omniture

CGTN: Lima dekad kemudian, China dan Malaysia giatkan pembinaan komuniti dengan masa depan dikongsi bersama

CGTN
2024-06-20 22:02 9

BEIJING, 20 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebuah projek rel mega di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan di Malaysia yang dibina oleh China Communications Construction Company, sedang berjalan rancak.

Projek ini, 60 peratus daripadanya telahpun siap dalam bulan Mac, dijangka dapat meningkatkan keterhubungan dengan ketara dan membawa pertumbuhan yang lebih seimbang kepada Malaysia dengan menghubungkan wilayah kurang maju di pantai timur ke pusat ekonomi di pantai barat setelah siap.

China bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi memajukan pembinaan projek-projek besar, seperti Laluan Rel Pantai Timur serta projek "Dua Negara, Taman Berkembar" secara berterusan dan dalam masa yang sama memperluaskan skala perdagangan dan pelaburan serta menggalakkan kerjasama, kata Perdana Menteri China Li Qiang pada hari Rabu semasa bertemu Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim. Li sedang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia mulai 18 hingga 20 Jun.

Model perkongsian China yang membawakan nilai persahabatan, keikhlasan, faedah bersama dan keterangkuman tidak syak lagi merupakan alternatif baharu yang dimanfaatkan untuk kerjasama pelbagai hala di Asia Tenggara. Dividen terakru diterjemahkan kepada pendorong yang membolehkan BRI memanfaatkannya untuk mencapai kejayaan besar di rantau ini yang mana Malaysia merupakan salah satu benefisiari utama, seperti yang ditulis oleh Ong Tee Keat, presiden BRI Caucus for Asia Pacific dan bekas menteri pengangkutan Malaysia, dalam satu artikel yang diterbitkan pada hari Rabu.

China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut dan Malaysia telah lama menjadi rakan dagangan kedua terbesar China dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Tahun lalu, Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Anwar mencapai kata sepakat yang penting untuk bersama-sama membina komuniti China-Malaysia dengan masa depan yang dikongsi bersama.

Semasa lawatan Li, China dan Malaysia bersetuju untuk menggiatkan pembinaan komuniti China-Malaysia dengan masa depan yang dikongsi bersama, mengekalkan pertukaran peringkat tinggi yang erat dan memperdalam kerjasama dalam pelbagai sektor. Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mendorong pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau yang berkualiti tinggi dan memuktamadkan rundingan bagi versi 3.0 Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN secepat mungkin.

Memperkukuh ikatan sesama rakyat

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia serta "Tahun Persahabatan China-Malaysia." 50 tahun yang lalu menyaksikan China dan Malaysia mempererat ikatan sesama rakyat.

Pada tahun 2023, Malaysia menerima sekitar 1.4 juta pelancong China, menjadikan pelancong Cina sebagai salah satu daripada enam kumpulan pelancong masuk teratas ke negara ini. Pengecualian perjalanan tanpa visa baru-baru ini meningkatkan pertukaran sesama rakyat dengan ketara. "Kami yakin dapat mencapai lebih 5 juta pelancong dari China," kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Manoharan Periasamy dalam bulan April.

Semasa lawatan ini, Li turut menyeru kedua-dua pihak untuk memperdalam pertukaran sesama rakyat dan budaya dalam bidang-bidang seperti kebudayaan, pelancongan dan pendidikan, serta antara belia kedua-dua negara dan di peringkat subnasional bagi memudahkan lagi pertukaran kakitangan antara kedua-dua negara.

https://news.cgtn.com/news/2024-06-19/China-Malaysia-to-step-up-building-a-community-with-a-shared-future-1uyN4pXEwF2/p.html

Source: CGTN
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel