omniture

Trinasolar Beri Kuasa Ladang Solar Mercu Tanda Casella Family Brands, Terbesar dalam Industri Minuman dan Wain Australia*

Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
2024-06-26 10:05 71

SYDNEY, 26 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Trinasolar, peneraju global bagi penyelesaian PV pintar dan storan tenaga, bekerjasama dengan Casella Family Brands, salah satu kilang wain milik keluarga yang terbesar di Australia, untuk merasmikan ladang solar 5.7MW berhampiran tapak pengeluarannya di Yenda, New South Wales, Australia.

Casella Family Brands’ new solar facility in Yenda, NSW powered by Trinasolar modules + tracker. Photographer credit Vince Bucello
Casella Family Brands’ new solar facility in Yenda, NSW powered by Trinasolar modules + tracker. Photographer credit Vince Bucello

Ladang solar yang bernilai berjuta-juta dolar ini, terdiri daripada 8730 modul dwimuka Vertex 650-655W (DEG21C.20) voltan rendah Trinasolar yang dipasang pada kira-kira seratus penjejak Vanguard 2P TrinaTracker (unit perniagaan Trinasolar), yang berupaya menjana elektrik 11.53GWj setiap tahun. Ouput ini akan memenuhi kira-kira 35% keperluan kuasa kemudahan Yenda, yang memproses dan membotolkan sebahagian besar portfolio Casella Family Brands, termasuk wain [yellow tail] yang terkenal di dunia. 

Ladang solar ini juga menandakan suatu anjakan paradigma kerana ia merupakan yang pertama dalam seluruh rantau Asia Pasifik yang menyepadukan sepenuhnya penjejak Vanguard 2P dengan modul 650-655W voltan rendah format besar ini. Gabungan ini menghasilkan penjimatan ketara ke atas komponen elektrik dan buruh pemasangan, serta pengurangan kos tenaga terlaras (LCOE) yang ketara memandangkan lebih banyak modul bersaiz besar dalam rentetan elektrik yang lebih panjang dan justeru itu lebih banyak kapasiti penjanaan keseluruhan, yang boleh dipasang pada setiap penjejak. Sebagai satu-satunya penyedia penyelesaian menyeluruh dalam industri ini, Trinasolar mempunyai perspektif atas-bawah yang unik mengenai pengetahuan teknologi berhubung cara mengatasi cabaran kestabilan modul-penjejak yang besar lantaran peningkatan beban angin yang disebabkan oleh saiz modul, yang mana ketika ini kira-kira 60% lebih besar luasnya dan 20% lebih panjang berbanding penjelmaan modul sebelumnya hanya beberapa tahun yang lalu. Ia menjalankan ujian terowong angin yang komprehensif dengan CPP dan RWDI, perunding tenaga angin yang terkemuka di dunia bagi memastikan dan mengesahkan secara tidak berbelah bahagi kestabilan penjejak digabungkan dengan modul kuasa ultra tinggi ini. Tambahan pula, algoritma penjejakan pintarnya, dikenali sebagai SuperTrack, memanfaatkan AI untuk mengoptimumkan kecondongan panel, lalu meningkatkan lagi penjanaan tenaga sebanyak lebih daripada 3%. Selain itu, Trina Smart Cloud TrinaTracker, platform digital stesen janakuasa fotovolta sisi penjejak, memastikan operasi jarak jauh dan diagnostik penyelenggaraan demi kecekapan dan keandalan maksimum.

Dengan memilih kedua-dua modul dan teknologi penjejak sebagai penyelesaian bersepadu daripada Trinasolar, Casella Family Brands, selaku pemilik dan pengendali sistem jangka panjang, dapat menikmati jaminan lebih besar sokongan jangka panjang dan ketersediaan alat ganti sepanjang jangka hayat pengendalian aset ini. Trinasolar mendapat skor 100% dalam Tinjauan Keupayaan Menjana Keuntungan BloombergNEF (BNEF) sepanjang tujuh tahun yang lalu, menekankan keandalan dan kestabilan kewangannya melalui penggunaan produk dan perkhidmatannya.

Ladang solar ini merupakan suatu pencapaian penting dalam landskap tenaga boleh baharu Australia. Pada tahun kewangan 2020-21, sektor wain Australia mengeluarkan lebih daripada 1.77 juta tan karbon dioksida yang setara ke atmosfera. Wine Australia bermatlamat untuk mengurangkan emisi dalam seluruh rantaian bekalan sebanyak 42 peratus menjelang tahun 2030 menggunakan peningkatan elektrik boleh baharu. Sebagai salah satu kilang wain terbesar Australia, ladang solar baharu ini merupakan langkah pertama dalam perjalanan Casella Family Brands untuk mengurangkan pelepasan karbonnya sebanyak 50% menjelang tahun 2030 dan mencapai 100% menjelang tahun 2050.

"Tenaga solar ialah penyumbang yang paling penting untuk mencapai laluan emisi sifar bersih kami. Apabila kami mengambil keputusan untuk membina ladang solar yang besar bagi menjana elektrik bersih untuk tapak pengeluaran kami, kami ingin bekerjasama dengan pengeluar terkemuka yang mampu menyediakan penyelesaian inovatif yang terbaik dalam kelas. Trinasolar mempelopori teknologi solar yang berkembang secara berterusan bagi memenuhi keperluan pasaran. Untuk projek kami, mereka membangunkan sistem penjejakan 2-panel terbesar Australia dan membekalkan kedua-dua sistem penjejakan dan panel solar. Sokongan Trinasolar memainkan peranan penting dalam mencapai hasil yang berjaya." Flaminio Dondina, Pengurus Besar - Perolehan - Pengedaran - Strategi.

Edison Zhou, Ketua Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik di Trinasolar Asia Pacific, berkata, "Trinasolar berbangga dapat menyokong Casella Family Brands dalam projek penting ini bersama-sama penyedia kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC) Next Generation Electrical (NGE). Penyelesaian solar termaju kami, digandingkan dengan teknologi penjejakan inovatif, membolehkan Casella Family Brands memanfaatkan kuasa matahari pada skala yang belum pernah terjadi sebelum ini. Kerjasama ini menunjukkan contoh komitmen kami untuk memacu pembangunan mampan dan membentuk semula masa depan tenaga boleh baharu di Australia."

Dengan memanfaatkan penyelesaian Trinasolar yang utama dalam pasaran, Casella Family Brands menetapkan standard baharu bagi kemampanan dalam industri minuman, mengesahkan sekali lagi komitmennya terhadap penjagaan alam sekitar dan membuka jalan demi hari esok yang lebih hijau.

Nota untuk Editor:

*  Apabila kami merujuk kepada kemudahan kuasa solar terbesar dalam sektor minuman Australia, untuk mengukur kenyataan 'terbesar' kami merujuk kepada jumlah tenaga bersih yang mampu dihasilkan oleh ladang solar.

Statistik ini disahkan oleh SunWiz, penganalisis pasaran yang utama di Australia. SunWiz menjejaki maklumat bagi setiap sistem solar Australia dan menyimpan rekod terperinci setiap sistem solar bersaiz lebih 0.1MW.

Muat turun imej:
Casella Family Brands' new solar facility in Yenda, NSW. Photographer credit Vince Bucello.JPG

Latar Belakang Trinasolar 

Ditubuhkan pada tahun 1997, Trinasolar Co., Ltd. (simbol saham: Trinasolar; kod saham: 688599) terlibat terutamanya dalam produk PV, sistem PV dan tenaga pintar. Produk PV melibatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan modul PV. Sistem PV terdiri daripada stesen janakuasa dan produk sistem. Tenaga pintar terdiri daripada terutamanya penjanaan kuasa PV dan operasi & penyelenggaraan, penyelesaian pintar untuk storan tenaga, mikrogrid pintar, serta pembangunan dan penjualan sistem berbilang tenaga. Dengan matlamat strategik untuk "Mewujudkan ekosistem perindustrian baharu yang diterajui oleh Trinasolar dan mendorong Trinasolar sebagai peneraju dalam penyelesaian PV pintar dan storan tenaga", kami komited untuk menerajui jalan dalam penyelesaian PV pintar dan storan tenaga serta memudahkan transformasi sistem kuasa baharu demi masa depan sifar-bersih. Pada 10 Jun 2020, Trinasolar disenaraikan pada Science and Technology Innovation Board (STAR Market) Bursa Saham Shanghai (SSE). Ia merupakan syarikat PV dan storan tenaga pertama didagangkan secara terbuka pada STAR Market yang menyediakan produk dan sistem PV, serta tenaga pintar.

Latar Belakang Casella Family Brands 

Casella Family Brands (CFB) ialah syarikat wain milik keluarga yang terbesar di Australia yang berpangkalan di Yenda, New South Wales. Diketuai oleh Pengarah Urusan John Casella, ia didorong ke barisan hadapan arena eksport pada tahun 2001 oleh jenama [yellow tail] yang amat berjaya.

CFB dengan bangganya menawarkan rangkaian wain yang tersendiri dan luar biasa untuk setiap titik harga dan acara. Selain daripada [yellow tail], CFB menawarkan wain terbaik yang semakin stabil, termasuk Casella Family Wines, Peter Lehmann Wines, Brand's Laira, Morris of Rutherglen, Baileys of Glenrowan dan Atmata. 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.casellafamilybrands.com.

Source: Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Agriculture Alternative Energies Beer, Wine & Spirits Beverages Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements