omniture

Mibro Lancar Jam Tangan Pintar Lite3 Pro: Teman Keseimbangan Kerja-Kehidupan Ideal untuk Golongan Profesional Bandar

ZhenShi Information Technology (Shenzhen) Co., Ltd.
2024-07-01 16:00 33

SHENZHEN, China, 1 Juli 2024 /PRNewswire/ -- Mibro, jenama daripada ZhenShi Information Technology (Shenzhen) Co., Ltd, melancarkan produk terbarunya, Mibro Lite3 Pro. Jam tangan pintar yang canggih ini direka bentuk untuk meningkatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan golongan profesional bandar dan dalam masa yang sama mengutamakan kesejahteraan diri mereka.

 

Mibro Lite3 Pro menyerlah dengan skrin ultra-HD AMOLED 1.32-inci, direka bentuk untuk memberikan kejelasan yang luar biasa walaupun dalam keadaan luar yang terang. Ia didatangkan lengkap dengan AOD (Paparan Sentiasa Hidup) dan sensor cahaya yang menyokong 255 tahap kecerahan skrin adaptif, bagi memastikan keterlihatan optimum dalam sebarang situasi pencahayaan.

Bagi peminat aktiviti kecergasan, Mibro Lite3 Pro merupakan teman sukan profesional, menawarkan 150 mod sukan dan 18 algoritma profesional untuk pelbagai jenis senaman. Sensor gerakan 10 paksinya memastikan penjejakan gerakan terperinci, manakala algoritma SeekBeatsTM memberikan pemahaman selepas senaman yang mendalam. Mempunyai ciri kalis air 5ATM dan mod renang khusus, ia dilengkapi dengan sempurna untuk senaman akuatik, bagi membolehkan pengguna meningkatkan rejim kecergasan mereka dengan lancar ke dalam kolam.

Tambahan pula, jam tangan pintar ini menawarkan fungsi panggilan satu klik, bebas tangan. Ini membolehkan pengguna menjawab panggilan dengan gerak isyarat yang mudah, memastikan sambungan yang lancar sama ada ketika mereka sedang bekerja atau bersenam.

"Matlamat kami bersama Mibro Lite3 Pro adalah untuk mencipta jam tangan pintar yang disepadukan dengan lancar ke dalam kehidupan pengguna kami," kata Bin Ji, pengarah produk Mibro. "Dengan ciri-ciri pemantauan kesihatan termaju dan reka bentuk bergaya, Mibro Lite3 Pro sangat sesuai untuk mereka yang berusaha mengimbangi kehidupan profesional dan peribadi mereka."

Mibro Lite3 Pro menampilkan keupayaan pemantauan kesihatan yang komprehensif, menjejak kadar denyutan jantung dengan tepat sekali gus mengukur tahap oksigen darah, mengesan tekanan dan membimbing senaman nafas. Untuk kemudahan tambahan, ia menyertakan penjejakan kitaran fisiologi, bagi menjadikannya teman sokongan untuk pengguna wanita.

Selain daripada fungsian inovatif, Mibro Lite3 Pro juga mempunyai reka bentuk yang indah dan bergaya. Badan logamnya, digilap tangan dengan teliti dan disaluti seramik, menawarkan kemasan berkilat. Tersedia dengan pilihan warna Khaki Grey, Blackish Green dan Rose Gold, ia memenuhi pilihan gaya yang pelbagai. Dengan pilihan tali kulit atau silikon, ia sesuai untuk kegunaan harian atau sukan.

Mibro Lite3 Pro akan tersedia untuk dibeli di seluruh dunia mulai Julai 2024.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.mibrofit.com/ , atau ikuti mereka melalui Facebook dan Instagram. Untuk pertanyaan perniagaan, sila hubungi business@mibrofit.com.

 

Source: ZhenShi Information Technology (Shenzhen) Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sports Sports Equipment & Accessories New products/services Fitness/Wellness