omniture

Tak Gentar Haba, Kitaran Tak Berkesudahan: Teknologi Bateri Farasis Energy Sekali Lagi Capai Penemuan Baharu

Farasis Energy
2024-06-21 15:11 195

GANZHOU, China, 21 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Pada 18-19 Jun 2024, Persidangan Rantaian Bekalan Automotif ASEAN telahpun diadakan di Thailand. En. Jack Peng daripada Farasis Energy menghadiri persidangan ini dan menyampaikan ucaptama, memaparkan kemajuan syarikat dalam teknologi bateri kuasa untuk kenderaan penumpang tenaga baharu, kenderaan komersial, serta aplikasi baharu seperti kenderaan dua/tiga roda, Evtol dan lain-lain. Produk bateri yang diperkenalkan memiliki prestasi yang tinggi, piawaian keselamatan cemerlang, kebolehsesuaian suhu yang mantap dan kelebihan hayat kitaran yang luar biasa panjang.


Bagi mengatasi persekitaran bersuhu tinggi malar dalam pasaran ASEAN serta negara-negara sekitarnya, Farasis Energy membangunkan khususnya bateri kuasa dengan kebolehsesuaian suhu yang kuat. Bateri ini boleh beroperasi secara normal pada suhu -30°C hingga 65°C. Dalam persekitaran 25°C, satu sel bateri boleh berkitar 2500 kali dengan SOH > 70%; dalam persekitaran 45°C, satu sel bateri boleh berkitar 1500 kali dengan SOH > 70%. Bateri-bateri ini tidak gentar dengan persekitaran bersuhu tinggi, menunjukkan pelepasan kadar tinggi yang amat stabil dan suhu sel bateri tunggal hanya meningkat sebanyak kira-kira 5°C.

Di samping itu, dengan memperkenalkan teknologi bateri keadaan separa pepejal yang terkini, kestabilan tahap bahan boleh dipertingkatkan dengan ketara, bagi mencapai hayat kitaran yang amat panjang untuk bateri. Menurut ujian-ujian yang dijalankan di makmal Farasis Energy, bateri-bateri mencapai lebih 5000 kitaran dengan SOH 70%, jumlah perbatuan pemanduan melebihi 1 juta batu (1.6 juta kilometer). Teknologi ini boleh digunakan secara meluas dalam kereta penumpang, kenderaan komersial, eVTOL, bas, koc dan bidang-bidang lain, lalu meningkatkan dengan ketara ketahanan bateri, meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan kos pengguna.

Farasis Energy, yang telahpun membangun dalam bidang bateri kuasa selama 27 tahun, menyaksikan perniagaan automotifnya berkembang pesat dalam pasaran domestik dan antarabangsa. Sebagai peneraju global dalam teknologi inovatif tenaga baharu, ia melancarkan bateri kuasa ion-natrium yang pertama di dunia untuk pelanggan EV dan mencapai penghantaran pelanggan akhir eVTOL di dunia. Dalam pasaran kenderaan dua roda, Farasis Energy merupakan perusahaan bateri kuasa pertama dalam bidang kenderaan dua roda elektrik China dan ia memegang bahagian pasaran terbesar dalam pasaran bateri litium berprestasi tinggi global untuk motosikal elektrik. Tambahan pula, Farasis Energy merupakan pembekal bateri terbesar untuk motosikal elektrik mewah ZERO.

Farasis Energy sentiasa berpegang teguh kepada prinsip permintaan pasaran dan pelanggan sebagai keutamaan tertingginya, menginovasi teknologi bateri secara berterusan, meneroka secara aktif senario aplikasi industri yang terpelbagai dan menyediakan penyelesaian tenaga hijau yang terkemuka untuk negara-negara dan wilayah-wilayah yang berbeza di seluruh dunia, seterusnya menggalakkan transformasi tenaga global serta pembangunan mampan.

 

Source: Farasis Energy
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Transportation Utilities New products/services