omniture

Lebih Jimat, Lebih Banyak Ruang, Lebih Kuasa - GAC EMZOOM Takrifkan Semula Inovasi dalam Pasaran SUV Global

GAC
2024-06-20 22:58 67

GUANGZHOU, China, 20 Jun 2024 /PRNewswire/ -- GAC EMZOOM meningkat pantas dengan menjadi terkenal di peringkat global sejak pelancarannya. Merangkumkan gabungan antara reka bentuk kontemporari, teknologi canggih dan prestasi unggul, SUV crossover kompak ini mendapat tempatnya dalam pasaran utama di seluruh dunia.

Lebih Jimat, Lebih Banyak Ruang, Lebih Kuasa – GAC EMZOOM Takrifkan Semula Inovasi dalam Pasaran SUV Global
Lebih Jimat, Lebih Banyak Ruang, Lebih Kuasa – GAC EMZOOM Takrifkan Semula Inovasi dalam Pasaran SUV Global

EMZOOM menjadi bukti kepada reka bentuk automotif moden, disesuaikan khususnya untuk pengguna muda yang mementingkan gaya. Menampilkan lampu besar LED yang bersinar terang dan pemegang pintu tersembunyi elektrik, binaan EMZOOM yang diperkemas menonjolkan daya tarikan futuristik.

Direka bentuk dengan mengutamakan kecekapan bahan api yang luar biasa, EMZOOM dikuasakan oleh enjin empat silinder cas turbo 1.5-liter, menjana 177 PS dan tork 270 Nm. Enjin tangkas ini memberikan prestasi mengagumkan sekali gus mengekalkan kadar penggunaan bahan api yang sangat rendah iaitu 6.18L/100km.

Di dalamnya, bahagian dalam EMZOOM menampilkan tempat duduk ergonomik yang direka bentuk untuk menyediakan pengalaman perjalanan tanpa tekanan, berserta ruang barang 341-1271L serba guna untuk menampung keperluan perjalanan yang berbeza. Susun aturnya juga memenuhi gaya hidup dinamik pengguna muda.

Dari segi teknologi, EMZOOM dilengkapi dengan papan pemuka dwi-skrin unik, menampilkan skrin konsol tengah berprestasi tinggi yang dikuasakan oleh cip set 8-teras dan skrin sentuh berbilang-fungsi 10.25-inci. Persediaan termaju ini dilengkapi dengan sistem kamera pandangan sekeliling dan pelbagai fungsi ADAS untuk keselamatan yang dipertingkat.

EMZOOM memberikan kuasa dengan prestasi unggul. Ia dilengkapi dengan teknologi MegaWave Power GAC, yang membolehkan kenderaan ini memecut daripada 0-100km dalam masa hanya 7.5 saat. GAC Megastar Chassis menawarkan gantungan dan pengendalian yang lancar demi pengalaman pemanduan yang lebih baik dan menyeronokkan.

EMZOOM kini tersedia di negara-negara seluruh Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Sejak kemunculan sulungnya, SUV crossover ini mendapat pujian yang meluas. Di Timur Tengah, GAC bekerjasama dengan ArabGT.com, yang memuji EMZOOM atas reka bentuknya yang inovatif dan prestasi yang mantap. Pencipta kandungan Caroline Marlini, berpangkalan di Dubai, turut berkongsi pengalaman positif beliau bersama 2.4 juta pelanggan YouTube. Kehadiran pasaran EMZOOM di Filipina ditingkatkan lagi dengan sokongan daripada pelakon pemenang anugerah Dingdong Dantes. Sejak kemunculan sulungnya, populariti EMZOOM melangkaui budaya, menyaksikan pertumbuhan jualan mencatat rekod dalam pasaran antarabangsa.

EMZOOM menunjukkan contoh dedikasi GAC terhadap inovasi dan kecemerlangan, berusaha secara berterusan untuk melangkaui jangkaan pengguna dan menetapkan penanda aras baharu dalam industri automotif. Tatkala EMZOOM terus berkembang maju di persada antarabangsa, GAC berharap dapat meraih pencapaian yang lebih besar, seterusnya mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam dunia automotif.

Source: GAC
Keywords: Auto Computer/Electronics Green Technology Retail Transportation Corporate Expansion New products/services