omniture

Paul G. Allen Lanjutkan Usaha Tangani Krisis Ebola untuk Bela Nasib Anak Yatim Akibat Ebola

Paul G. Allen
2014-11-14 22:03 124

-- Geran Persendirian Terbesar untuk Save the Children akan Menyediakan Penjagaan Segera bagi Anak Yatim di Liberia; Geran adalah Sebahagian daripada Sumbangan $100 Juta untuk Membendung Krisis Ebola

SEATTLE, 14 November 2014 /PRNewswire/ -- Seorang dermawan yang dikenali sebagai Paul G. Allen mengumumkan hari ini tentang geran bernilai jutaan dolar yang bertujuan untuk menangani salah satu kesan paling tragis akibat daripada krisis Ebola di Liberia: penjagaan anak yatim yang kehilangan ibu bapa disebabkan oleh virus itu. Menurut UNICEF, sekurang-kurangnya 3,700 kanak-kanak di Guinea, Liberia serta Sierra Leone kehilangan salah seorang daripada ibu bapa mereka akibat daripada wabak Ebola setakat tahun ini. Cabaran yang dihadapi semua anak yatim ini akan memberi kesan terhadap kehidupan mereka selama beberapa dekad.

En. Allen menyumbang sebanyak $6.6 juta bagi membantu usaha Save the Children untuk menyediakan rawatan kesihatan, keselesaan dan juga pendidikan untuk kanak-kanak di Liberia. Dana tersebut juga adalah untuk mewujudkan beberapa program kesedaran komuniti yang bertujuan untuk mencegah penularan virus tersebut. Geran itu merupakan sebahagian daripada sumbangan Paul G. Allen terhadap pembiayaan sekurang-kurangnya $100 juta untuk beberapa program yang membendung krisis Ebola ini. Geran oleh En. Allen ialah sumbangan persendirian terbesar yang diterima oleh Save the Children untuk respons Ebola sehingga kini.

Bagi melihat video dan foto daripada hasil usaha Save the Children di Afrika Barat, sila layari http://www.tackleebola.com/toolkit-save-the-children.html.

Kanak-kanak berhadapan dengan kehilangan ahli keluarga dan perpisahan secara mengejut ketika ibu bapa mereka dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kebanyakan mereka perlu tinggal di kediaman masing-masing; namun sebahagian yang lain, walaupun terselamat daripada virus itu, ditinggalkan tanpa sebarang harta atau tempat berlindung. Mangsa krisis Ebola berusia muda ini biasanya ditinggalkan bersendirian dan dipulaukan oleh masyarakat yang bimbang akan dijangkiti virus itu.

Save the Children beroleh kedudukan program yang mantap di Afrika Barat selama lebih 20 tahun. Mereka mula mengusahakan tindak balas terhadap wabak Ebola dengan pantas di Liberia agar sampai kepada kanak-kanak dan individu dewasa. Geran daripada En. Allen akan mengusahakan tindakan berikut di Liberia:

  • Perlindungan terhadap kanak-kanak yang lemah akibat daripada Ebola: Bantuan daripada En. Allen akan membantu melindungi kanak-kanak yang dijangkiti Ebola daripada penderaan, eksploitasi, keganasan dan pengabaian. Rawatan psikologi dan juga psikososial akan turut diberikan, dan perkhidmatan mengesan keluarga serta penyatuan semula akan disediakan kepada kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa. Tindakan susulan akan turut dilakukan melibatkan penempatan kanak-kanak itu bagi memastikan kesejahteraan mereka.
  • Pelaksanaan program pendidikan kecemasan: Menurut UNICEF, penutupan sekolah akibat Ebola di Liberia menyebabkan sekurang-kurangnya satu juta kanak-kanak tidak memiliki program pembelajaran berstruktur. Save the Children akan memulakan program pendidikan kecemasan dan menyesuaikan pakej pendidikan literasi dan celik angka mereka yang terbukti bagi membantu masyarakat menyokong pembelajaran kanak-kanak. Program ini akan diteruskan setelah sekolah dibuka semula, untuk memastikan kesan dengan jangka masa yang lebih panjang.
    Di samping itu, program pendidikan melalui radio akan membolehkan para pelajar untuk tetap belajar walaupun sekolah ditutup. Program pembelajaran di rumah menyediakan sokongan psikologi dan pengetahuan tentang kebersihan bagi menghalang penularan virus itu.
  • Sokong Pusat Penjagaan Komuniti Ebola: Save the Children sedang membina dan mengendalikan Pusat Penjagaan Komuniti Ebola bagi menyediakan rawatan yang "hampir dengan masyarakat". Mereka akan mengubah ruang sedia ada dalam komuniti yang dijangkiti agar menjadi kemudahan yang akan digunakan untuk mengasingkan dan menyediakan perkhidmatan untuk kes Ebola yang disyaki, berkemungkinan dan disahkan. Pusat itu dijangka akan mengurangkan beban unit rawatan Ebola dengan menyediakan bantuan yang diperlukan dalam bentuk peralatan dan bekalan, selain membina, mengurus dan turut mengendalikan beberapa pusat tambahan. Pusat pertama akan dibuka minggu ini di Liberia berserta sejumlah sepuluh pusat rawatan yang akan dibuka dalam dua bulan akan datang.
  • Menambahkan aktiviti kesedaran masyarakat: Komunikasi berkesan adalah penting untuk menghalang penularan wabak Ebola. Sumbangan daripada En. Allen akan membiayai tambahan aktiviti kepekaan dan kesedaran masyarakat di seluruh Liberia. Usaha ini memerlukan pelibatan media untuk mereka yang berada berdekatan dengan Unit Rawatan Ebola dan Pusat Penjagaan Ebola. Di samping itu, Save the Children akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Liberia bagi memastikan bahan pencegahan wabak Ebola disediakan di sekolah yang masih dibuka.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Liberia merupakan negara paling terjejas akibat daripada wabak Ebola masa kini. WHO melaporkan setakat 5 November 2014, Liberia mencatatkan 6,525 kes Ebola yang disahkan, berkemungkinan atau disyaki dan juga 2,697 kematian akibat daripada virus itu.

Petikan kata Sokongan:

"Kesan jangka panjang Ebola akan menjadi teruk melainkan kita mengambil langkah yang betul," kata En. Allen. "Kita perlu memberi tumpuan kepada penyelesaian yang dapat membina infrastruktur yang kekal bagi menyediakan bantuan berterusan untuk masyarakat Afrika Barat. Kanak-kanak merupakan yang paling lemah dalam penduduk ini dan usaha yang dilakukan oleh Save the Children akan menyediakan penjagaan rapi dan pendidikan yang penting bagi memastikan masa depan yang cerah untuk mangsa kanak-kanak akibat krisis ini."

"Semasa membuat lawatan ke Liberia baru-baru ini, saya menyaksikan sendiri kesan daripada virus Ebola yang membawa maut ini terhadap kanak-kanak, kaum keluarga dan juga masyarakat," kata Carolyn Miles, presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Save the Children. "Peningkatan jumlah kanak-kanak yang menjadi yatim piatu pada setiap hari adalah amat membimbangkan. Bantuan yang kami terima daripada En. Allen akan membantu Save the Children memberi penjagaan segera yang amat diperlukan kepada lebih ramai pesakit, dan juga dapat membantu mengelakkan kematian tragis yang dialami oleh begitu banyak keluarga."

Sumbangan En. Allen Sehingga Kini:

Bermula pada peringkat awal tercetusnya wabak itu, En. Allen dan Yayasan Keluarga Paul G. Allen memberi tumpuan untuk mencari, membiayai dan turut menyelaraskan penyelesaian strategik yang dapat menangani keperluan paling kritikal oleh mereka yang dijangkiti. En. Allen juga mewujudkan TackleEbola.com bagi menyediakan langkah mudah untuk orang ramai menyumbang kepada pertubuhan tertentu dan membiayai keperluan tindak balas kritikal.

Untuk maklumat lanjut dan senarai lengkap sumbangan En. Allen, sila layari www.tackleebola.com dan ikuti @TackleEbola serta @PaulGAllen melalui Twitter atau Facebook.

Maklumat Perhubungan Akhbar:

Alexa Rudin
Vulcan Inc.
+1-206-342-2230
alexar@vulcan.com

Dana Lengkeek
Burson-Marsteller
+1-415-994-4008
dana.lengkeek@bm.com

Wendy Christian
Save the Children
+1-203-465-8010
wchristian@savechildren.org

Phil Carroll
Save the Children
+1-267-992-6356
pcarroll@savechildren.org

Source: Paul G. Allen
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Corporate Social Responsibility