omniture

Legenda Iker Casillas Jadi Tumpuan di Jelajah 'BEYOND GLORY' Hisense

Hisense
2024-06-24 13:30 36

QINGDAO, China, 24 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka, melancarkan Jelajah 'BEYOND GLORY' untuk menghubungkan dan menggembirakan peminat bola sepak di Frankfurt minggu ini. Jelajah ini mendapat momentum tambahan menerusi penampilan mengejut oleh penjaga gol legenda dan Duta Global Hisense Iker Casillas.

Casillas spoke as global ambassador for Hisense's 'BEYOND GLORY' campaign
Casillas spoke as global ambassador for Hisense's 'BEYOND GLORY' campaign

Casillas, yang terkenal dengan kerjayanya yang masyhur, berinteraksi dengan peminat dan berkongsi anekdot peribadi daripada kerjayanya. Kehadirannya merancakkan suasana dan turut menekankan komitmen Hisense untuk memupuk hubungan mendalam antara peminat dan wira bola sepak mereka, seterusnya mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk hadirin dan menonjolkan dedikasi Hisense terhadap kecemerlangan dan penglibatan pengguna.

Sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™, Hisense turut mempamerkan ULED U7N inovatifnya, TV rasmi kejohanan ini, bagi menawarkan pengalaman menonton bola sepak TV 100-inci yang tiada tandingan. Pameran ini membolehkan peminat mengasyikkan diri mereka dalam permainan dan dalam masa yang sama menunjukkan teknologi canggih dan cita-cita Hisense untuk meningkatkan kehidupan seharian melalui penyelesaian perkakas rumah rintis.

Hisense new slogan ‘Never Settle for No. 2 Globally’
Hisense new slogan ‘Never Settle for No. 2 Globally’

Baru-baru ini, Hisense melancarkan kempen 'BEYOND GLORY' bersama Duta-duta Global Iker Casillas dan Manuel Neuer, menekankan komitmennya terhadap inovasi dan kecemerlangan. Slogan baharu 'Jangan Sekali-kali Berpuas Hati dengan No. 2 Di Peringkat Global' diperkenalkan buat julung kalinya di UEFA EURO 2024™, lantas mencerminkan matlamat bercita-cita tinggi Hisense. Data daripada Omdia menunjukkan penghantaran TV Hisense memperoleh kedudukan pasaran global No. 2 dari tahun 2022 hingga S1 2024 dengan bahagian volum sebanyak 13.6% dan bahagian hasil sebanyak 12.1%. Jenama ini turut menduduki kedudukan No. 1 secara global bagi TV Laser dengan bahagian volum sebanyak 53.4% pada S1 2024.

Hisense turut membuat penampilan sulungnya sebagai penyedia skrin VAR rasmi untuk UEFA EURO 2024™, menandakan satu pencapaian bersejarah bagi teknologi paparan China dan menunjukkan kepakaran dan komitmen Hisense selama 50 tahun terhadap inovasi. Kolaborasi ini menonjolkan komitmen tidak henti-henti Hisense terhadap inovasi dan kecemerlangan, menghubungkan berjuta-juta peminat bola sepak dan menjalin hubungan yang lebih mendalam bersama pengguna di seluruh dunia.

Latar Belakang Hisense

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Television