omniture

MENEROBOS SEMPADAN: PENERAJU KECERGASAN GLOBAL ANYTIME FITNESS RAIKAN PENCAPAIAN DENGAN PEMBUKAAN KELAB KE-50 DI MALAYSIA

Anytime Fitness Malaysia
2024-06-20 10:00 8

SERI KEMBANGAN, Malaysia, 20 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Menerusi rangsangan di kalangan penggemar aktiviti kercergasan dan komuniti sejahtera, francais kecergasan terkemuka di dunia, Anytime Fitness teruja mengumumkan pembukaan besar-besaran kelab mereka yang ke-50 di lokasi strategik Amerin Mall baru-baru ini.

Pencapaian yang mengagumkan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Anytime Fitness sebagai rangkaian kecergasan terkemuka di Malaysia bahkan menonjolkan dedikasi mereka dalam mentransformasikan bidang kesihatan secara menyeluruh, memperkasakan komuniti dan menggalakkan budaya kesihatan serta daya hidup yang inklusif.

Pembukaan besar-besaran kelab ke-50 ini merupakan satu pencapaian penting buat misi Anytime Fitness dalam menawarkan pilihan kecergasan 24 jam bagi memudahkan rakyat Malaysia. Pencapaian ini menandakan detik signifikan perjalanan mereka. Dengan fokus yang teguh untuk memupuk masyarakat Malaysia yang lebih sihat, jenama ini bermatlamat menginspirasikan individu memulakan perjalanan transformatif ke arah kesejahteraan fizikal dan mental serta mewakili cogan kata "Kehidupan Sebenar Tidak Pernah Berhenti" ("Real Life Never Stops")

"Kami benar-benar terharu dengan sokongan luar biasa dan yang paling penting, keyakinan yang ditunjukkan rakyat Malaysia terhadap kemudahan kecergasan kami. Ini pastinya menguatkan semangat dan mengukuhkan komitmen kami sebagai rakan kongsi kecergasan dan kesejahteraan Malaysia untuk berkembang lebih lagi, digandingkan dengan program-program kecergasan yang inovatif," kata Johannes Raadsma, Ketua Pegawai Eksekutif Anytime Fitness Asia serta Presiden dan Pengasas Bersama Inspire Brands Asia, pemegang lesen francais induk serantau untuk Asia Tenggara.

Naib Presiden Eksekutif, Sander Van Den Born dan Naib Presiden, Taka Suzuki daripada Self Esteem Brands International—pemilik francais induk Anytime Fitness—turut hadir memberi sokongan pembukaan rasmi kelab penerima francais Faheem Essop dan Azmi Sadaka serta misi mereka dalam menyumbang kepada komuniti rakyat Malaysia yang bersemangat menuju kehidupan yang lebih sihat dan kuat – untuk sesiapa sahaja, di mana-mana jua, dan pada bila-bila masa. Penerima-penerima francais lain di seluruh negara juga turut hadir menunjukkan sokongan mereka dalam misi yang disatukan ini.

Cawangan Anytime Fitness baharu di Amerin Mall meliputi keluasan hampir 800 meter persegi dan menampilkan peralatan berkualiti daripada jenama-jenama global yang terkemuka seperti Hammer Strength, Life Fitness, Matrix Fitness, Ziva dan Evolt – Imbas Bio Pintar Pertama di Dunia. Di samping latihan dan bimbingan peribadi serta kelas kumpulan tanpa had, cawangan ini merupakan sebuah fasiliti lengkap untuk ahli-ahli meningkatkan kesejahteraan mereka dengan menyeluruh.

Dengan rangkaian global yang merangkumi lebih 5 juta ahli merentasi 5,500 gimnasium mencakupi 42 negara, Anytime Fitness meluaskan peluang keemasan ini untuk rakyat Malaysia memulakan perjalanan kesejahteraan transformatif yang melangkaui sempadan. Individu boleh menggunakan akses eksklusif dengan memanfaatkan keistimewaan keahlian mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja kelab Anytime Fitness di sekitar Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang mahupun di seluruh dunia.

Sambutan dirancakkan lagi dengan cabaran kecergasan yang mengujakan untuk kedua-dua kategori lelaki & wanita. Para tetamu juga dijemput menyertai kelas berkumpulan Zumba dan Salsation bagi menambahkan lagi kemeriahan dan keceriaan pembukaan besar-besaran ini.

Susunan dari kiri ke kanan: Taka Suzuki, Naib Presiden dan Sander Van Den Born, Naib Presiden Eksekutif dari Self Esteem Brands International (Pemegang Francais Anytime Fitness); Azmi Sadaka dan Faheem Essop, pemilik francaisi Anytime Fitness Amerin Mall; Mark De Joya, Ketua Pegawai Operasi, Anytime Fitness Asia dan Rick Mecum, Pengurusan Operasi Kanan, Self Esteem Brands International semasa majlis perasmian dengan upacara memotong reben.
Susunan dari kiri ke kanan: Taka Suzuki, Naib Presiden dan Sander Van Den Born, Naib Presiden Eksekutif dari Self Esteem Brands International (Pemegang Francais Anytime Fitness); Azmi Sadaka dan Faheem Essop, pemilik francaisi Anytime Fitness Amerin Mall; Mark De Joya, Ketua Pegawai Operasi, Anytime Fitness Asia dan Rick Mecum, Pengurusan Operasi Kanan, Self Esteem Brands International semasa majlis perasmian dengan upacara memotong reben.

Lebih banyak foto daripada sambutan pencapaian acara ini boleh diakses di sini.

Latar Belakang Anytime Fitness Malaysia

Anytime Fitness (AF) Malaysia merupakan sebahagian daripada francais kecergasan 24 jam yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 5 juta ahli di seluruh dunia merentasi 5,500 kelab AF di dalam pasaran Asia Tenggara yang utama iaitu Malaysia, Singapura dan Filipina — tiga negara di mana Anytime Fitness mengendalikan kebanyakan kelab dalam industri ini — serta Hong Kong, Indonesia, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Dengan fokus kepada kemudahan, kemampuan dan komuniti, kami berusaha untuk menjadikan kecergasan boleh diakses oleh semua orang, di mana-mana sahaja. Kelab kami menawarkan peralatan terkini, jurulatih peribadi bertauliah dan suasana yang menyokong bagi membantu ahli mencapai matlamat kecergasan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Anytime Fitness Malaysia kunjungi https://www.anytimefitness.my/

 

Source: Anytime Fitness Malaysia
Keywords: Health Care/Hospital Sports Sports Equipment & Accessories Corporate Expansion Fitness/Wellness