omniture

SASE Dihoskan Oleh Tata Communication mentakrifkan semula rangkaian & keselamatan generasi akan datang

Tata Communications
2024-06-22 03:36 46
  • Penyelesaian bersepadu ini menandakan pelaksanaan pertama seumpamanya di peringkat global
  • Memanfaatkan kehadiran rangkaian global syarikat untuk memberikan prestasi gred pembawa dan meningkatkan pengalaman pengguna
  • Menyediakan keterlihatan dan kawalan bersepadu terhadap trafik rangkaian dengan pandangan berasaskan konteks

MUMBAI, India, 21 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Tata Communications  hari ini mengumumkan pelancaran Pinggiran Perkhidmatan Akses Selamat (SASE) yang Bersepadu/ Dihoskan Vendor Tunggal untuk perusahaan global. Dengan kerjasama Versa Networks, peneraju dalam SASE Bersepadu dikuasakan oleh AI, SASE Dihoskan Oleh Tata Communications menggabungkan rangkaian luas yang ditakrifkan perisian (SD-WAN) dan keupayaan pinggiran perkhidmatan selamat (SSE) dalam teknologi laluan tunggal yang membolehkan perniagaan masa depan memanfaatkan sepenuhnya kuasa dan potensi persekitaran berasaskan awan melalui prestasi yang luar biasa, keselamatan sifar kepercayaan, kemudahan penggunaan dan keberkesanan kos.

 

Dihoskan dan diuruskan secara menyeluruh oleh Tata Communications, penyelesaian ini menawarkan pelaksanaan yang selamat, boleh diskala dan tangkas. Kepakaran merentasi domain syarikat dalam rangkaian, keselamatan dan awan menyediakan pengurusan operasi yang lancar dan integrasi dengan sistem sedia ada untuk perusahaan, memastikan sokongan kukuh sepanjang perjalanan mereka.

Dengan semakin banyak perusahaan mengamalkan kerja hibrid, SD-WAN dan pendekatan digital-pertama, seni bina rangkaian teragih mereka meningkatkan kerentanan terhadap serangan siber, dan oleh itu, keperluan untuk penyelesaian SSE yang kukuh. Satu kajian yang diarahkan oleh Tata Communications dengan Omdia mengenal pasti bahawa bekerja secara jauh yang selamat adalah pendorong utama (49%) untuk mengguna pakai penyelesaian SASE dalam perniagaan global, diikuti dengan rapat oleh model keselamatan yang ringkas dan terintegrasi (43%). Selain itu, semasa melaksanakan SASE, hampir separuh daripada perniagaan menyatakan pasukan keselamatan dan rangkaian yang bersilo sebagai cabaran utama.

SASE Dihoskan ioleh Tata Communications berada pada kedudukan yang unik untuk menangani cabaran ini. Syarikat ini memanfaatkan rangkaian globalnya yang tersebar untuk menyampaikan SASE yang Dihoskan, memastikan sambungan gred pembawa dan prestasi yang unggul. Perkhidmatan ini juga menawarkan pengesanan lanjutan dan perlindungan secara masa nyata melalui platform kecerdasan ancaman siber yang menghasilkan pandangan dengan mengumpulkan data daripada rangkaian Tata Communications dan sumber industri utama lain.

"Sesama pelanggan kami beroperasi dalam persekitaran yang sangat terhubung, oleh itu penting bagi mereka untuk dapat mengakses data pada bila-bila masa di mana-mana sahaja tanpa mengorbankan keselamatan atau pengalaman pengguna," kata Srinivasan CR, Naib Presiden Eksekutif - Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber & Ketua Pegawai Digital, Tata Communications. "Penyelesaian SASE yang Dihoskan kami memberi kuasa kepada perniagaan global dengan komunikasi dan kerjasama yang selamat, merangkai semua data dan aplikasi mereka ke dalam satu fabrik digital yang membolehkan kawalan dan keterlihatan sepenuhnya dari hujung ke hujung."

Teknologi pas tunggal SASE Dihoskan Oleh Tata Communications memastikan keterlihatan dan kawalan bersatu terhadap trafik rangkaian berserta pandangan yang boleh dilaksanakan untuk mengoptimumkan prestasi rangkaian. Ini membantu perniagaan mengelakkan kompleksiti dan kelewatan dalam menguruskan tumpukan penyelesaian titik yang sentiasa berkembang. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan pulangan pelaburan mereka — dengan SASE Dihoskan Oleh Tata Communications, kos pemilikan dianggarkan hampir 40% lebih rendah berbanding pelaksanaan penyelesaian titik.

"Seiring dengan pekerjaan menjadi semakin hibrid, tidak pernah ada waktu yang lebih penting untuk menyampaikan sesuatu yang benar-benar berbeza, kerana setiap pelanggan adalah unik dan memerlukan fleksibiliti dalam menentukan bagaimana seni bina SASE sesuai dengan persekitaran mereka. Dengan SASE yang Dihoskan, Tata Communications telah menetapkan piawai hauntuk keselamatan dan ketersambungan perniagaan," kata Mouli S, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Teknologi, Hinduja Global Solutions.

"Kami teruja kerana dapat memperkukuhkan lagi perkongsian kami dengan Tata Communications," kata Kelly Ahuja, Ketua Pegawai Eksekutif, Versa Networks. "Tawaran SASE yang Dihoskan mereka akan membantu perniagaan mendorong transformasi perniagaan sambil meningkatkan posisi keselamatan dan memberikan pengalaman yang lebih baik daripada pengguna kepada aplikasi. Menyampaikan ini melalui platform tunggal dan sepenuhnya memanfaatkan jejak rangkaian global mereka membolehkan Tata Communications mencipta perbezaan melalui kedaulatan data dan pematuhan peraturan."

"Kerja jarak jauh, sambungan ke awan dan kerjasama adalah pertimbangan utama dalam perusahaan. Tetapi setiap satu mempunyai risiko keselamatan. SASE membantu memudahkan dan menyepadukan model keselamatan perusahaan," kata Brian Washburn, Pengarah Penyelidikan, Omdia. "Penyelesaian SASE Dihoskan oleh Tata Communications menandakan pelaksanaan pertama jenis ini secara global, menggabungkan rangkaian global berkualiti tinggi penyedia dengan keselamatan yang diperkukuh untuk perniagaan menyambung, berkomunikasi dan bekerjasama dengan lebih selamat."

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang SASE Dihoskan oleh Tata Communications.

Perihal Versa Networks

Versa ialah peneraju dalam platform SASE Bersepadu vendor tunggal, menyampaikan penyelesaian SSE dan SD-WAN berkuasa AI/ML. Platform ini menyediakan rangkaian dan keselamatan dengan pelbagai penyewaan sebenar, serta analitik yang canggih melalui awan, di lokasi atau sebagai kombinasi campuran dari kedua-duanya untuk memenuhi keperluan SASE bagi perniagaan kecil hingga sangat besar dan pembekal perkhidmatan. Ribuan pelanggan di seluruh dunia, dengan ratusan ribu lokasi dan jutaan pengguna, mempercayai Versa dengan rangkaian dan keselamatan mereka yang penting untuk misi. Versa dimiliki secara persendirian dan dibiayai oleh Sequoia Capital, Mayfield, Artis Ventures, Verizon Ventures, Comcast Ventures, BlackRock, Liberty Global Ventures, Princeville Capital, RPS Ventures dan Triangle Peak Partners. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.versa-networks.com atau ikuti Versa di LinkedIn dan X (Twitter) @versanetworks.

Perihal Tata Communications

Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah pengupaya ekosistem digital global yang memperkasa ekonomi digital berkembang pesat pada hari ini di lebih daripada 190 negara dan wilayah. Menerajui dengan amanah, syarikat ini membolehkan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia dengan kerjasama dan penyelesaian terhubung, ketersambungan teras dan generasi akan datang, penyelesaian pengehosan awan dan keselamatan, serta perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan kepada 80% gergasi awan dunia. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.tatacommunications.com 

Ikuti kami di: Twitter, LinkedIn, YouTube, Instagram

Penyata pandang ke hadapan dan memberi peringatan

Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkaitan dengan Tata Communications dan prospek syarikat tersebut, serta pernyataan lain, termasuk pernyataan yang berkaitan dengan kedudukan kewangan dan strategi perniagaan Tata Communications, pembangunan operasi Tata Communications pada masa akan datang dan ekonomi secara umum di India, ialah pernyataan pandang ke hadapan. Pernyataan tersebut melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain, termasuk kewangan, pengawalseliaan dan alam sekitar, serta pernyataan berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend, yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications, atau keputusan industri, berbeza dengan besar berbanding yang dinyatakan atau tersirat oleh pernyataan pandang ke hadapan tersebut. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza dengan besar daripada pernyataan pandang ke hadapan tersebut termasuk, antara lain, kegagalan meningkatkan jumlah trafik dalam rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang sewajarnya; kegagalan melengkapkan pengujian teknologi baharu dan sistem maklumat dengan sempurna untuk menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan pemancaran suara, kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga dalam perkhidmatan komunikasi tertentu syarikat, kegagalan mengintegrasikan pengambilalihan dan perubahan strategik dalam dasar kerajaan atau peraturan India dan, secara khususnya, perubahan berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan, secara umumnya, keadaan ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza dengan besar daripada pernyataan pandang ke hadapan tersebut, kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited. 

Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak mempunyai obligasi untuk, dan dengan ini menafikan sebarang obligasi untuk, mengemas kini atau meminda kenyataan pandang-ke-hadapannya.

© 2024 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.

TATA COMMUNICATIONS dan TATA adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan negara tertentu.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2268954/Tata_Communications_Logo.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2443609/Versa_Networks_Logo_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Tata Communications
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Licensing/marketing agreements New products/services Cloud Computing / Internet of Things