omniture

Vans Mengakhiri Pengambilalihan Bandar Paris Selama Seminggu dengan Sambutan Parti Luar Biasa Menggabungkan Permainan Papan Selaju, Seni dan Muzik di Sacré Coeur

Vans, Inc.
2024-06-24 21:50 68

Daripada AVE 2.0 kepada OTW By Vans, Van Meraikan Budaya Permainan Papan Selaju

LOS ANGELES, 24 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Pada malam tadi, hari Jumaat, 21 Jun, pengambilalihan bandar Paris selama seminggu oleh Vans berkesudahan dengan sambutan parti secara besar-besaran yang menggabungkan tenaga Minggu Fesyen Paris, Jom Hari Permainan Papan Selaju (Go Skateboarding Day) dan Fête de la Musique—pada skala epik.

Mengalu-alukan komuniti permainan papan selaju, pakaian jalanan, fesyen, seni dan hiburan Paris dan seterusnya, acara OTW by Vans Checkered Future menampilkan set pemasangan monumental di atas bukit Montmartre di bawah Sacré-Coeur Basilica.

Direka bentuk oleh OTW by Vans dengan kerjasama PLAYLAB, INC. dan California Skateparks, mangkuk papan selaju berskala besar yang dipasang itu menjadi tuan rumah kepada pameran papan selaju secara langsung sebagai penghormatan kepada seni bukan konvensional yang diperoleh daripada budaya papan selaju. Pasukan Papan Selaju Vans dari seluruh dunia termasuk Efron Danzig, Curren Caples, Mami Tezuka, Tania Cruz, Elijah Berle, Diego Todd, Martino Cattaneo, Stafhon Boca, Anthony Van Engelen, Rowan Zorilla, Hugo Westrelin dan Willow Voges Fernandes memenuhi mangkuk papan selaju sepanjang malam. Di puncak butte of Montmartre, platform DJ bercorak papan dam menghadap pemandangan Paris menganjurkan persembahan oleh Kaytranada, Venus X, Busy P dan Tatyana Jane, serta DJ utama ditetapkan oleh JUSTICE.

Bersama Drieke Leenknegt, Ketua Pegawai Pemasaran Global Vans, Ian Ginoza, Naib Presiden, Pengarah Kreatif untuk OTW by Vans dan Steve Van Doren, Duta Vans dan Anak Pengasas, tetamu termasuk Emily Ratajkowski, Paloma Elsesser, Dev Hynes, Bella Poarch, Meadow Walker, Omar Apollo, Jonathan Anderson, Danielle Haim, Fai Khadra, Haze Khadra, Christina Paik, Kim Shui, Moses Sumney, Malick Bodian, Haider Ackermann, Ross Lynch, Devyn Garcia, Yumi Nootenboom, Alva Claire, Rocky Xu, Benji B, Pierce Abernathy, Mike Eckhaus dan Sam Richardson.

Merealisasikan pendekatan OTW by Vans yang mengganggu, ungkapan reka bentuk dan pengalaman produk Vans yang paling beraspirasi, acara di Sacré-Coeur dibina berdasarkan pengalaman OTW baru-baru ini; yang terkini, pepasangan boleh luncur, direka bentuk oleh PLAYLAB, INC. dengan kerjasama Sterling Ruby, semasa acara Frieze Los Angeles.

Pada awal minggu ini di Paris, Vans menganjurkan sesi meluncur berkoreografi pada hari Selasa, 18 Jun, sebagai penghormatan kepada perintis permainan papan selaju Anthony Van Engelen dan impaknya terhadap kemajuan reka bentuk kasut dengan pelancaran AVE 2.0. Ini diikuti dengan pembukaan Kurator Jenama Vans dan jurugambar legenda, Atiba Jefferson: Pameran Fotografi Permainan Papan Selaju, dengan kerjasama Architecture c/o Virgil Abloh™️, pada hari Rabu, 19 Jun. Diakhiri dengan OTW by Vans Checkered Future, detik ini menetapkan tahap untuk pendekatan penceritaan baharu yang dilancarkan pada bulan Julai ini.

Suara Terkenal
"Kami telah banyak memakai kasut Vans berwarna putih selama bertahun-tahun, sudah tiba masanya kami mendapatkan yang baharu."
- JUSTICE

"Kami tinggal dan mencipta muzik di daerah ke-18 dan ini amat luar biasa apabila Vans mengambil alih taman paling ikonik di kawasan tempat tinggal kami! Kami cukup teruja menjadi DJ untuk "Fête de la Musique" Paris dan Jom Hari Permainan Papan Selaju (Go Skateboarding Day). Vans menyatukan orang ramai dengan gaya, gabungan permainan papan selaju, muzik dan seni." - Busy P

"Meluncur dengan sambutan parti secara besar-besaran sentiasa menjadi masa yang menyeronokkan, tetapi sambutan kali ini amat luar biasa." - Curren Caples,
Atlet Vans

"OTW terus meningkatkan dan mengganggu cara kita berfikir tentang permainan papan selaju berlatarbelakangkan detik kebudayaan utama. Daripada muzik, kepada pepasangan boleh luncur dan lokasi ikonik ini, OTW merangkumi tujuan, semangat dan sikap kami yang berakar umbi dalam permainan papan selaju."
- Ian Ginoza, Naib Presiden, Pengarah Kreatif untuk OTW by Vans

"Lebih 50 tahun acara Vans diadakan dan detik sambutan ini adalah satu daripada yang terbaik. Permainan papan selaju, atlet kita, komuniti kita, semua bersama-sama berada di tempat istimewa ini mesti dimasukkan dalam buku sejarah."
- Steve Van Doren, Duta Vans dan Anak Pengasas

Hubungan Media
vans@dlx.co

Maklumat Tentang Vans
Vans®, jenama VF Corporation (NYSE: VFC), ialah jenama kasut, pakaian dan aksesori asal permainan papan selaju dan sukan aksi yang terkemuka. Koleksi asli Vans® dijual di lebih daripada 100 negara melalui rangkaian anak syarikat, pengedar dan pejabat antarabangsa. Vans® mempunyai lebih daripada 2,000 lokasi runcit di seluruh dunia termasuk dimiliki, secara konsesi dan perkongsian. Jenama Vans® memberikan inspirasi dan memperkasa semua individu untuk hidup dengan "Berfikir Secara Berbeza Dan Menghayati Ungkapan Diri yang Kreatif (Off The Wall)", merangkumi semangat muda iaitu kebebasan, ketidakpatuhan dan dorongan tanpa henti untuk memajukan budaya ke hadapan merentasi sukan aksi, muzik, seni dan reka bentuk.

Maklumat Tentang OTW by Vans
OTW by Vans ialah ungkapan paling beraspirasi Vans yang berakar umbi dalam meraikan impak permainan papan selaju pada setiap aspek budaya. OTW by Vans menganjak sempadan reka bentuk produk dan pengalaman jenama bersama inovator daripada permainan papan selaju, seni, fesyen, reka bentuk dan hiburan. Produk OTW by Vans dijual melalui otw.vans.com dan pilihan rakan kongsi borong global yang dipilih dengan teliti.

Vans, "Berfikir Secara Berbeza Dan Menghayati Ungkapan Diri yang Kreatif (Off The Wall)" Sejak tahun '66
otw.vans.com
instagram.com/otwbyvans

Vans Athlete Mami Tezuka by Atiba Jefferson
Vans Athlete Mami Tezuka by Atiba Jefferson

 

Vans Athlete Elijah Berle by Anthony Acosta
Vans Athlete Elijah Berle by Anthony Acosta

 

Emily Ratajkowski, Jonathan Anderson, Paloma Elsesser by Astra Marina for BFA
Emily Ratajkowski, Jonathan Anderson, Paloma Elsesser by Astra Marina for BFA

 

OTW by Vans Checkered Future Installation by Astra Marina for BFA
OTW by Vans Checkered Future Installation by Astra Marina for BFA

 

OTW by Vans JUSTICE Performance by Astra Marina for BFA
OTW by Vans JUSTICE Performance by Astra Marina for BFA

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2445598/OTW_Logo_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2445599/Vans_Athlete_Mami_Tezuka_by_Atiba_Jefferson.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2445600/Vans_Athlete_Elijah_Berle_by_Anthony_Acosta.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2445601/Emily_Ratajkowski__Jonathan_Anderson__Paloma_Elsesser_by_Astra_Marina_for_BFA.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2445602/OTW_by_Vans_Checkered_Future_Installation_by_Astra_Marina_for_BFA.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2445603/OTW_by_Vans_JUSTICE_Performance_by_Astra_Marina_for_BFA.jpg?p=medium600 

Source: Vans, Inc.
Keywords: Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports