omniture

Penyelidikan Omdia mendapati permintaan yang lemah menyebabkan penurunan dalam pencapaian suku tahunan untuk pasaran semikonduktor

Omdia
2024-06-20 18:40 81

LONDON, 20 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Pada suku pertama tahun 2024, pasaran semikonduktor mengalami penurunan kira-kira 2% kepada $151.5 bilion menurut Alat Pelandskapan Berdaya Saing Omnia yang baharu. Kebiasaannya, suku pertama tahun ini menyaksikan kemerosotan dengan pasaran jatuh sebanyak 4.4% mengikut hasil berikutan suku keempat yang kukuh didorong oleh permintaan bermusim. Kebanyakan segmen dalam pasaran semikonduktor menghadapi penurunan pada suku tahunan ini. Segmen pengguna mengalami penurunan paling teruk iaitu sebanyak 10.4% berbanding 4Q23 manakala segmen industri jatuh sebanyak 8.5% disebabkan oleh pelarasan inventori. Malah segmen automotif, yang telah menyaksikan pertumbuhan stabil selama bertahun, menjadi negatif dengan penurunan sebanyak 5.1% pada 1Q24.

Total semiconductor revenue
Total semiconductor revenue

Kejatuhan dalam segmen ini diimbangi oleh pertumbuhan suku tahunan dalam bahagian pemprosesan data, yang meningkat sebanyak 3.7%, didorong oleh permintaan tinggi berterusan untuk cip NVIDIA dan produk berkaitan AI yang lain.

NVIDIA mengekalkan trajektori pertumbuhan yang teguh dengan mengembangkan bahagian pasaran lebih daripada dua mata peratusan yang kini mewakili 14.5% daripada jumlah hasil pasaran semikonduktor. Walaupun berjaya memintas peneraju semikonduktor tradisional, Samsung dan Intel yang secara kolektif memegang sebanyak 18.6% daripada hasil pasaran semikonduktor, NVIDIA terus semakin diterima. Di samping itu, dengan kemunculan semula pertumbuhan memori, SK Hynix dan Micron meningkat dalam kedudukan bahagian pasaran syarikat.

Sektor automotif yang pada mulanya dapat mengekalkan pertumbuhan pasaran semikonduktor seluruh industri yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19, akhirnya mengalami kejatuhan tetapi berjaya pulih dengan pantas. Selepas memperoleh pertumbuhan hasil selama 13 suku tahunan secara berturut-turut, bermula pada 3Q20, segmen automotif mengalami sedikit kemerosotan sebanyak 0.6% pada 4Q23. Walau bagaimanapun, penurunan ini semakin teruk pada 1Q24 dengan kejatuhan yang lebih besar sebanyak 5.1% berbanding suku tahunan sebelumnya. Trend yang merosot ini mencerminkan penurunan lebih luas dalam permintaan kereta. Kadar pertumbuhan EV semakin berkurangan dalam suku tahunan kebelakangan ini, mendorong penentukuran semula permintaan semikonduktor. Meskipun terpaksa menghadapi cabaran ini, pasaran semikonduktor automotif kekal sebagai kawasan pertumbuhan jangka panjang yang berpotensi, bersedia meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Penjejak Pasaran Pembuatan Semikonduktor Global (GMMT) Omdia dan Penjejak Faundri yang Hanya Mengeluarkan Semikonduktor Syarikat Lain (laporan 4Q23), mendapati bahawa penggunaan kilang gabungan (IDM + Faundri) mencerminkan trend keseluruhan dalam industri semikonduktor. Selepas mencapai kemuncak permintaan semikonduktor semasa peringkat awal era COVID pada tahun 2022, kadar penggunaan menjunam pada 2H22 disebabkan oleh kelembapan permintaan yang ketara dan tahap inventori yang terlalu tinggi. Meskipun hasil semikonduktor mengalami pertumbuhan sepanjang tahun 2023, kadar penggunaan fab kekal dalam angka 80% yang rendah.

Ketua Penganalisis Omdia, Craig Stice berkata, "Kadar penggunaan mula meningkat sedikit pada 2H23 apabila pasaran mula mencari keseimbangan. Walau bagaimanapun, ini masih belum menjadi realiti kerana corak permintaan tradisional masih belum muncul sepenuhnya. Permintaan akan terus menjadi bertambah baik pada 2H24, yang akan membetulkan inventori dan seterusnya memacu kadar penggunaan kilang sekali lagi."

MAKLUMAT TENTANG OMDIA

Omdia, sebahagian daripada Informa Tech, ialah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam tentang pasaran teknologi digandingkan dengan cerapan kami yang boleh diambil tindakan memperkasa organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.

Fasiha Khan Fasiha.khan@omdia.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2440252/Total_semiconductor_revenue.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2369794/4765689/Omdia_Logo.jpg?p=medium600

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Semiconductors Survey, Polls & Research Artificial Intelligence