omniture

Pusat R&D Coway Diiktiraf sebagai Makmal Cemerlang untuk Analisis Air Minum

Coway Co., Ltd.
2024-06-26 09:00 6

- Coway Environmental Technology Research Institute mencapai penarafan teratas dalam ujian kecekapan US ERA merentas semua kategori penilaian air minum

- Pusat R&D berpangkalan di Seoul berjaya melepasi ujian kecekapan selama 17 tahun berturut-turut, mencatatkan rekod industri di Korea Selatan

SEOUL, Korea Selatan, 26 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Coway, "Best Life Solution Company," mengumumkan pada hari ini bahawa Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang berpangkalan di Seoul, Environmental Technology Research Institute, telahpun diiktiraf atas kepakaran teknikalnya dengan memperoleh penarafan tertinggi dalam Ujian Kecekapan Bekalan Air untuk Air Minum.

Coway Environmental Technology Research Institute
Coway Environmental Technology Research Institute

Ujian Kecekapan (PT) ialah program penilaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang menilai prestasi analitis makmal merentasi pelbagai analit pada kepekatan signifikan dari segi alam sekitar dalam sampel yang tidak diketahui. Coway mengambil bahagian dalam Skim PT Bekalan Air untuk Air Minum yang disediakan oleh ERA, penyedia global bagi produk Ujian Kecekapan (PT) dan Bahan Rujukan Diperakui (CRM) kepada beribu-ribu makmal di seluruh dunia dan merentas pelbagai industri.

Semasa mengambil bahagian dalam ujian ini, Coway Environmental Technology Research Institute memenuhi semua kriteria penilaian merentas semua kategori untuk dinamakan sebagai Makmal Cemerlang yang diperakui.

Coway menerima gred tertinggi, 'Memuaskan,' dalam kesemua 18 kategori penilaian prestasi. Tujuh belas daripada semua kategori ini berkaitan dengan air minum, termasuk ujian logam berat, bahan organik serta bahan ion. Kategori tambahan adalah untuk emisi bahan tilam.

Penilaian ini menandakan tahun ke-17 berturut-turut Coway Environmental Technology Research Institute diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana memenuhi keperluan dalam ujian prestasi keupayaan analisis kualiti airnya, seterusnya mencatatkan rekod industri.

Sejak menjadi agensi pemeriksaan kualiti air minum pertama dalam industri yang diakreditasi oleh Kementerian Alam Sekitar Korea Selatan pada tahun 2008, keupayaan ujian dan analisis Coway Environmental Technology Research Institute disahkan setiap tahun oleh badan-badan pensijilan luar. Makmal ini diluluskan sebagai makmal ujian TÜV SÜD yang ditetapkan, TSP (Penyedia Perkhidmatan Teknikal) oleh WQA (Water Quality Association) dan makmal ujian antarabangsa dengan akreditasi daripada KOLAS (Korea Laboratory Accreditation Scheme). Keupayaan analisis kualiti airnya yang bertaraf dunia membolehkannya mengeluarkan kira-kira 20,000 laporan ujian setiap tahun.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.  

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga syarikat ini yang paling terkini, jenama BEREX, bertujuan untuk memperbaiki tidur dan meningkatkan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com. 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Awards