omniture

Airtel Africa memulakan pengurusan nilai pelanggan digital seramai 150 juta dengan WebEngage

WebEngage
2024-06-21 22:10 34

MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 21 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Airtel Africa, kumpulan telekomunikasi terkemuka dengan lebih daripada 150 juta pelanggan di 14 negara Afrika, telah bekerjasama dengan WebEngage, untuk memacu pengurusan asas pelanggan digital kumpulan itu.

L to R - Airtel Africa’s Group Senior Vice President: Digital & Product, Priya Thakoor And Hetarth Patel, Vice President - Growth Markets (MEA, Americas, APAC), WebEngage
L to R - Airtel Africa’s Group Senior Vice President: Digital & Product, Priya Thakoor And Hetarth Patel, Vice President - Growth Markets (MEA, Americas, APAC), WebEngage

Airtel ialah penyedia perkhidmatan telekom kedua terbesar di Afrika, dengan lebih daripada 60 juta pengguna data dalam kalangan seramai 150 juta pelanggan. Didorong oleh visi untuk merapatkan jurang digital dan memacu keterangkuman kewangan di seluruh Afrika, Airtel menyediakan perkhidmatan wang mudah alih, hiburan dan digital kepada semua pengguna kumpulan itu.

Integrasi tersebut akan membolehkan Airtel memantau aktiviti perkhidmatan pengguna dengan cara yang amat diperibadikan, sambil mengekalkan pelanggan dan menambah baik keterlibatan. Perkongsian ini akan berkembang kepada Airtel Money, Smart Cash di Nigeria dan Airtel TV, mewujudkan pengalaman digital yang lancar dan diperibadikan di seluruh Web, Aplikasi, dalam Aplikasi, Meta, Google dan saluran tradisional seperti SMS dan e-mel.

Naib Presiden Kanan Kumpulan Airtel Africa: Digital & Produk, Priya Thakoor, berkata, "Dengan pelancaran secara besar-besaran yang disempurnakan dalam tempoh tiga bulan, kini CDP WebEngage memerhatikan lebih daripada 600 tindakan pengguna merentasi semua 14 pasaran dan secara konsisten membina senarai profil digital yang boleh diambil tindakan. Lebih daripada 30 perjalanan pelanggan yang diperibadikan secara langsung, melibatkan lebih daripada sejuta pelanggan dan menghasilkan lebih 30% penukaran.

Objektif kami ialah untuk menambah baik CLTV bagi setiap pelanggan, dengan tawaran yang disasarkan tinggi merentasi saluran yang memenuhi keperluan individu masing-masing. Kami telah membina asas pengurusan asas pangkalan pelanggan digital dengan aplikasi WebEngage untuk My Airtel, memacu keterlibatan pelanggan dan penembusan produk yang lebih mendalam kepada wang mudah alih dan perkhidmatan digital bersebelahan. Perlu dinyatakan bahawa dalam semua urusan ini, kami memastikan privasi pelanggan sepenuhnya."

Hetarth Patel, Naib Presiden - Pasaran Pertumbuhan (MEA, Amerika, APAC), WebEngage, berkata, "Kami gembira dengan perkongsian ini bersama Airtel Africa, bertujuan mengubah pengurusan nilai pelanggan kumpulan itu. Bersama platform data pelanggan canggih kami, analisis terkini, AI generatif, dan keupayaan yang diperibadikan, kami akan membantu kumpulan itu mencapai keterlibatan pelanggan 1:1 dalam media yang dimiliki, berbayar dan saluran digital. Terdapat banyak kes penggunaan yang telah kami rancang untuk meningkatkan penggunaan aplikasi, mengekalkan pengguna dalam bentuk digital dan menambah baik CLTV. Pasukan pelanggan kami di lapangan yang berjaya, berpangkalan di Nairobi dan Dubai, akan bekerjasama dengan Airtel OpCos dan Group untuk mempercepat pelaksanaan ini."

Perkongsian ini mencerminkan transformasi digital yang lebih luas dalam sektor telekomunikasi. Syarikat telekomunikasi berubah bentuk menjadi Syarikat Teknology (TechCos) dengan bekerjasama bersama penyedia penyelesaian berinovatif, seperti WebEngage. Pemahaman mendalam syarikat telekom tentang perjalanan bukan linear pelanggan dan penanda aras pengalaman pelanggan unggul di seluruh saluran, termasuk tradisional, digital, media berbayar, dimiliki dan pihak ketiga, sudah tentu membantu syarikat menjadi cemerlang dalam transformasi digital.

WebEngage menawarkan perbezaan yang tiada tandingan dalam domain SaaS MarTech (gabungan pemasaran dan teknologi) di seluruh dunia, dengan lebih 800 pelanggan merentasi sektor peruncitan, pendidikan, kewangan, makanan & minuman, media & penerbitan dan penjagaan kesihatan, antara sektor lain. Perkongsian syarikat itu dengan beberapa syarikat lain telah membuahkan hasil luar biasa dalam pengalaman pelanggan, hasil operasi dan transformasi digital. Bersama Airtel Africa, WebEngage membayangkan impak yang mendalam, dari segi kewangan dan sosial.

Pertanyaan 

Anand Vaidya | WebEngage
+91 99300 58087 | anand.vaidya@webengage.com

Satasha Praharaj | WebEngage
+91 91240 04777 | satasha.praharaj@webengage.com 

Maklumat Tentang Airtel Africa

Airtel Africa ialah penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan wang mudah alih terkemuka, dengan kehadiran di 14 negara di Afrika, terutamanya di Afrika Timur dan Afrika Tengah serta Barat.

Airtel Africa menawarkan penyelesaian telekomunikasi bersepadu kepada pelanggan kumpulan itu, termasuk perkhidmatan suara dan data mudah alih serta perkhidmatan wang mudah alih, pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kumpulan ini menyasar untuk terus memberikan pengalaman pelanggan yang mudah dan intuitif melalui perjalanan pelanggan yang diperkemas. Kunjungi www.airtel.africa

Maklumat Tentang WebEngage

WebEngage membantu jenama pengguna berinteraksi dan mengekalkan pelanggan syarikat ke arah nilai seumur hidup dan ROI pemasaran yang lebih tinggi. Tindanan produk merangkumi platform data dan analisis pelanggan yang teguh — menyatukan data merentasi silo, lapisan keterlibatan terbaik seumpamanya dengan pembina perjalanan berbilang saluran dan enjin pemperibadian yang membantu meningkatkan penukaran untuk semua saluran, dalam talian, luar talian, dibantu, tanpa dibantu, saluran pihak pertama dan pihak ketiga.

WebEngage mempelopori Platform Pemasaran Pengekalan yang dikuasakan oleh CDP dan AI di Dunia Baharu Muncul. Penyelesaian dan Perkhidmatan WebEngage telah membantu Peneraju Kategori merentasi Industri, Syarikat Pertama Digital dan Perusahaan Legasi membina profil pelanggan yang konsisten, menjana cerapan yang boleh diambil tindakan dan melaksanakan Kempen Saluran Omni. WebEngage telah menunjukkan Hasil Tambahan Bersih yang konsisten sehingga 6–8% untuk pelanggan dan mengurangkan kadar pembatalan langganan sehingga 40%. WebEngage bekerjasama dengan lebih daripada 800 jenama, termasuk peneraju global, seperti Unilever, Sony, Ikea, Adani Group dan Cipla; peneraju digital terkemuka, seperti Goibibo, Wego dan Grow; konglomerat runcit terkemuka, seperti Shoppers Stop, BTC Holding, Imtiaz Al Arabia Jarir Group, Abdul Latif Jameel, eXtra Stores, Al Faisaliyah Group; dan Syarikat Telekomunikasi dan Media terkemuka, seperti Du, Emtel dan HT Media.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang WebEngage, sila klik: https://webengage.com/

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2443726/Airtel_Africa_WebEngage.jpg?p=medium600

 

Source: WebEngage
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Joint ventures