omniture

Hisense: Daripada Penajaan kepada Penguasaan Teknikal dalam Bola Sepak

Hisense
2024-06-21 15:11 29

QINGDAO, China, 21 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global, menandakan perkongsian ketiganya yang berturut-turut bersama UEFA European Championship™, membuat penampilan sulung sebagai Penyedia Skrin VAR Rasmi untuk UEFA EURO 2024™ pada musim panas ini.

Hisense has been announced as the Official VAR Screen Provider for UEFA EURO 2024™
Hisense has been announced as the Official VAR Screen Provider for UEFA EURO 2024™

Pengenalan teknologi Video Bantu Pengadil (VAR) menjadi salah satu perubahan yang paling ketara dalam sukan bola sepak sejak 50 tahun lalu. Inovasi telah dapat mempertingkatkan keadilan dan ketepatan permainan. Buat julung kali dalam sejarah UEFA, minat komersial yang melibatkan bidang pengadilan profesional dibuka kepada penaja. Keputusan UEFA untuk memberikan hak penajaan eksklusif menonjolkan pengiktirafan tinggi oleh salah satu organisasi acara yang terkemuka di dunia, terhadap teknologi paparan Hisense.

Bagi memenuhi piawaian VAR, penting sekali mempunyai peranti paparan dengan tahap kejituan yang tinggi kerana sifat sukan berkelajuan tinggi memerlukan butiran pengimejan yang tiada tandingan. Hisense, dengan teknologi yang terkemuka dalam industrinya dalam menyelesaikan isu-isu ekoran gambar, membangunkan secara bebas cip kualiti imej AI, yang dapat mengenal pasti dan memproses imej tahap piksel masa nyata, bagi menjamin tiada kehilangan butiran penting.

Hisense's "NEVER SETTLE FOR NO.2 GLOBALLY" slogan on the LED board in UEFA EURO 2024™
Hisense's "NEVER SETTLE FOR NO.2 GLOBALLY" slogan on the LED board in UEFA EURO 2024™

Semasa kejohanan, peminat turut menyedari slogan "JANGAN SEKALI-KALI BERPUAS HATI DENGAN NO.2 SECARA GLOBAL" ("NEVER SETTLE FOR NO.2 GLOBALLY") pada papan LED di sebelah padang. Sebagai pengubah permainan dalam industri paparan, pada S1 2024, bahagian volum penghantaran global TV 100'' Hisense ialah 56.4%, menduduki kedudukan No.1 di peringkat global, menurut data daripada firma penyelidikan terkemuka Omdia. 

Sejak UEFA European Championship™️ sebelum ini, Hisense beralih secara beransur-ansur daripada penajaan jenama kepada menyediakan sokongan teknikal yang tiada tandingan. Pemilihan Hisense sebagai salah satu penaja utama kejohanan menjadi bukti "Teknologi Berpusatkan Pengguna" mereka yang sangat baik dan komitmen mereka terhadap "Kualiti Terunggul." Tambahan pula, ia meningkatkan kesedaran jenama dalam pasaran global, bagi membolehkan dunia menyaksikan kuasa Hisense.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Semiconductors Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements