omniture

Vantage Markets Menyerlah sebagai Penaja Berlian di Money Expo Colombia 2024

Vantage
2024-06-24 16:55 56

PORT VILA, Vanuatu, 24 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Markets ("Vantage"), broker berbilang aset yang terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan selesainya penyertaan dan penajaannya yang berjaya di Money Expo Colombia 2024, diadakan mulai 15 hingga 16 Mei di Agora Bogotá yang berprestij, Centro de Convenciones.

Vantage Markets Menyerlah sebagai Penaja Berlian di Money Expo Colombia 2024
Vantage Markets Menyerlah sebagai Penaja Berlian di Money Expo Colombia 2024

Acara ini menghimpunkan pemimpin industri, pedagang serta pakar kewangan dari seluruh dunia.

Money Expo Colombia 2024 ialah sebuah acara ulung yang menyatukan pedagang, rakan kongsi broker, pelabur, institusi kewangan dan broker dalam komuniti perdagangan dan pelaburan yang dinamik. Acara ini berperanan sebagai platform penting untuk perangkaian, mempelajari tentang trend pasaran dan berinteraksi dengan jenama-jenama kewangan yang terkemuka melalui pameran, sesi pendidikan serta bengkel yang diketuai oleh pakar-pakar industri.

Sebagai penaja berlian, Vantage mempamerkan tawaran perdagangan runcitnya dan program perkongsian di bawah Vantage Partners di reruai 5, berhampiran ruang kopi. Reruai ini menarik perhatian dan keterujaan yang ketara menerusi penyelesaian perdagangan Vantage yang inovatif serta kempen cabutan bertuah yang popular.

Sorotan penting ialah ucaptama oleh Alejandro Zelniker, Ahli Strategi Perniagaan Gabungan untuk Vantage LATAM, berhubung "Como dejar de perder dinero en el Trading" ("Bagaimana untuk Elakkan Kerugian dalam Dagangan"). Sesi beliau mendapat ambutan yang meriah dan menerima pujian tinggi atas nasihat praktikalnya dan pandangan strategik, bertujuan untuk membantu pedagang mengoptimumkan prestasi mereka dan mencapai kejayaan yang berpotensi lebih besar dalam pasaran.

Di samping itu, Vantage Markets diberi penghormatan menerusi anugerah "Broker Terkawal Terbaik" di acara ini, menonjolkan komitmennya kepada kecemerlangan dan piawaian industri.

"Kami berasa teruja dapat menjadi sebahagian daripada Money Expo Colombia 2024 sebagai penaja berlian," kata Alejandro. "Kehadiran kami di acara ini menekankan komitmen kami kepada pasaran dan dedikasi kami untuk menyediakan penyelesaian perdagangan berkualiti terbaik dan sokongan kepada pelanggan serta rakan kongsi kami. Ekspo ini menyediakan platform yang sangat baik untuk berinteraksi dengan peniaga serta golongan profesional industri dan kami teruja dengan hubungan dan peluang baharu yang telahpun muncul."

Vantage terus berkembang pesat dalam pasaran, menawarkan teknologi tercanggih, keadaan perdagangan yang kompetitif dan khidmat pelanggan yang luar biasa. Penyertaan syarikat ini dalam Money Expo Colombia memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju yang dipercayai dan inovatif dalam industri perkhidmatan kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vantage Markets dan tawarannya, sila kunjungi VantageMarkets.com

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets  (atau Vantage) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Awards Licensing/marketing agreements Trade show news Financial Technology