omniture

Sistem Storan Tenaga TENER CATL Diperkenalkan di ees Europe 2024, Pamer Teknologi Rintis

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2024-06-24 13:43 74

MUNICH, 24 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Tanggal 19 Jun, CATL memperkenalkan TENER, sistem storan tenaga boleh dihasilkan secara besar-besaran yang pertama di dunia dengan degradasi sifar dalam tempoh lima tahun pertama penggunaan. CATL memperkenalkan teknologi rintis ini di ees Europe, pameran terbesar dan paling bersifat antarabangsa untuk sistem storan bateri dan tenaga di Eropah.

CATL booth ees Europe
CATL booth ees Europe

Memperkasa Inovasi  

Sistem storan tenaga TENER mencapai degradasi sifar dalam kuasa dan kapasiti sepanjang lima tahun melalui SEI bionik termaju dan teknologi elektrolit pemasangan sendiri, membantu memastikan kestabilan dan keselamatan jangka panjang dengan menangani kereaktifan logam litium dan risiko larian terma.

Menggunakan sel siri-L CATL dengan ketumpatan tenaga 430Wj/L, TENER mempunyai kapasiti 6.25 MWj dalam bekas 20 kaki, meningkatkan ketumpatan tenaga seunit kawasan sebanyak 30% dan mengurangkan jejak stesen keseluruhan sebanyak 20%.

CATL juga mewujudkan sistem pengurusan kualiti hujung ke hujung khusus untuk TENER, yang merangkumi pembangunan teknologi, ujian bukti, pemantauan operasi dan analisis kegagalan keselamatan. Sistem pengurusan menetapkan matlamat keselamatan untuk senario yang berbeza dan membangunkan teknologi untuk memenuhinya. CATL memantau operasi sistem secara berterusan melalui pemantauan risiko dikuasakan AI dan langkah-langkah amaran awal untuk menentusahkan dan terus mengoptimumkan matlamat reka bentuk keselamatannya.

Dengan prestasi keselamatan menyeluruhnya yang luar biasa, degradasi sifar lima tahun dan kapasiti 6.25 MWj yang mantap, TENER bersedia untuk memacu teknologi storan tenaga global menuju era baharu kecekapan tinggi dan penggunaan yang meluas.

Menyokong Pelanggan Secara Global 

"Saya dengan gembiranya mengumumkan bahawa Rolls-Royce dan CATL menjalin kerjasama strategik untuk membawakan barisan produk TENER CATL yang inovatif ke Kesatuan Eropah dan United Kingdom," kata Perry Kuiper, Naib Presiden Kanan Jualan Penyelesaian Kuasa Mampan di Rolls-Royce Power Systems. "Perkongsian ini bukan sahaja menekankan komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian storan tenaga yang canggih, andal dan cekap tetapi turut mengukuhkan keupayaan kami untuk menyokong peralihan tenaga dengan infrastruktur yang mampan dan teguh."

"Produk TENER mewakili lonjakan ke hadapan dalam teknologi bateri. Ia menawarkan prestasi, kecekapan dan kemampanan yang dipertingkat," kata Marco Roeleveld, Ketua Pegawai Eksekutif Alfen. "Kami teruja dengan potensi yang dimiliki oleh TENER dan bagaimana ia dapat melengkapkan penyelesaian kami sendiri, bermula daripada penyelesaian grid pintar kepada sistem storan tenaga."

Dengan memanfaatkan rangkaian global lebih 700 stesen servis, CATL memanfaatkan kelebihan sinergistik rakan kongsi logistik dan sokongan ekosistem yang komprehensif untuk menyampaikan perkhidmatan luar negara yang profesional, cekap dan andal. Infrastruktur yang mantap ini memastikan pengurusan rantaian bekalan yang lancar, penyelesaian tersuai dan sokongan teknikal yang berterusan untuk setiap rakan kongsi.

CATL menjalin dan mengukuhkan perkongsian bersama pengusaha-pengusaha global peringkat teratas dalam industri ini seperti NextEra, Fluence, Wartsila, Tesla, Powin dan FlexGen, melaksanakan lebih 1,000 projek storan tenaga di lebih 40 negara dan wilayah menerusi teknologi tenaga termaju setakat ini.

Pada tahun 2023, untuk tahun ketiga berturut-turut, CATL menduduki tempat pertama dalam bahagian pasaran penghantaran bateri storan tenaga global. Syarikat ini memegang bahagian pasaran sebanyak 40% dengan penghantaran 69 GWj. CATL akan meluaskan kerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi untuk menggalakkan peralihan tenaga dan menyumbang kepada usaha global untuk keneutralan karbon.

Komited kepada Masa Depan Mampan Eropah 

Dedikasi CATL melangkaui penyediaan penyelesaian tenaga - ia bertujuan untuk menyokong kesejahteraan komuniti di tempat ia beroperasi. Pada tahun 2023, syarikat ini menderma 1.5 juta forint untuk membina bilik garam perubatan di Debrecen, 20,000 euro kepada Klinik Pediatrik University of Debrecen dan 30,000 euro bagi rawatan seorang budak lelaki Hungary yang menghidap penyakit genetik. Kesemua pencapaian ini menekankan komitmen CATL untuk menyokong pembangunan mampan Eropah.

Menyedari kepentingan memupuk bakat masa depan, CATL juga menyokong kerjaya pekerja dan inisiatif pendidikan dengan aktif. Perkongsian strategik dengan Pusat Latihan Vokasional di Debrecen pada tahun 2024 bertujuan untuk menyelaraskan latihan vokasional dengan keperluan industri, memastikan pembangunan golongan profesional yang bersedia, bermotivasi dan berkelayakan tinggi untuk masa depan.

Pengawasan alam sekitar merupakan satu lagi asas kepada etos CATL. Syarikat ini menjalankan projek penghutanan semula di Thuringia. Pada tahun 2023, CATL membantu menanam 4,800 batang pokok - tanda komitmen dan dedikasinya yang teguh untuk memulihkan dan memperkayakan alam semula jadi, meningkatkan biodiversiti serta menyokong kebingkasan hutan.

Komitmen teguh CATL terhadap kemampanan bersedia meninggalkan kesan yang berkekalan ke atas Eropah, memupuk masa depan yang melaluinya kemajuan digabung jalin secara harmoni dengan kemakmuran alam sekitar serta sosial.

Hank Zhao, CTO of ESS Europe, CATL
Hank Zhao, CTO of ESS Europe, CATL

 

Perry Kuiper, SVP Sales of Sustainable Power Solutions at Rolls-Royce Power Systems
Perry Kuiper, SVP Sales of Sustainable Power Solutions at Rolls-Royce Power Systems

 

Marco Roeleveld, Chief Executive Officer of Alfen
Marco Roeleveld, Chief Executive Officer of Alfen

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news Cision Influencer List - ESG