omniture

Hisense Cetuskan Semangat Bola Sepak dengan Kempen "Beyond Glory" UEFA EURO 2024™

Hisense
2024-06-24 21:07 32

QINGDAO, China, 24 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Tatkala kejohanan UEFA EURO 2024™ memasuki minggu keduanya, Hisense, jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka, terus menyemarakkan keseronokan menerusi kempen "Beyond Glory" UEFA EURO 2024™ yang mengujakan, lantas mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama yang berhubung dengan peminat di serata dunia

Commercial Display Area at the Berlin Olympic Stadium
Commercial Display Area at the Berlin Olympic Stadium

Kempen ini menumpukan sekitar premis mengejar kecemerlangan tanpa henti, yang dapat dihayati oleh peminat bola sepak seluruh dunia dan menunjukkan komitmen Hisense terhadap inovasi dan kualiti. Paparan komersial Hisense yang menarik di Stadium Olimpik Berlin berfungsi sebagai bukti komitmen ini. Paparan ini menonjolkan dengan jelas produk Hero Hisense, termasuk TV ULED, TV Laser, yang merangkumkan dedikasi jenama ini kepada teknologi termaju dan pengalaman pengguna yang luar biasa.

Kempen "Beyond Glory" jauh melangkaui Stadium Olimpik Berlin, menjangkau peminat bola sepak merentas 30 pasaran, termasuk Jerman, Itali, United Kingdom, Perancis, Sepanyol dan banyak lagi. Melalui siri pengaktifan yang menarik, Hisense menggamit perhatian peminat dan mengasyikkan mereka dalam seluruh keterujaan kejohanan ini.

Slogan "Jangan Sekali-kali Berpuas Hati dengan No. 2 Di Peringkat Global" ("Never Settle for No. 2 Globally") dipaparkan sepanjang EURO 2024™, mengulangi komitmen Hisense yang tidak berbelah bahagi terhadap pembangunan yang berterusan dan inovasi teknologi. Dedikasi Hisense jelas terlihat menerusi pencapaian luar biasanya dengan memperoleh kedudukan No. 2 bagi penghantaran TV global selama dua tahun berturut-turut. Bahagian volum penghantaran TV global S1 2024 syarikat ini berjumlah 13.6%, dengan bahagian hasil penghantaran global sebanyak 12.1%. Selain itu, Hisense memegang kedudukan No. 1 bagi TV 100-inci dan TV Laser, kedua-duanya pada tahun 2023 dan S1 2024.

Hisense memiliki kekayaan sejarah bagi kempen pemasaran yang berjaya sekitar acara-acara sukan utama, termasuk penajaannya untuk UEFA European Championship™, menyediakan platform penting untuk mempamerkan produk dan teknologinya kepada khalayak global dan berinteraksi dengan peminat bola sepak dalam menunjukkan dedikasi syarikat ini terhadap inovasi, kualiti serta penglibatan peminat.

Latar Belakang Hisense
Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 secara global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada kedua-dua tahun 2023 dan S1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Consumer Electronics Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports