omniture

Kuasakan SNEC 2024: Shanghai Electric Wujudkan Pakatan bersama Pengusaha Industri Utama, Pamer Inovasi dalam Solar, Storan Tenaga dan Hidrogen

Shanghai Electric
2024-06-19 16:39 18

SHANGHAI, 19 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) menjadi tumpuan di Ekspo Kuasa PV SNEC 2024, yang melaluinya ia mempamerkan kemajuan terkininya dalam penyelesaian solar, storan tenaga serta hidrogen. Acara selama tiga hari yang bermula pada 13 Jun ini turut menyaksikan dua subsidiari Shanghai Electric – Hency Solar dan Shanghai Electric Gotion – menandatangani perjanjian kerjasama strategik dan mendapat tempahan dengan 14 pengusaha industri utama termasuk PRANA, Tmall Energy B.V. dan NSR GmbH, yang melaluinya syarikat ini bermatlamat untuk mempercepatkan penggunaan teknologi tenaga boleh baharu termaju dan memacu peralihan global menuju masa depan lestari ke hadapan.

 
Powering Up SNEC 2024: Shanghai Electric Forms Alliances with Key Industry Players, Showcases Innovations in Solar, Energy Storage and Hydrogen.

Sistem hibrid menonjol sebagai penyelesaian tenaga baharu yang cerah masa depannya yang menjadi pilihan utama baharu dalam kalangan rakan kongsi strategik Shanghai Electric. Di ekspo ini, Hency Solar memeterai perkongsian bersama China Energy Construction Group Jiangsu Power Design Institute dan Jiangsu Pengzhi Power bagi pembangunan projek boleh baharu 400MW dan 150MW yang disepadukan dengan tenaga angin, tenaga solar dan akuakultur, membina infrastruktur tenaga yang inovatif dan mesra alam yang meningkatkan pertumbuhan ekonomi sekali gus mengurangkan jejak karbon.

Di bawah sepanduk "Smart Sunshine, Green Future" ("Cahaya Matahari Pintar, Masa Depan Hijau"), Shanghai Electric Power Station Group mengetengahkan pelbagai inovasi, memaparkan pencapaian teknologinya dalam tenaga solar, tenaga solar-terma, storan berbilang tenaga, tenaga hidrogen dan pengurusan tenaga teragih yang dibangunkan untuk penyahkarbonan.

Produk-produk yang mendapat perhatian luas di acara ini termasuk:

  • Penyelesaian solar siri "Intellectual" dan "Edgeless": Modul solar pintar siri "Intellectual" disepadukan dengan peranti elektronik kuasa yang menawarkan pengoptimuman kuasa MPPT, pemantauan, penutupan keselamatan dan kawalan voltan, memastikan keselamatan, keandalan, pengoptimuman masa nyata dan penyenggaraan yang diperkemas. Siri "Edgeless" memaparkan struktur unik yang membolehkan keupayaan swacuci 360 darjah untuk habuk dan salji, dipermudah oleh graviti dan curahan hujan. Diperakui oleh TÜV SÜD, reka bentuknya menghasilkan peningkatan 2%-6% dalam penjanaan kuasa tahunan, jauh lebih tinggi berbanding rakan pasarannya.
  • Inovasi storan tenaga Shanghai Electric Gotion: Mempamerkan sistem komersial dan perindustrian disejukkan cecair 215kWj terkini dan sistem disejukkan cecair ion-litium 5MWj daripada siri "Elite Cool", yang menempatkan sel bateri 314Ah dengan mekanisme perlindungan kebakaran termaju untuk mengoptimumkan kecekapan pelaburan, jejak ruangan dan keselamatan. Sistem UNIQUE-ONE (U200), direkayasa untuk kedua-dua operasi bersambung grid dan luar grid, dilengkapi dengan reka bentuk satu baris yang lebih kompak berbanding produk dua baris konvensional.
  • Alat elektrolisis alkali siri "Z" baharu dan platform ujian: Diperakui oleh TÜV Rheinland, sistem ini mencapai lonjakan signifikan dari segi prestasi, dengan ketumpatan arus melebihi 10,000A/m2 dan penggunaan tenaga DC minimum sebanyak 3.8kWj/Nm3 H2. Bagi memenuhi keperluan ujian produk yang pelbagai, platform ini direka bentuk dengan keupayaan ujian untuk bahan utama serta komponen teras alat elektrolisis, ujian rintis dan ujian berskala penuh, berupaya mencapai 2,000Nm3/j untuk alat elektrolisis alkali dan 300Nm3/j untuk alat elektrolisis membran pertukaran proton.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news