omniture

Lapakgaming Dilancar Secara Rasmi di Malaysia, Tawar Tambah Nilai Permainan Popular Paling Mampu Milik

Lapakgaming
2024-06-20 22:29 6

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Lapakgaming, platform tambah nilai ulung yang terkenal kerana memenuhi keperluan pemain, dengan gembiranya mengumumkan pengembangannya ke pasaran Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Pengembangan ini menandakan suatu pencapaian penting untuk peneraju pasaran di Indonesia, yang berjaya menyelesaikan lebih 2 juta transaksi setakat ini.

Lapakgaming Dilancar Secara Rasmi di Malaysia, Tawar Tambah Nilai Permainan Popular Paling Mampu Milik
Lapakgaming Dilancar Secara Rasmi di Malaysia, Tawar Tambah Nilai Permainan Popular Paling Mampu Milik

Lapakgaming diiktiraf lantaran penentuan harganya yang kompetitif dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada keselamatan, memperoleh semua bekalan terus daripada penyedia permainan rasmi. Sebagai platform tambah nilai yang terkemuka di Indonesia, Lapakgaming membawakan kepakaran dan perkhidmatannya yang dipercayai kepada komuniti permainan Asia Tenggara.

Menyokong judul-judul popular termasuk Mobile Legends, Free Fire, PUBG-M, Genshin Impact dan Honkai Star Rail, platform ini menawarkan beberapa harga terbaik dalam pasaran, bagi memastikan pemain mendapat lebih nilai untuk wang mereka.

Hendi, Penolong Naib Presiden Pertumbuhan Permainan & Perniagaan Antarabangsa Lapakgaming menekankan pengalaman pengguna Lapakgaming yang menyeronokkan dan pendekatan kolaboratif sebagai saranan jualannya. "Lapakgaming mengutamakan transaksi yang selamat, senang dan lancar, dipermudah oleh sistem pembayaran kami yang selamat dan pelbagai pilihan pembayaran. Kolaborasi langsung kami bersama penerbit permainan membolehkan kami menyediakan harga yang kompetitif dan tawaran eksklusif. Lapakgaming menumpukan perhatian untuk menyampaikan permainan, harga, perkhidmatan dan nilai keseluruhan yang terbaik kepada pemain Malaysia," kata Hendi.

Mempermudah tambah nilai yang senang dengan pelbagai pilihan pembayaran dalam talian seperti Touch 'n Go, Grabpay, DuitNow dan pindahan bank, Lapakgaming turut menyediakan jaminan pengembalian wang 10x sekiranya pengguna tidak menerima pembelian mereka (tertakluk pada terma dan syarat). Memberikan tawaran luar biasa secara konsisten merentas kesemua permainan yang disokong, Lapakgaming menonjol sebagai pilihan utama untuk pemain.

Bagi menikmati perkhidmatan Lapakgaming, kunjungi www.lapakgaming.com/en-my sama ada untuk melog masuk atau mencipta akaun baharu. Pilih permainan atau baucar yang anda inginkan, masukkan butiran yang diperlukan, pilih denominasi atau produk pilihan anda, pilih kaedah pembayaran dan selesaikan transaksi dengan selamat. Selepas pengesahan pembayaran, butiran transaksi anda akan dihantar dengan segera ke akaun atau e-mel anda. Jangan lupa untuk menggunakan sebarang kod promosi sebelum memuktamadkan transaksi anda untuk penjimatan tambahan.

Ikuti perkembangan terkini mengenai promosi dan pengumuman mutakhir dengan mengikuti Lapakgaming melalui Instagram dan Facebook di @lapakgamingmalaysia.

Latar Belakang Lapakgaming 

Lapakgaming ialah platform yang memfokuskan kepada permainan tambah nilai dan hiburan digital. Dilancarkan pada tahun 2020, Lapakgaming menumpukan untuk memenuhi semua keperluan dalam-permainan pada harga terendah, kaedah pembayaran komprehensif dan jaminan pengembalian wang 10x. Terdapat banyak permainan popular yang tersedia, termasuk Mobile Legends, Free Fire, PUBG Mobile, Genshin Impact, Valorant dan banyak lagi yang lain.

 

Source: Lapakgaming
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services