omniture

Memacu Perubahan: Inovasi PV & ESS SOFAR Jadi Tumpuan di Intersolar 2024

SOFAR
2024-06-24 08:26 9

MUNICH, 24 Jun 2024 /PRNewswire/ -- SOFAR, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian PV & ESS, memperkenalkan ESS PowerAll kediaman serba baharu dan sistem pemantauan SOFAR Cloud di Intersolar menerusi paparan mengagumkan yang menarik minat ramai pengunjung ke reruai.  

SOFAR Booth
SOFAR Booth

SOFAR PowerAll – Ideal untuk Tenaga Kediaman Masa Depan
PowerAll tiga fasa merangkumkan komitmen syarikat terhadap kesederhanaan, keselamatan, kefleksibelan dan kecerdasan dalam penyelesaian tenaga.

Dengan ciri-ciri seperti pemasangan pasang-dan-pakai bagi pengurangan kos, pengoptimum bateri terbina dalam untuk penentukuran automatik, keupayaan penyimpanan gudang lanjutan tanpa pengecasan semula dan lelebihan selari untuk mengelakkan satu titik kegagalan, ia menetapkan standard baharu bagi keandalan dan kecekapan.

Keselamatan juga amat penting dalam reka bentuk. Selain daripada kuasa elektrik dan pengasingan sel, pad aerogel, injap kalis letupan untuk mengurangkan risiko larian terma, terdapat pemantauan suhu sel yang komprehensif untuk perlindungan yang dipertingkat.

Kefleksibelan sistem tidak dapat ditandingi, memiliki reka bentuk modular untuk pengembangan kuasa dan kapasiti yang lancar, penyamaan aktif untuk penyepaduan mudah bateri dengan spesifikasi yang berbeza-beza, serta suis-auto bersepadu untuk kuasa sandaran tanpa gangguan.

Di samping itu, kecerdasan merupakan teras kepada PowerAll baharu, dengan EMS berbilang fungsi yang mengupayakan pengurusan tenaga pengecasan AC EV, pemantauan pantas dengan bacaan data masa nyata dalam masa hanya 100ms dan penyelenggaraan tanpa kerumitan untuk kemas kini pantas.

SOFAR Cloud – Pengurusan Tenaga dengan Cara Digital
SOFAR Cloud menyediakan penyelesaian O&M semua-senario dengan kemas kini operasi masa nyata dan storan data terdahulu selama sedekad untuk analisis kesalahan. Menawarkan penaiktarafan automatik dan pemprosesan tugas kelompok, ia mengoptimumkan operasi dengan kos yang lebih rendah dan menyampaikan amaran kesalahan segera dengan pelbagai penyelesaian. Direka bentuk untuk kemudahan pengguna, sistem ini menyokong pemantauan mudah alih berjuta-juta peranti, membolehkan kawalan jauh bagi meminimumkan perbelanjaan perjalanan penyelenggaraan. Antara muka mesra penggunanya, persediaan mudah dan interaksi adaptif memenuhi keperluan pengguna global, manakala seni bina yang tangkas memastikan kestabilan, keselamatan dan penyelesaian isu yang pantas.

SOFAR PowerMagic – Maksimumkan Nilai Komersial Anda
Sebagai suatu keajaiban kejuruteraan, PowerMagic dikurniakan dengan sistem penyejukan cecair yang cekap dan kawalan suhu pintar, menjanjikan keupayaan penyejukan dan kecekapan tenaga yang tiada tandingan. Reka bentuk modular membolehkan pengembangan lancar pada kedua-dua sisi DC dan AC, menampung sehingga 6 unit secara selari dan mempunyai kapasiti storan maksimum 8MWj. Keserasiannya dengan sel yang lebih besar dan reka bentuk anti-pemeluwapan, menjamin jangka hayat panjang dan LCOS yang lebih rendah, menjadikannya pengubah keadaan dalam pasaran.

SOFAR PowerMaster – Penyelesaian PV Utiliti Optimum
PowerMaster ialah penyelesaian yang terkemuka dalam industri yang dirangkumkan dengan teknologi termaju. Sistem keselamatan 3+2 memastikan operasi yang andal dan tidak terganggu sepanjang masa. Khususnya, sistem penyejukan hibrid udara-cecair menetapkan piawaian industri dengan mengurangkan kehilangan pelesapan haba sebanyak kira-kira 30%. Tambahan pula, reka bentuk modular membolehkan pengembangan fleksibel, mengupayakan kapasiti storan kebuk tunggal sehingga 3.93MWj untuk keperluan kapasiti yang pelbagai.

Yakin dengan keupayaan terbukti untuk menawarkan penjimatan kos yang signifikan dan menjamin bekalan kuasa yang stabil, rakan-rakan kongsi industri PVSelected, EFFEKTA dan Energynat menandatangani MoU bersama SOFAR, menekankan kekuatan dan pengaruh syarikat dalam pasaran Eropah serta menandakan bab penting dalam perjalanannya ke arah mencapai cita-cita sifar-bersih global.

Frank Yu, Naib Presiden Eksekutif SOFAR, percaya bahawa pelancaran PowerAll tiga fasa dan SOFAR Cloud menonjolkan satu lagi langkah ke arah matlamat sifar-bersih global melalui portfolio penyelesaian semua senario dan penyepaduan tenaga bersih serta teknologi digital. "Ia menunjukkan komitmen kami untuk mempercepatkan penembusan tenaga boleh baharu yang berpatutan. Dengan memanfaatkan kapasiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami, kami berharap dapat terus berinovasi dan menghasilkan penyelesaian untuk memperkasa masa depan lestari buat semua," tambah beliau.

Latar Belakang SOFAR
SOFAR ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian solar dan storan semua-senario dengan portfolio yang komprehensif, termasuk penyongsang PV, penyongsang hibrid, BESS, ESS utiliti, sistem penyongsang mikro dan sistem pengurusan tenaga pintar SOFAR Monitor untuk kegunaan kediaman, C&I serta utiliti. Menjelang tahun 2021, SOFAR memasuki senarai Jenama-jenama Penyongsang Hibrid Global TOP5, mewujudkan rangkaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) global menerusi tiga pusat R&D dan dua pangkalan pembuatan. Menjelang tahun 2022, SOFAR menghantar penyongsang 18GW+ ke lebih 100 negara dan wilayah di seluruh dunia. Menjelang tahun 2023, SOFAR membina rangkaian perkhidmatan yang luas dengan lebih 20 pejabat cawangan di seluruh dunia berserta lebih 500 kakitangan R&D.

Ketahui lebih lanjut: https://www.sofarsolar.com/

 

Source: SOFAR
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Trade show news