omniture

Zoomlion Percepat Pengembangan Global dengan Inovasi Setempat di Arab Saudi

Zoomlion
2025-01-06 21:31 1

RIYADH, Arab Saudi, 6 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK) menganjurkan dengan jayanya acara pelancaran rangkaian akaun dan teknologi utama pada 19 Disember di Riyadh, Arab Saudi, dengan memperkenalkan 24 produk inovatif setempat dan beberapa penyelesaian pembinaan pintar. Acara itu memperlihatkan komitmen Zoomlion untuk memajukan strategi globalisasinya dan mengukuhkan perkongsian di pasaran Saudi.

Acara itu menampilkan pelancaran 24 produk dalam tujuh kategori peralatan pembinaan utama, termasuk kren mudah alih, kren menara, konkrit, pemindahan tanah, platform kerja udara, kenderaan industri dan banyak lagi. Di samping inovasi ini, syarikat ini memperkenalkan tiga penyelesaian pintar yang disesuaikan untuk projek perlombongan, loji nuklear dan infrastruktur, serta lima sistem pintar teras.

Di acara berkenaan, Zhan Chunxin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Zoomlion, berinteraksi dengan pelanggan berhubung kualiti produk, kecekapan perkhidmatan dan sokongan alat ganti. Beliau juga melawat tapak projek pembinaan tempatan, berhubung rapat dengan pelanggan tempatan. Lawatan beliau memperkukuh dedikasi syarikat untuk mempererat kerjasama dan memenuhi keperluan pasaran Saudi yang semakin berkembang.

Zoomlion mereka bentuk produknya dengan kebolehsesuaian yang jitu mengikut persekitaran dan keadaan kerja bagi memenuhi keperluan tempatan. Produk yang diuji dan disahkan sepenuhnya juga mengambil kira tabiat rutin kawalan pemandu Saudi untuk meningkatkan pengalaman pengendalian.

Pelanggan menyatakan keyakinan mereka terhadap keupayaan Zoomlion, dengan Shawaf, Naib Presiden SHAWAF Company, mengetengahkan perkongsian mereka selama sedekad sebagai bukti kepercayaan bersama dan kejayaan yang dikongsi oleh kedua-dua pihak. Beliau menyatakan bahawa acara itu merupakan satu peluang yang besar untuk berhubung dengan lebih ramai rakan industri dan beliau berharap SHAWAF dan Zoomlion dapat mengukuhkan lagi kerjasama mereka dan mencapai kejayaan yang saling menguntungkan.

Zoomlion menjadi pengusaha utama di pasaran Saudi sejak memasuki wilayah ini pada tahun 2006. Pada tahun 2021, syarikat ini menubuhkan sebuah subsidiari tempatan dan membangunkan rangkaian perkhidmatan komprehensif yang terdiri daripada 16 cawangan di bawah struktur "1+11+4". Rangka kerja ini mendayakan perkhidmatan liputan penuh, sokongan teknikal yang tepat pada masanya dan bekalan alat ganti yang cekap, seterusnya memantapkan lagi reputasinya sebagai rakan kongsi yang dipercayai di wilayah ini. Selama bertahun-tahun, kehadiran strategik Zoomlion menyumbang kepada pertumbuhannya yang mampan dan memperkuuh hubungannya bersama pelanggan.

Pasaran Saudi bertindak sebagai wilayah penting untuk strategi global Zoomlion dan platform yang kritikal untuk memajukan teknologi setempat serta mencapai pertumbuhan bersama. Melalui inovasi yang berterusan dalam produk dan perkhidmatan, Zoomlion menyasarkan untuk menyampaikan pengalaman unggul kepada pelanggan di Arab Saudi serta wilayah jiran, seterusnya memperkukuh kelebihan daya saingnya.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Auto Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Mining Mining/Metals Transportation Corporate Expansion New products/services