Video-Bantu Pengadil (VAR), Hisense menunjukkan dedikasinya kepada kehandalan teknologi dan dalam masa yang sama turut menonjolkan perkaitan globalnya yang semakin meningkat.

Hisense is the official partner of UEFA EURO 2024™
Hisense is the official partner of UEFA EURO 2024™

Slogan 'Never Settle for No. 2 Globally' ('Jangan Sekali-kali Berpuas Hati dengan No. 2 Secara Global') dipaparkan sepanjang perlawanan pada petang 15 Jun, menarik perhatian yang luas serta menunjukkan pembangunan dan komitmen berterusan Hisense terhadap inovasi teknologi dan visi dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pengguna global menerusi produknya.

Telahpun bekerjasama dengan setiap UEFA European Championship™ sejak tahun 2016, Hisense menjalin hubungan yang kukuh dan berkekalan dengan acara bola sepak terkemuka Eropah ini. Hisense diumumkan sebagai Penyedia Skrin Rasmi UEFA EURO 2024™ untuk Video-Bantu Pengadil (VAR) - menandakan kali pertama UEFA memberikan hak eksklusif kepada salah satu penajanya. Syarikat menyediakan penyelesaian skrin termaju di Bilik VAR pusat kejohanan di Leipzig, Jerman, membantu dalam keputusan pengadil di padang. Hisense komited untuk memacu selanjutnya pembangunan teknologi tatkala ia terus meningkatkan pengalaman menonton.

Hisense TV remains global No.2 and 100'' TV global No.1
Hisense TV remains global No.2 and 100'' TV global No.1

Sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™, Hisense terus berinovasi dalam produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan membangunkan teknologi perkakas rumah rintis dalam usaha untuk meningkatkan kehidupan seharian. U7N Mini LED ULED Hisense merupakan Televisyen Rasmi UEFA EURO 2024™, menampilkan 144Hz Game Mode Pro dan AI Sports Mode, yang memberikan kualiti dan prestasi gambar yang luar biasa, mengasyikkan khalayak yang menonton dalam semua aksi.

Ketika ini, Hisense memperluaskan strategi globalisasinya dan mengoptimumkan jejak globalnya dalam mengendalikan 34 taman perindustrian, 26 pusat R&D sekali gus mencapai keputusan yang cemerlang. Menurut institut penyelidikan pasaran antarabangsa yang terkemuka Omdia, penghantaran TV global Hisense menduduki kedudukan No.2 di dunia dari tahun 2022 hingga S1 2024. Penghantaran TV 100-inci Hisense menduduki kedudukan No.1 di peringkat global pada S1 2024 mencakupi 56% daripada pasaran 100-inci global.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Television Licensing/marketing agreements