WASHINGTON, 17 November 2014 /PRNewswire/ -- Pemenang hadiah pertama Peraduan Foto CGAP 2014 ialah Soh Yew Kiat dari Malaysia. Panel yang terdiri daripada tiga hakim memilih foto beliau, "Cormorant Fisherman", daripada jumlah penyertaan yang mencatat rekod sebanyak 4,820 penyertaan daripada jurugambar profesional dan amatur dari 95 negara. Foto yang menjadi juara itu memperlihatkan seorang lelaki di China sedang menggunakan teknik memancing yang kian pupus, memancing dengan burung dendang air – teknik tradisional berusia beribu tahun yang melatih burung untuk menangkap ikan.
Untuk melihat aset multimedia yang dikaitkan dengan siaran media ini, sila klik pada: http://www.multivu.com/players/English/7267351-cgap-financial-inclusion-photo-contest-winners-2014/
Foto – http://photos.prnewswire.com/prnh/20141115/158839
Peraduan Foto CGAP tahunan, yang dilancarkan pada tahun 2006, bertujuan untuk mengetengahkan fotografi yang menarik perhatian, memperlihatkan rangkuman kewangan dari serata dunia. Melalui fotografi yang hebat, CGAP menonjolkan beberapa cara yang berbeza bagaimana isi rumah yang berpendapatan rendah mengurus kehidupan kewangan mereka dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perkhidmatan kewangan rasmi untuk mereka yang berada di bahagian bawah piramid ekonomi.
Para hakim memilih "Cormorant Fisherman" kerana caranya yang halus dan membangkitkan perasaan dalam menceritakan sesuatu kisah. Nelayan burung dendang air, seperti mana dalam foto tersebut, biasanya terlibat dalam industri pelancongan dan perniagaan mereka itu memperoleh banyak manfaat daripada capaian yang lebih mudah kepada perkhidmatan kewangan.
"Foto yang ditangkap itu ialah imej abadi, dipadankan dengan kisah moden," jelas Meghan Dhaliwal, Penyelaras Projek Multimedia untuk Pusat Pulitzer bagi Laporan Krisis. "Ia kelihatan seperti sebuah mitos, dan pakaiannya mencerminkan bentuk yang terhasil daripada sayap burung itu," beliau berkata lagi.
Selain kisah menarik di sebalik imej yang berjaya meraih kemenangan itu, para hakim bersetuju ia dihasilkan menggunakan teknik yang sangat baik. "Tumpuannya adalah pada nelayan itu, namun kita masih boleh melihat butiran latarnya yang indah," kata Indira Williams Babic, Pengurus Kanan bahagian Sumber Visual untuk Newseum.
Hadiah Utama 2014 ialah baucar hadiah bernilai $2,000 untuk peralatan fotografi.
Galeri penuh yang terdiri daripada 30 foto yang memenangi hadiah itu boleh dilihat di www.cgap.org/photocontest.
Para hakim turut memilih pemenang tempat kedua dan ketiga selain 27 pemenang serantau, peserta peringkat akhir dan juga anugerah khas, yang merupakan foto dipilih berdasarkan teknik yang sangat baik dan gambaran kisah serta wajah di sebalik rangkuman kewangan. Jeanette Ortiz-Osorio, Pengurus Foto dan Aset Digital untuk American Red Cross, amat tertarik dengan foto yang diambil oleh pemenang tempat ketiga dari Tanzania. Beliau menyatakan imej tersebut, bertajuk "Smallholder", yang diambil oleh Hailey Tucker, adalah dinamik: "Anda boleh rasakan wanita dalam foto itu mengalami kesukaran dalam hidupnya, tetapi pada masa yang sama, beliau berjaya mengawal kehidupan itu sepenuhnya."
Undian popular melalui CGAP.org menentukan pemenang People's Choice: "Golden Dusk," yang dihantar oleh Vishal Singh dari India. Gambar tersebut memperlihatkan seorang tukang perahu mengetuai lawatan bersiar-siar di pantai Konark di Odisha, India. Menurut Singh, sebuah pertubuhan bukan kerajaan memberikan perahu kepada pemandu pelancong itu, yang dapat membantu menyara kehidupannya dan membolehkan beliau membantu keluarganya. Foto tersebut mendapat 1,393 undian.
Panel hakim 2014 terdiri daripada Indira Williams Babic, Pengurus Kanan bahagian Sumber Visual di Newseum, Jeanette Ortiz-Osorio, Pengurus Foto dan Aset Digital untuk The Red Cross, dan juga Meghan Dhaliwal, Penyelaras Projek Multimedia untuk Pusat Pulitzer bagi Laporan Krisis.