omniture

Xinhua Silk Road: Seraphim lancar modul PV baharu untuk aplikasi senario-penuh di EKSPO KUASA PV SNEC 2024

Xinhua Silk Road
2024-06-24 13:50 83

BEIJING, 24 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Seraphim Energy Group Co., Ltd. (Seraphim), pengeluar produk solar yang terkemuka di dunia, melancarkan beberapa siri modul PV baharu seperti modul dwimuka TOPCon dan modul HJT 720W di Persidangan & Pameran Penjanaan Kuasa Fotovolta dan Tenaga Pintar Antarabangsa SNEC ke-17 (2024) (EKSPO KUASA PV SNEC 2024) yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

Photo shows Seraphim Energy Group Co., Ltd. (Seraphim) at the SNEC 17th (2024) International Photovoltaic Power Generation and Smart Energy Conference & Exhibition in east China's Shanghai, from June 13 to 15, 2024. (Provided by Seraphim)
Photo shows Seraphim Energy Group Co., Ltd. (Seraphim) at the SNEC 17th (2024) International Photovoltaic Power Generation and Smart Energy Conference & Exhibition in east China's Shanghai, from June 13 to 15, 2024. (Provided by Seraphim)

Produk baharu ini menarik perhatian yang luas daripada para hadirin di ekspo yang telahpun diadakan di Shanghai, timur China mulai 13 hingga 15 Jun tahun ini.

Difahamkan bahawa antara produk-produk baharu dengan teknologi sel solar TOPCon dan HJT, modul dwimuka HJT di bawah siri Hydra mempunyai kuasa 720W dan kecekapan penukaran tenaga sebanyak 23.18 peratus, dengan kadar dwimuka mencapai 90 peratus ± 5 peratus. Modul-modul sedemikian sesuai untuk stesen janakuasa tanah berskala besar, bumbung industri dan komersial serta senario aplikasi lain.

Siri modul dwimuka Sable 620W TOPCon, satu lagi produk baharu yang dipamerkan di ekspo ini, memiliki kecekapan penukaran tenaga sebanyak 22.95 peratus. Ia dapat mengurangkan kesan titik panas dan mengurangkan risiko titik panas modul dengan berkesan.

Semasa berusaha untuk mencapai inovasi teknologi dan melancarkan produk baharu, Seraphim turut mengintegrasikan konsep ESG ke dalam seluruh proses inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengurusan kualiti, pengurusan rantaian bekalan dan pembuatan pintar serta melaksanakan dengan aktif strategi dwikarbon.

Berlatarbelakangkan industri PV yang menghadapi tekanan yang semakin bertambah, Seraphim bergantung kepada pengumpulan teknologi dan produknya yang mendalam untuk terus mengukuhkan daya saing dalam industri ini. Pada masa depan, Seraphim akan memperdalam strategi korporatnya untuk menggalakkan pembangunan mampan melalui inovasi teknologi dan bekerjasama dengan rakan kongsi huluan dan hiliran bagi memulakan perjalanan baharu emisi karbon sifar bersih, menurut Polaris Li, pengerusi Seraphim.

Di bawah bimbingan matlamat dwikarbon yang dikemukakan oleh kerajaan China untuk memuncakkan emisi karbon dioksida menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060, industri tenaga baharu yang diterajui oleh kuasa angin dan fotovolta ini menjadi lapangan penting untuk pewujudan kuasa produktiviti berkualiti baharu, seterusnya membayangkan prospek yang cerah.

Seraphim berkembang mantap selama lebih daripada sepuluh tahun sejak penubuhannya. Dengan kapasiti pengeluaran global mencecah 13GW, syarikat ini menyaksikan produk fotovoltanya digunakan di lebih 120 negara di seluruh dunia.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/340741.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities New products/services Trade show news