omniture

DIRI MELANCARKAN PELAN PEMBELAJARAN PERTAMA "KUASAI PEMIKIRAN PEKERJA CONTOH"

DIRI
2024-06-25 00:38 13

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Jun 2024 /PRNewswire/ -- DIRI, perkhidmatan penstriman edutainment terulung Malaysia, melancarkan pelan pembelajaran pertama "Kuasai Pemikiran Pekerja Contoh". Bersempena dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), National Training Week (NTW) dari 24 Jun ke 7 Julai 2024, pelan pembelajaran ini akan tersedia secara percuma. Program ini direka untuk mempersiapkan rakyat Malaysia dengan skil dan strategi yang diperlukan untuk berjaya di tempat kerja, tersedia secara percuma dalam tempoh istimewa ini.

DIRI, Malaysia's leading edutainment streaming service, launches its first curated lesson plan, "Master the Model Employee Mindset". In conjunction with Human Resource Development Corporation's (HRDC) National Training Week (NTW) from 24th June to 7th July 2024, the curated lesson plan will be available for free. This program is designed to equip Malaysians with the skills and strategies needed to excel in the workplace, all available for free during this special period.
DIRI, Malaysia's leading edutainment streaming service, launches its first curated lesson plan, "Master the Model Employee Mindset". In conjunction with Human Resource Development Corporation's (HRDC) National Training Week (NTW) from 24th June to 7th July 2024, the curated lesson plan will be available for free. This program is designed to equip Malaysians with the skills and strategies needed to excel in the workplace, all available for free during this special period.

"Kuasai Pemikiran Pekerja Contoh" adalah program direka khas untuk mempersiapkan anda dengan sikap, tingkah laku dan skil yang membentuk pekerja contoh. Peserta akan dibimbing dengan teliti melalui kerumitan untuk berjaya dalam dunia korporat, dimana kami menyediakan ruang untuk perkembangan dan kejayaan mereka.

Sorotan Pelan Pembelajaran "Kuasai Pemikiran Pekerja Contoh"

Lepaskan potensi pekerja-pekerja anda dengan mendaftarkan mereka dalam pelan pembelajaran "Menjadi Pekerja Contoh" kami. Program unik ini menawarkan pelajaran bernilai dan kisah inspirasi dari beberapa individu yang dihormati: Nazir Razak, Wahid Omar, Mazlan Othman, Tony Fernandes, dan Nicol David. Direka untuk menjadikan pekerja mempunyai kesedaran dan proaktif dalam perkembangan profesional, kursus ini adalah penting untuk pekerja baharu, calon pengurus dan penyumbang individu. Ia merangkumi video 60-minit serta 120 minit refleksi diri dan latihan.

  • Teknik Mengambil Nota Mazlan Othman: Ketahui teknik spesifik yang digunakan oleh ahli astrofizik pertama Malaysia bagi mengukuhkan pemahaman dan pengekalan.
  • Keperluan untuk Kemandirian Korporat oleh Nazir Razak: Pelajari tiga keperluan untuk berjaya dalam landskap korporat, seperti yang dikongsi oleh bekas CEO dan Pengerusi CIMB Group.
  • Membawa Perubahan seperti Tony Fernandes: Memahami kepentingan membawa perubahan dan cara untuk menggunakannya dalam perkembangan professional, dari individu ternama dalam penerbangan.
  • Dan lebih lagi: Pelan pembelajaran ini merangkumi pelbagai wawasan dan strategi dari pakar-pakar terkemuka bagi memupuk pemikiran pembelajaran berterusan.

"Kuasai Pemikiran Pekerja Contoh" bukan sekadar program latihan; ianya perjalanan transformatif yang memperkasa pekerja untuk menjayakan perkembangan profesional mereka sendiri. Dengan pelajaran dari tokoh-tokoh Malaysia, kursus ini akan menginspirasi dan melengkapkan tenaga kerja anda untuk mencapai kecemerlangan.

Pelan pembelajaran DIRI direka khas untuk menyediakan pengalaman pembelajaran komprehensif dan praktikal yang memperkasakan individu untuk berjaya dalam kerjaya mereka. Dengan menggabungkan pelajaran-pelajaran penting dari pelbagai mentor, pelan pembelajaran ini mencipta rangka kerja yang menyeluruh dan praktikal yang akan meningkatkan pengetahuan dan skil peserta, menjadikan mereka lebih efektif dan sesuai di tempat kerja. Dalam beberapa bulan akan datang, DIRI akan melancarkan lebih banyak lagi pelan pembelajaran.

Untuk pembelajaran individu, pelajaran direka khas bertujuan untuk menyediakan laluan berstruktur bagi perkembangan peribadi dan profesional. Pelajaran-pelajaran ini direka untuk memberikan skil praktikal dan pengetahuan yang boleh digunakan di tempat kerja, meningkatkan prestasi keseluruhan serta kemajuan kerjaya.

Untuk Sumber Manusia(HR) dan ketua jabatan, pelan pembelajaran ini adalah alat yang tidak ternilai untuk tujuan latihan dan kemajuan. Ia menawarkan program menyeluruh yang boleh dimasukkan ke inisiatif latihan sedia ada, membantu untuk memupuk budaya pembelajaran berterusan dan kemajuan dalam pasukan. Dengan memanfaatkan kepakaran mentor-mentor DIRI, HR atau ketua pihak pengurusan boleh memastikan pekerja mereka dilengkapkan dengan strategi dan amalan untuk berjaya dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif.

Bagi menyambut pelancaran ini, DIRI menawarkan "Kuasai Pemikiran Pekerja Contoh" secara percuma dari 24 Jun ke 7 Julai 2024. Apa yang perlu anda lakukan adalah 'sign up' di DIRI di https://diri.my/national-training-week/ untuk mengakses pelan pembelajaran eksklusif secara percuma. Ini adalah peluang unik untuk mendapatkan skil dan pengetahuan bernilai dari individu-individu terbaik di Malaysia, tanpa sebarang kos.

Tonton Trailer: https://youtu.be/Z4Md_oWL7do?si=lx-3Y-o_TRIPc28J

Pautan Pendaftaran National Training Week:

Bahasa Inggeris: https://www.nationaltrainingweek.gov.my/courseDetails?courseId=5210
Bahasa Melayu: https://www.nationaltrainingweek.gov.my/courseDetails?courseId=5211

AKSES KESELURUHAN DIRI

Memperkenalkan langganan AKSES KESELURUHAN DIRI hanya RM399 (harga biasa: RM450). Langganan untuk sepanjang tahun ini menyediakan akses kepada kesemua kursus kami, memberikan nilai hebat dengan harga dua kursus tunggal. Dengan AKSES KESELURUHAN DIRI, anda akan menerima kursus baharu setiap bulan, membekalkan anda dengan konten terkini yang berterusan serta perspektif yang segar dan dinamik. Laluan kami direka khas untuk perjalanan anda bagi pembelajaran yang efektif, berstruktur dan komprehensif yang diperkukuhkan dengan konten dan bimbingan yang menyeluruh sepanjang tahun! Termasuk dalam langganan akses keseluruhan ini:

  • Akses Sepanjang Tahun: Nikmati kesemua kursus DIRI untuk satu tahun.
  • Kursus Baharu Setiap Bulan: Kemaskini dengan pengetahuan dan wawasan terkini.
  • Laluan Pembelajaran Tersusun: Mendapat manfaat dari laluan pembelajaran yang berstruktur dan komprehensif.
  • Sokongan Pembelajaran Menyeluruh: Mendapat sokongan dan bimbingan berterusan.

DIRI berdedikasi untuk mengubah pembelajaran dan perkembangan melalui konten yang menarik dan berkualiti tinggi. Sertai kami dalam memperhalusi pendidikan dan mengeluarkan potensi sebenar anda dengan AKSES KESELURUHAN DIRI.

Untuk maklumat lanjut, layari www.diri.my dan ikuti kami di media sosial.

Instagram: @learnwithdiri
Facebook: www.facebook.com/learnwithdiri
TikTok: @learnwithdiri
YouTube: @learnwithdiri

Source: DIRI
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources New products/services