QINGDAO, China, 18 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka berada di kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV dari tahun 2022 hingga S1 2024, menjadi tumpuan dalam video duta baharu. Jenama ini bekerjasama dengan Duta Globalnya, Iker Casillas dan Manuel Neuer untuk memberikan pengalaman menonton permainan UEFA EURO 2024™ yang terbaik kepada peminat.
Sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™, baru-baru ini Hisense melancarkan kempen 'BEYOND GLORY', melantik dua penjaga gol terkenal ini sebagai Duta Kempen Global Hisense. Kempen ini meraikan usaha tanpa henti dalam mengejar kecemerlangan yang dikongsi oleh pemain bola sepak yang menyasarkan penghormatan EURO 2024™ dan dalam masa yang sama menonjolkan komitmen Hisense untuk menerobos sempadan dalam industri perkakas rumah.
Kedua-dua penjaga gol yang ikonik mewakili kebolehharapan mutlak dalam membantu memastikan kejayaan pasukan mereka, sama seperti Hisense berusaha menerusi komitmennya untuk berjaya meningkatkan kehidupan pelanggan kami dengan teknologi boleh dipercayai yang inovatif.
Bintang-bintang video duta baharu ini memperlihatkan kemahiran mereka terhadap pameran produk 'Hero' Hisense EURO 2024™ inovatif yang direka bentuk untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada orang ramai. Mereka berinteraksi secara main-main dengan barisan produk termasuk TV ULED U7N, TV Laser L9H, Washers 7S series, Peti Sejuk Pintar PureFlat dan penyaman udara Energy Pro X. Menerusi pendekatan kejohanan ini, pengguna dapat menikmati produk inovatif Hisense dengan tawaran hebat melalui penjual tempatan dan platform e-dagang Amazon, Boulanger, Darty, MSD, Mediaworld dan sebagainya.
Kempen ini merupakan UEFA European Championship™ ketiga berturut-turut yang mana Hisense bekerjasama dengan acara ini, memberi peluang penting untuk terus menghubungkan jenama Hisense bersama pengguna di serata dunia. Tahun ini, UEFA memberikan hak eksklusif kepada Hisense sebagai penyedia skrin VAR rasmi untuk UEFA EURO 2024™. Ini merupakan kali pertama UEFA membuka hak dan kepentingan eksklusif untuk paparan VAR, yang menandakan teknologi Hisense telahpun diuji dan diiktiraf.
Latar Belakang Hisense
Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.